Header Ads

Biodata Khadijah Hashim

As-salam,

Untuk rujukan pembaca blog saya, kali ini saya kongsikan biodata penulis wanita tersohor yang banyak menghasilkan novel-novel serta cerpen yang hebat.

Khadijah Hashim (lahir 20 April 1942 di Batu Pahat, Johor, Malaysia) merupakan novelis, penulis cerpen, pengarang pantun dan penyajak. Sebelum ini beliau pernah bekerja sebagai guru dan juga sebagai penulis dengan akhbar tempatan Utusan Melayu (1974–1976) dan Berita Harian (1976–1985). Beliau lebih dikenali sebagai penulis novel, dan telah menghasilkan 19 novel. Beliau turut mengembangkan daya kreatifnya dalam bidang cerpen, skrip drama radio, buku kanak-kanak, puisi dan rima. Buku lagu kanak-kanak “Sayang Sayang” telah dipilih sebagai Daftar Kehormat ("Honour List") oleh ("International Board on Books for Young People - IBBY") di Basel, Switzerland (2002) dan “Semerbak Poetry” di Macau, China (2006). Khadijah meneruskan minatnya dalam penulisan rima, yang mendorong kepada karya terbarunya “Putera-puteri Malaysia”.

Beberapa cerpen dan novel Khadijah telah dijadikan drama televisen. Antaranya adalah novel "Mawar Merah di Jambangan", "Sekapur Sirih Segeluk Air", "Ditepi Pagar”, dan “Badai Semalam” dan “Dekat Disayang Jauh Dikenang”. Novel “Laila Azwa Gadisku” telah dijadikan filem televisen. Sementara novel “Mira Edora" dan "Pelangi Pagi” turut dijadikan filem dengan judul "Mira Edora" dan "Bicara Hati".

Novel pertama dan paling terkenal hasil karyanya adalah novel “Badai Semalam” (1968) yang digunakan sebagai buku teks di Singapore dan Malaysia. Novel ini telah diterjemah ke bahasa Inggeris, “Storms of Yesterday”, oleh Mahani Abdul Hamid pada 1991 danbahasa Sepanyol, "Tormentos del ayer", oleh Alberto Balanza dan Yahia pada 2010. “Badai Semalam” diterbitkan beberapa kali dan terkini adalah pada 2006 oleh Alaf21 dalam siri novel nostalgik. Versi Inggeris turut diterbitkan semula pada 2009 oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia di bawah Siri Penulisan Malaysia ("Malaysian Literature Series").

Novel “Merpati Putih Terbang Lagi” memenangi hadiah sagu hati dalam peraduan menulis sepuluh tahun kemerdekaan Malaysia. Novel ini turut diterjemahkan ke bahasa Jepun oleh Tatsun Hoshino. Novel “Exiled” telah dicalonkan bagi Anugerah Penulisan Dublin IMPAC Antarabangsa ("International IMPAC Dublin Literary Award") pada 1997. Novel “Langkah Pertama”nya telah memenangi Anugerah Buku Kanak-kanak Mobil-MABOPA pada tahun 1995. Khadijah merupakan penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara pada 1999 dan menamatkan Program Penulisan Antarabangsa di Universiti Iowa pada tahun 1994. Siri buku kanak-kanaknya, “Siri Lagenda”, “Siri Aura dan Fauna” dan “Siri Teladan dari Rimba” telah diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (2009).

Novel

Badai Semalam, Singapura: Pustaka Nasional, 1968, 201 halaman.
Jalan ke Kubur, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 139 halaman.
Pelangi pagi, Johor Baru, Penerbitan Penamas Malaysia, 1971, 133 halaman.
Merpati Putih Terbang lagi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, 289 halaman.
Belum Masanya, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1976, 96 halaman.
Di Tengah Kabus, Singapura: Pustaka Nasional, 1980, 123 halaman.
Bila dan di Mana, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 199 halaman.
Mira Edora, Kuala Lumpur: K Publishing Sdn Bhd, 1984
Dekat Disayang Jauh Dikenang, Petaling Jaya: `K’ Publishing & Distibutors Sdn. Bhd., 1984, 133 halaman.
Laila Azwa Gadisku, Kuala Lumpur: `K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1986, 144 halaman.
Cinta Kedua, Kuala Lumpur: `K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1989
Alun Hidup, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1990, 217 halaman.
Di Ruangmu Aku di Sini, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1992
Ke Mana Kasih Hendak Dibawa, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1993, 133 halaman.
Melawan Arus, ‘K’ Publishing & Distributors, 1993, 229 halaman.
Senator Adila,Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors 1993
Langkah Pertama, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1994, 126 halaman.
Fasa Kedua, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1995
Mencari Azizah, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1998


Puisi
Semerbak Puisi, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2004
Dua Dimensi Khadijah Hashim (sajak dan lukisan berus Cina) , Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.,2008
Puisi Tunas Bangsa, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2008
Putera-puteri Malaysia, ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2010

Rujukan **Sumber
Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.