Header Ads

Menulis Novel Dengan Bahasa Yang Betul

Advertisement
Assalamualaikum & salam sejahtera,

Pembaca sekalian,

Penghasilan novel dalam talian sudah terlalu banyak hinggakan kita tidak tahu memilih karya manakah yang menarik dan bermanfaat untuk bacaan kita. Ada sesetengah novel yang best isi dan temanya tetapi menggunakan bahasa yang kurang bijak penyampaiannya. Ada pula yang sebaliknya.


Menulis novel biarlah dengan bahasa yang betul dan ejaan standard agar anak-anak kecil yang baru hendak belajar boleh menggunakan medium internet sebagai bahan tambahan. Bagaimana kita mahu mengawal keadaan ini? Mari kita cuba cara-cara berikut;


  1. Belajar bahasa melayu dengan cara yang betul seperti merujuk DBP, ahli bahasa ataupun cikgu bahasa yang pakar.
  2. Membuat latihan gabungan ayat-ayat pendek dan hubungkan dengan kata penghubung seperti dan, serta, manakala dan sebagainya.
  3. Sentiasa membuat latihan menulis dalam bahasa melayu.
  4. Tanamkan tekad untuk menulis dengan menggunakan bahasa yang seragam dan mengawal kesalahan ejaan dengan menyunting bahan/artikel/novel terlebih dahulu.
  5. Minta bantuan daripada rakan-rakan ataupun saudara terdekat menyemak artikel kita sebelum di siarkan dalam blog.
  6. Terima komen atau pandangan orang lain dengan hati tebuka.     


Seorang penulis perlu lebih peka dan bersikap 'open minded' menerima teguran. Jangan malu untuk belajar daripada orang di sekeliling kita kerana kita tidak tahu siapa di antara mereka yang memberikan ilham dan membuka idea untuk sesebuah karya.

Jadi, mari kita belajar bersama-sama demi memartabatkan karya novel ataupun e-novel, cerpen, sajak dan sebagainya di alam maya ini.

Catatan,
aynora nur
Januari 2013 
  
Advertisement

8 comments:

  1. Salam, saya sangat bersetuju dengan pendapat yang diberikan kerana penulis perlu ingat tanpa pembaca tiadalah novel.

    ReplyDelete
  2. betul tu Seri Ayu, hidup perlu sesekali menerima, tidak ada salahnya...

    ReplyDelete
  3. salam.. datang terjah dari link blog mak dara.. ^_^

    http://www.lokmanramli.my

    ReplyDelete
  4. betul tu...

    baguslah perkongsian ini kak aynora..

    ReplyDelete
  5. datang BW dari blog mak dara .. jom sggh blog yana -> http://www.nazlyizan.my/

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Datang menerjah dari segmen Mak Dara. Follow sini juga. :)

    http://itmemawarputih.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. dtg terjah dari segment mak dara..follow sini gak

    ReplyDelete
  8. minat jgk dgn penulisan ni, pernah wat 2 cerpen je stakat ni, novel blum mampu...huhuh

    salam, sy dtg BW dr segmen Mak Dara :)

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.