Menu
Oh! MyKarya!

Hujan Pagi Tanpa Pelangi

Hujan pagi. Burung-burung pun tak sempat sembunyi. Basah kuyup di ranting-ranting. Dalam sejuk kelaparan pula, kasihan...



Hujan pagi bukanlah pagi lagi. Waktu sedang merangkak ke tengahari. Pun hujan belum berhenti. Ada pula tanda-tanda hujan akan berlarutan kerana awan putih ratanya segenap alam. Hujan dan hati. Ibarat kaitan dunia yang sepi. Bila hujan turun tak berhenti, sesekali hati terusik dengan sunyi. Nak dengar burung bernyanyi jauh sekali.

Mengantuk.

Bila hujan pagi, tetiba mata pun ikut hujan di pagi hari. Tak boleh dibuka pula mata ini. Toleh pada rakan-rakan yang sedang berselubung dalam dingin penghawa, begitu rasa mengantuk semakin melambai-lambai. Hujan, tolong berhenti?

Hujan pagi kenapa kau datang tanpa pelangi? Bukankah hidup ini berwarna warni umpama sang pelangi. Tanpa pelangi mengiringi hujan, rasa tak sempurna pula hujan pagi ini. Tetapi siapakah kita untuk berbicara penuh angkuh kerana DIA maha mengetahui mengapa hujan pagi turunnya tanpa pelangi....

Hujan pagi,
aynora.nur  

Hujan pagi. Burung-burung pun tak sempat sembunyi. Basah kuyup di ranting-ranting. Dalam sejuk kelaparan pula, kasihan... Hujan pagi ...
aynorablogs Jul 29, 2013
Oh! MyKarya!

Diri Ini Penuh Luka

Diri Ini Penuh Luka | Banyaknya luka yang tersandar di tubuh. Ada luka yang dilukai dan itu menambah beban sang penanggung derita. Namun janganlah bersedih di sepanjang hari yang kau lalui. Biarpun dirimu penuh luka, rawatlah ia dengan upaya dan bersungguh!

Mari sesekali kita muhasabah diri, mari berkali-kali kita sayangi diri sendiri. Kerana...menyayangi orang lain belum tentu mendapat jawapan bahagia yang kau inginkan...



Cara Merawat Luka Di Hati


1. Redha - Cubalah memberi 'message' kepada otak yang kita ketika menerima musibah dan ujian tersebut adalah telah ditentukan daripada Allah SWT dan berpeganglah kepada Allah bahawa siapa kita yakni hamba dan makhlukNya untuk mempersoalkan ujian yang diberiNya. Redha dapat menghasilkan satu hormon yang dikenali sebagai endorfin bagi menyuntik rasa bahagia dan tenang dalam diri.

2. Tenang - Sifat redha dapat mencerna ketenangan dalam diri.

3. "Attachement" dengan Allah perlu kuat - semasa hati terluka, ubatnya adalah mengadu dan merintih kepada Allah. Hanya Allah tempat mengadu yang hakiki. Bukan salah mengadu pada manusia lain tetapi mengadulah pada Allah dengan cara mempertingkatkan ibadah sunat seperti banyak membaca al-Quran, bersolat, berzikir dan seumpamanya bagi memperkuatkan lagi hubungan kita dengan Pencipta iaitu Pencipta kita dan Pencipta kepada masalah yang kita hadapi.

4. Ujian bersifat sementara - Saya teringat kepada suatu kata-kata "Kesedihan ibarat air hujan yang menitis, berhenti hujan maka akan berhentilah kesedihan tersebut".

5. Carilah penghibur jiwa - Ops! Jangan salah tafsir ya...carilah penghibur jiwa yang mengikut syariat. Beri beberapa ganjaran kepada diri sendiri selepas berjaya merawat luka tersebut seperti kaum wanita, beri hadiah kepada diri sendiri dengan memanjakan diri mendapatkan urutan badan, rawatan muka dan sebagainya. Membeli pakaian baru juga boleh dikira hadiah kepada diri sendiri atau melancong ke mana-mana destinasi yang mententeramkan hati anda.

Sumber pelbagai : Google, Facebook,  

Diri Ini Penuh Luka | Banyaknya luka yang tersandar di tubuh. Ada luka yang dilukai dan itu menambah beban sang penanggung derita. Namun jan...
aynorablogs Jul 26, 2013
Oh! MyKarya!

11 Novel Terpakai

11 Novel Terpakai  | Saya memang suka membaca. Banyak buku dan apa jenis bacaan pun saya baca, samada ia untuk bidang kerjaya saya, untuk mengisi masa lapang dan juga memenuhi minat saya terhadap novel-novel terkini!

Oleh kerana sudah banyak stok buku dalam simpanan, saya tak boleh simpan semuanya kerana ruang menyimpan buku sudah penuh dan akan dijual kepada yang berminat. Antara yang saya simpan termasuklah buku-buku ketika belajar, buku perniagaan, buku2 agama dan beberapa novel kesayangan saya.



Senarai novel yang akan dijual:

1. Jujur Aku Setia ~ Eka Fahara - RM19.00
2. Terlerai Kasih ~ Rehan Makhtar - RM22.00
3. Sayang Awak, Sayang ~ Murni Aqila - RM20.00
4. 3 Kata Hati ~ Norzailina Nordin - RM18.00
5. Buat Yang Tersayang ~ Maya Rasyidah - RM16.00
6. Cintaku Luruh Di Oxford ~ Noor Suraya & Imaen - RM26.00
7. Mungkin Nanti... ~ Anita Aruszi - RM18.00
8. Pukul 3.00 Pagi... ~ Aina Emir ~ RM18.00
9. Gadis Edisi Terhad ~ Rin Ahmad - RM20.00
10. Status Hati:Dia Milikku ~ Ayumi Syafiqah - RM17.00
11. Pelangi Cinta Buat Suami ~ Acik Lana - RM25.00

Untuk mengetahui harga istimewa buku-buku terpakai di atas, anda boleh layari www.aynora2u.com dan membuat tempahan di sana.

Selamat membaca.

11 Novel Terpakai   | Saya memang suka membaca. Banyak buku dan apa jenis bacaan pun saya baca, samada ia untuk bidang kerjaya saya, untuk m...
aynorablogs Jul 16, 2013
Oh! MyKarya!

Status Hati:Dia Milikku ~ Ayumi Syafiqah

Harga Asal: RM21.00 ~ SOLD
Harga Tawaran : RM17.00 (free postage)
Muka Surat : n/a ms
Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Status : Baik/Sederhana/Buku Lama

Sinopsis di belakang kulit buku:

Illsya Kirana, gadis cantik berkerjaya yang punya ramai peminat. Namun, masih tiada walau seorang lelaki pun yang mampu menawan sekeping hati miliknya. Bagi Kirana, selagi seorang lelaki yang kacak, kaya, berkerjaya, berpelajaran tinggi, romantik dan setia tidak muncul di depan mata, selagi itulah dia tidak akan berkahwin. Sikapnya yang pemilih itu nyata amat merisaukan emaknya, Kamariah.

Bagi Kamariah, usia dua puluh enam tahun telah melayakkan seorang gadis untuk mendirikan rumah tangga. Lantas atas persetujuan Kirana, dia bertindak mencarikan jodoh untuk anak gadisnya itu. Dengan bantuan adik perempuan Kirana, Kamariah menemui rakan lamanya, Dahlia di Facebook. Kebetulan ketika itu, Dahlia juga sedang mencari jodoh untuk anak lelakinya.

Saat bertentang mata dengan Edryzal, Kirana sedar ada satu perasaan halus menyentuh hatinya. Tetapi sayang, lelaki itu langsung tidak menunjukkan minat untuk menjalinkan hubungan dengannya. Sikap dingin lelaki itu seakan-akan melumpuhkan impian perkahwinan indah Kirana.

Kirana terkejut apabila Edryzal setuju untuk menyuntingnya sebagai isteri. Tetapi dia tahu, lelaki itu menerimanya atas dasar permintaan orang tua mereka. Puas berbolak-balik dengan hati sendiri, Kirana akhirnya menerima tetapi dengan syarat, pertunangan mereka haruslah diikat untuk tempoh setahun. Dia tidak mahu lelaki itu menikahinya tanpa rasa cinta dan semata-mata kerana orang tua mereka.

Berjayakah Kirana menjadikan impiannya satu realiti? Mampukah dia membuat lelaki itu jatuh cinta padanya sebelum tarikh pernikahan mereka tiba? Dan, bisakah dia menerima seandainya dia tahu ada nama gadis lain yang sudah terukir indah di hati Edryzal?

“Mungkin dia dingin, mungkin dia kaku, mungkin juga dia kayu... tetapi apabila status hati hanya tertulis namanya, maka hanya dia milikku dan hanya aku yang berhak atas cintanya.”

Harga Asal: RM21.00 ~ SOLD Harga Tawaran : RM17.00 (free postage) Muka Surat : n/a ms Terbitan : Kaki Novel Enterprise Status : Ba...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

Pelangi Cinta Buat Suami ~ Acik Lana

Harga Asal: RM30.00
Harga Tawaran : RM25.00 (free postage)
Muka Surat : n/a ms
Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Status : Baik/Sederhana/Buku Lama

Sinopsis di belakang kulit buku:

Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.

Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang
memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.

Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak. Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina.

Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap
semula tangannya.

Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?

“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”

Harga Asal: RM30.00 Harga Tawaran : RM25.00 (free postage) Muka Surat : n/a ms Terbitan : Kaki Novel Enterprise Status : Baik / Sederhana/Bu...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

Pukul 3.00 Pagi... ~ Aina Emir

Harga Asal: RM23.90
Harga Tawaran : RM18.00 (free postage)
Muka Surat : n/a ms
Terbitan : Karnadya Solutions
Status : Baik/Sederhana/Buku Lama

Sinopsis di belakang kulit buku:

Pukul 3.00 pagi sudah menjadi sinonim dengan ritma otaknya kerana di waktu begitu dia sering berlegar-legar di alam maya, terutama di blog Kuntum Merah Jambu. Maklumlah pada siang hari, dia bekerja di sebuah syarikat ICT. Pada waktu malamlah dia aktif dengan bisnes online nya.

Pun begitu, Dania atau 'Nia' berdepan dengan masalah bekalan yang sering kali terputus. Ketika itulah, lelaki kacak tapi 'brutal' bernama Danish muncul sebagai hero. Danish beria-ia memaksa abangnya Anas untuk
membantu Nia. Semestinya ada udang di sebalik mi goreng, itulah sangka Nia.

Dania juga mempunyai masalah dalam keluarga. Ibu dan ayah tidak sehaluan. Malah, bertimpa-timpa musibah
datang memberi tekanan.

Sementara itu, kehadiran bos berpersonaliti 'enigma' di tempat kerjanya sering kali buat Nia jadi bingung.

Ada ketika Khairin garang macam singa, ada masa dia jadi macam anak kucing. Tentunya lelaki genius itu mampu menggoyahkan perasaan Nia, mungkin kerana 'kepelikan' dan 'keunikan' yang ada pada dirinya. Lagipun, bukankah Khairin memang ada hati pada Dania?

Tetapi... siapa pula agaknya yang suka benar mengganggu Nia di awal pagi? Keadaan itu kadang-kadang
membuatkan dia rimas dan sakit hati. Sesungguhnya, Dania tidak pernah teringin untuk bermadu kasih
dengan hak orang.

Pukul 3.00 Pagi, membincangkan perasaan 'baik' vs 'jahat'. Apakah mungkin label 'baik' pada Dania mampu untuk berubah? Bukankah dia sekadar manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan?
Tapi... kenapa Kak Rina marah-marah dan menganggap Dania tidak bijak dalam urusan memilih calon?

Harga Asal: RM23.90 Harga Tawaran : RM18.00 (free postage) Muka Surat : n/a ms Terbitan : Karnadya Solutions Status : Baik / Sederhana/Buku ...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

Buat Yang Tersayang ~ Maya Rasyidah

Harga Asal: RM19.90
Harga Tawaran : RM16.00 (free postage)
Muka Surat : 496ms
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd
Status : Baik/Sederhana/Buku Lama

Sinopsis di belakang kulit buku:

Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.

Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai pasangan yang bahagia.

Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa disedarinya. Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancurluluhkan perasaan Syira. Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.

Harga Asal: RM19.90 Harga Tawaran : RM16.00 (free postage) Muka Surat : 496ms Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd Status : Baik / Sederhana/Buku Lama...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

Sayang Awak, Sayang ~ Murni Aqila

Harga Asal: RM26.00
Harga Tawaran : RM20.00 (free postage)
Muka Surat : 704ms
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd
Status : Baik/Sederhana/Buku Lama

Sinopsis di belakang kulit buku:

SUATU tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mestilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu kenakan dia, dia mesti kenakan Nazif balik.

Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya. “Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...”

Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membenci nya.

Harga Asal: RM26.00 Harga Tawaran : RM20.00 (free postage) Muka Surat : 704ms Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd Status : Baik / Sederhana/Buku Lama...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

Jujur Aku Setia ~ Eka Fahara

Harga Asal: RM25.00
Harga Tawaran : RM19.00 (free postage)
Muka Surat : 640ms
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd
Status : Baik/Sederhana/Buku Lama

Sinopsis di belakang kulit buku:

SEMUSIM telah berlalu, Kristal terus berlari meninggalkan kenangan cinta yang tidak kesampaian. Walaupun kasihnya terhadap Farish sedalam lautan,...

PULANGNYA Raniya dari London ke Malaysia hanya untuk merawat hati. Di rumah tok wan dan tok mama dia menumpang kasih. Dia mahu melupakan sejarah cinta yang tidak kesampaian. Namun, hidupnya jadi haru-biru apabila Hardy cuba merampas kasih sayangnya terhadap kedua-dua orang tua itu. Bertekak siang malam dan bermasam muka untuk menentukan siapa yang berhak menjaga mereka sudah menjadi mainan hidup. Tanpa sedar, ada perasaan halus berputik di hati masing-masing.

Bunga-bunga cinta mula berkembang. Apabila berjauhan, seorang merindu dan seorang lagi menanti kepulangan. Ah, itu cuma mainan perasaan! Mana mungkin mereka jatuh cinta? Makin cuba ditepis perasaan kasih, makin ia bercambah di jiwa. Hardy akur, dia juga pernah putus cinta. Untuk menambat hati Raniya bukannya mudah. Gadis itu jinak-jinak merpati. Luaran nampak lembut, tetapi dalaman sangat keras hati. Kelu lidah Raniya untuk berbicara tatkala lelaki itu berani mengucapkan kata sayang kepadanya. Dia boleh terima ucapan keramat itu, tetapi siapa Fasya di hati Hardy?

Harga Asal: RM25.00 Harga Tawaran : RM19.00 (free postage) Muka Surat : 640ms Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd Status : Baik / Sederhana/Buku Lama...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

3 Kata Hati ~ Norzailina Nordin

Harga Asal: RM22.00
Harga Baru : RM18.00 (termasuk postage)
Tajuk: 3 Kata Hati
Penulis: Norzailina Nordin
Status Buku : Baik/Sederhana/Lama
Muka Surat:

 

Untuk baca review novel ini, boleh layari website ini. 


Harga Asal: RM22.00 Harga Baru : RM18.00 (termasuk postage) Tajuk: 3 Kata Hati Penulis: Norzailina Nordin Status Buku : Baik / Sederhana/Lam...
aynorablogs Jul 13, 2013
Oh! MyKarya!

Dia Pencipta Bahagia

Apakah anda sedang mencari bahagia? Sudahkah ketemu dengan apa yang anda cari? Namun jika belum bertemu dengan bahagia yang diimpikan, usahlah berputus asa.

Jika hati sedang rawan dan bersedih, jika hidupmu tidak bahagia, usahlah berpaling kepada kesedihan. Ia tidak boleh menjawab pertanyaan hatimu tentang bahagia. Yang mencipta bahagia hanyalah ALLAH. Yang memberikan kebahagiaan juga DIA yang maha Pengasih. Cuba tanyakan padaNya, meminta padaNya dan jawapannya akan ditemui nanti dalam pelbagai cara.

Bukankah sudah banyak sangat bahagia yang kau hirup hinggakan kau terlupa untuk sesekali menangis menghadapNya? Kadangkala tangisan itu adalah satu kebahagiaan yang DIA ciptakan agar luruh segala sengsara yang sedang ditanggung.

 

Jika sesekali ada kebahagiaan datang berkunjung, pastikan kau cari jawapannya dengan bertanya pada sang pencipta bahagia itu. Haruskah itu dan ini jalan yang dipilih. In sha Allah, DIA memberikan panduan yang indah pada lorong waktu yang kau hadir di dalamnya.

Itulah dia Pencipta Bahagia yang tidak pernah gagal memberikan kau kebahagiaan...

Apakah anda sedang mencari bahagia? Sudahkah ketemu dengan apa yang anda cari? Namun jika belum bertemu dengan bahagia yang diimpikan, usahl...
aynorablogs Jul 11, 2013
Oh! MyKarya!

Cinta Seorang Pemalu

Cinta Seorang Pemalu | Melihat kelibat sidia berlalu di depan mata, muka merah menyala bak cili terbakar. Hendak dipandang takut berdosa, tidak dipandang dikata berlagak! Cuma memandang sipi dan berlalu. Harap sidia faham. Rasa takut menghampiri dosa menjadikan aku sangat pemalu.

Siapa bisa bantu? Teguhkah iman nan senipis kulit bawang ini? Hai iman dalam dada dan akal, apakah mataku kan tercela jika memandang sidia. Aku sangat pemalu! Maafkan aku bertanya padamu iman...teguhkah kamu berdiri di dalamku...hanya aku yang bisa bertanya begitu.



Aku sangat pemalu, memandangMu sang Pencipta. Sebentar tadi aku telah berbuat dosa. Kerana cinta dan bahana mata, aku menambah seksa pada tubuh dan roh yang kau tiupkan buatku. Sikap pemaluku ini, apakah akan tercela oleh fikiran dusta manusia?
Dari Abu Sa'id Al Khudriy radliallahu 'anhu berkata;
"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang lebih pemalu dari pada anak gadis perawan yang dipingit di kamarnya". Telah bercerita kepadaku Muhammad bin Basysyar telah bercerita kepada kami Yahya dan Ibnu Mahdiy keduanya berkata telah bercerita kepada kami Syu'bah seperti hadits ini;"Dan apabila beliau tidak menyukai sesuatu maka dapat dikenali dari wajah beliau". (HR. Bukhari)
Dari Abu Said Al Khudri RA, dia berkata, "Rasulullah SAW sangat pemalu melebihi seorang perawan dalam pingitannya. Apabila beliau tidak menyukai sesuatu, maka kami dapat mengetahui dari raut wajah beliau." (HR. Muslim)

Ya ALLAH! Salahkah jika aku malu begini? Tersangat pemalukah aku?

Cinta Seorang Pemalu | Melihat kelibat sidia berlalu di depan mata, muka merah menyala bak cili terbakar. Hendak dipandang takut berdosa, ti...
aynorablogs Jul 9, 2013
Oh! MyKarya!

Biodata Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh



Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh dilahirkan pada 24 Jun 1934. Beliau adalah seorang ahli akademik dan tokoh sastera yang disegani dan telah meninggal dunia 1 Julai 2013 yang lalu ketika berusia 79 tahun. Kerjaya akademiknya memuncak dengan pelantikannya sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya Naib Canselor Pertama Universiti Utara Malaysia sebelum persaraannya.

Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, Awang juga banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk banyak buku, risalah, dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, dan budaya. Tahun 1966 merupakan tahun yang cukup penting dalam penulisannya apabila dua buah karyanya, kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna diterbitkan. Dramanya, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan pada tahun 1975.

Kisah Tan Sri Awang Had memang menarik, bagaimana seorang pelajar dari desa mencapai kejayaan paling tinggi dalam dunia pendidikan dan keilmuan. Beliau menjadi lambang kesungguhan dan kerja kuat yang membolehkan beliau mencapai kedudukan sedemikian. Kisah hidup beliau seharusnya diteladani oleh anak-anak muda kita.

Awang juga pengkaji dan penelaah sastera yang dihormati. Beliau menghasilkan buku kajian Selindung Bulan Kedah Tua, selain esei sasteranya dikumpulkan dalam Kritik Sastera Di Malaysia dan Penulisan Kreatif.

Tan Sri Awang Had Salleh berkahwin dengan Puan Sri Salmah Abu Bakar dan mempunyai tujuh anak.


Biodata Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh

  • 1934: Dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang
  • 1949 (umur 15): Mencapai keputusan peperiksaan Darjah 6 yang terbaik di seluruh negeri Kedah
  • 1950 (umur 16): Menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Gunung, Kedah dan kemudiannya, guru di Sekolah Melayu Derga, Kedah.
  • 1951-1954 (umur 17-20): Menyertai Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
  • 1954-1957 (umur 20-23): Menyertai Maktab Bahasa Bukit Senyum, Johor Bahru
  • 1957-1959 (umur 23-25): Menjadi guru Bahasa Kebangsaan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah
  • 1959-1961 (umur 25-27): Menjadi Penolong Pensyarah di Pusat Latihan Harian (DTC), Alor Star, Kedah
  • 1961-1964 (umur 27-30): Menyertai Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahagian Atas)
  • 1964-1974 (umur 30-40): Menjadi pensyarah Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
  • 1966 (umur 32): Dua buah karyanya, kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna diterbitkan
  • 1967 (umur 33): Memperolehi ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya
  • 1969 (umur 35): Memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang Pendidikan dan Sosiologi dari Stanford University, California serta dalam bidang Pengajian Pengurusan Akademik dan Pembangunan dari Lancaster University, United Kingdom
  • 1974-1975 (umur 40-41): Menjadi Penolong Pensyarah/Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya
  • 1975 (umur 41): Drama, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan. Awang juga dikurniakan pingat dan darjah kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N.).
  • 1975-1978 (umur 41-44): Menjadi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya
  • 1978 (umur 44): Dikurniakan Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.)
  • 1978-1980 (umur 44-46): Menjadi Pengarah Institut Teknologi Mara (sekarang Universiti Institut Teknologi Mara) (UiTM)
  • 1980-1984 (umur 46-50): Menjadi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia
  • 1982 (umur 48): Dikurniakan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri
  • 1983 (umur 49): Dikurniakan Fellow Kehormat oleh Association of Business Executives (UK)
  • 1990-1992 (umur 56-58): Menjadi Ketua Eksekutif/Perunding Akademi Filem Malaysia
  • 1996-2013 (umur 62-akhir hayat): Menjadi Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 

Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh dilahirkan pada 24 Jun 1934. Beliau adalah seorang ahli akademik dan tokoh sastera yang dis...
aynorablogs Jul 4, 2013
Oh! MyKarya!

Cerita Silam Itu

Di kala membaca sebuah novel, hati terdetik cerita yang dilukis oleh penulis tersebut. Bukan mudah melakar bait-bait kata menjadi buku, dan tidak senang menambat hati sang pembaca. Dan ternyata, cerita yang diluah hanya cerita biasa tetapi sehinggalah ia terkena dengan diri kita sendiri. Begitulah hidup dan kehidupannya. Pelakonnya berbeza-beza, tetapi kisahnya tetap ada yang terkena dan sama dengan batang tubuh sendiri.

Jadi, siapa bilang novelis hanya syok sendiri??

Begitu hidup meninggalkan kita jauh dengan cerita silam itu. Sesekali tertoleh juga kesan tinggalan lalu. Adakah yang tertinggal untuk dikutip semula? Biar...biarkan ia, jangan toleh ke belakang lagi. Hari ini adalah kenyataan, hadapi dengan seribu kekuatan. Usah gusar cerita silam itu, jadikan landasan dan batasan untuk melompat lebih tinggi.



Bak kata John WoodenToday is the only day. Yesterday is gone.

Kita tidak tahu kemampuan untuk melupakan jika kita tidak mencubanya. Betul tak? Melupakan kenangan bukan satu dosa, tidak juga menjadi kudis yang melata jika disimpan ia. Antara kenangan dan cerita silam itu, ada yang boleh dipilih untuk disimpan. Ada yang tak perlu dikenang-kenang. Terutamanya dendam yang tak berkesudahan. Dendam kesumat jangan dibiar diperam di dalam hati. Takut nanti kita yang tidak boleh ke mana-mana, hati semakin kelam. Hidup terhumban ke lembah jahanam angkara dendam.

Cerita silam itu, sentiasa kekal sebagai ingatan sahaja...  

Di kala membaca sebuah novel, hati terdetik cerita yang dilukis oleh penulis tersebut. Bukan mudah melakar bait-bait kata menjadi buku, dan ...
aynorablogs