Header Ads

Cerita Silam Itu

Di kala membaca sebuah novel, hati terdetik cerita yang dilukis oleh penulis tersebut. Bukan mudah melakar bait-bait kata menjadi buku, dan tidak senang menambat hati sang pembaca. Dan ternyata, cerita yang diluah hanya cerita biasa tetapi sehinggalah ia terkena dengan diri kita sendiri. Begitulah hidup dan kehidupannya. Pelakonnya berbeza-beza, tetapi kisahnya tetap ada yang terkena dan sama dengan batang tubuh sendiri.

Jadi, siapa bilang novelis hanya syok sendiri??

Begitu hidup meninggalkan kita jauh dengan cerita silam itu. Sesekali tertoleh juga kesan tinggalan lalu. Adakah yang tertinggal untuk dikutip semula? Biar...biarkan ia, jangan toleh ke belakang lagi. Hari ini adalah kenyataan, hadapi dengan seribu kekuatan. Usah gusar cerita silam itu, jadikan landasan dan batasan untuk melompat lebih tinggi.



Bak kata John WoodenToday is the only day. Yesterday is gone.

Kita tidak tahu kemampuan untuk melupakan jika kita tidak mencubanya. Betul tak? Melupakan kenangan bukan satu dosa, tidak juga menjadi kudis yang melata jika disimpan ia. Antara kenangan dan cerita silam itu, ada yang boleh dipilih untuk disimpan. Ada yang tak perlu dikenang-kenang. Terutamanya dendam yang tak berkesudahan. Dendam kesumat jangan dibiar diperam di dalam hati. Takut nanti kita yang tidak boleh ke mana-mana, hati semakin kelam. Hidup terhumban ke lembah jahanam angkara dendam.

Cerita silam itu, sentiasa kekal sebagai ingatan sahaja...  

Advertisement

2 comments:

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.