Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Jul 4, 2013

Biodata Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh

aynora nur


Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh dilahirkan pada 24 Jun 1934. Beliau adalah seorang ahli akademik dan tokoh sastera yang disegani dan telah meninggal dunia 1 Julai 2013 yang lalu ketika berusia 79 tahun. Kerjaya akademiknya memuncak dengan pelantikannya sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya Naib Canselor Pertama Universiti Utara Malaysia sebelum persaraannya.

Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, Awang juga banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk banyak buku, risalah, dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, dan budaya. Tahun 1966 merupakan tahun yang cukup penting dalam penulisannya apabila dua buah karyanya, kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna diterbitkan. Dramanya, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan pada tahun 1975.

Kisah Tan Sri Awang Had memang menarik, bagaimana seorang pelajar dari desa mencapai kejayaan paling tinggi dalam dunia pendidikan dan keilmuan. Beliau menjadi lambang kesungguhan dan kerja kuat yang membolehkan beliau mencapai kedudukan sedemikian. Kisah hidup beliau seharusnya diteladani oleh anak-anak muda kita.

Awang juga pengkaji dan penelaah sastera yang dihormati. Beliau menghasilkan buku kajian Selindung Bulan Kedah Tua, selain esei sasteranya dikumpulkan dalam Kritik Sastera Di Malaysia dan Penulisan Kreatif.

Tan Sri Awang Had Salleh berkahwin dengan Puan Sri Salmah Abu Bakar dan mempunyai tujuh anak.


Biodata Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh

  • 1934: Dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang
  • 1949 (umur 15): Mencapai keputusan peperiksaan Darjah 6 yang terbaik di seluruh negeri Kedah
  • 1950 (umur 16): Menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Gunung, Kedah dan kemudiannya, guru di Sekolah Melayu Derga, Kedah.
  • 1951-1954 (umur 17-20): Menyertai Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
  • 1954-1957 (umur 20-23): Menyertai Maktab Bahasa Bukit Senyum, Johor Bahru
  • 1957-1959 (umur 23-25): Menjadi guru Bahasa Kebangsaan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah
  • 1959-1961 (umur 25-27): Menjadi Penolong Pensyarah di Pusat Latihan Harian (DTC), Alor Star, Kedah
  • 1961-1964 (umur 27-30): Menyertai Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahagian Atas)
  • 1964-1974 (umur 30-40): Menjadi pensyarah Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
  • 1966 (umur 32): Dua buah karyanya, kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna diterbitkan
  • 1967 (umur 33): Memperolehi ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya
  • 1969 (umur 35): Memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang Pendidikan dan Sosiologi dari Stanford University, California serta dalam bidang Pengajian Pengurusan Akademik dan Pembangunan dari Lancaster University, United Kingdom
  • 1974-1975 (umur 40-41): Menjadi Penolong Pensyarah/Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya
  • 1975 (umur 41): Drama, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan. Awang juga dikurniakan pingat dan darjah kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N.).
  • 1975-1978 (umur 41-44): Menjadi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya
  • 1978 (umur 44): Dikurniakan Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.)
  • 1978-1980 (umur 44-46): Menjadi Pengarah Institut Teknologi Mara (sekarang Universiti Institut Teknologi Mara) (UiTM)
  • 1980-1984 (umur 46-50): Menjadi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia
  • 1982 (umur 48): Dikurniakan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri
  • 1983 (umur 49): Dikurniakan Fellow Kehormat oleh Association of Business Executives (UK)
  • 1990-1992 (umur 56-58): Menjadi Ketua Eksekutif/Perunding Akademi Filem Malaysia
  • 1996-2013 (umur 62-akhir hayat): Menjadi Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 

aynora nur / Author & Editor

Mykarya.com adalah blog perkongsian e-novel, cerita korea dan drama melayu.

7 comments:

  1. Takziah buat keluarga dn Al Fatihah buat arwah.semuga arwah di tempat kn bersama org2 yg beriman.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, lama dah tak tinggalkan komen di sini. Ucapan takziah kepada keluarganya. Terima kasih sudi berkongsi maklumat biodata ini. Sangat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, semoga rohnya tergolong dalam golongan orang2 solihin

      Delete
  3. Pak Ngah saya ni sorang yang x penah tinggi kan suara. Baik sgt ...

    ReplyDelete
  4. Pak Ngah saya sorang yang x penah tinggi kan suara. Sgt baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang baik disayangi ramai, alhamdulillah

      Delete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Distributed By Gooyaabi Templates