Header Ads

Hari Malaysia Di Hati Kita

Advertisement


Hari ini kita jadi Malaysia
dengan laungan tujuh keramat
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Belum berhenti lagi
belum mati lagi perjuangan itu
dikala Bapa Kemerdekaan menanam harap
"menjadi sebuah negara demokrasi 
yang merdeka lagi berdaulat 
serta berasaskan kebebasan dan keadilan 
dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan 
dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini." 

Hari itu berdetik
dua puluh empat jam tanpa henti
degupan itu ada debaran, menggila
apabila suara demokrasi yang diikat dan terkurung
menggoncang hati Malaysia kita.

Dalam melayar Malaysia kita
bukan tiada darah yang tumpah
tidak sedikit maruah tercalar
tiang tugu kita juga diancam musuh tanpa wajah...
hati kita kan jitu?
benarkah begitu?

Hari ini 16 September
Hari itu 16 September
laungan tujuh keramat berirama lagi
senada seirama dengan hati

Anak Malaysia
ada warna Malaysia pada kulit dan wajahnya
ada lenggok Malaysia pada bicara
ada bijak Malaysia pada mindanya
ada hati Malaysia di serata dunia
itulah kita hari Malaysia

16 September Hari Malaysia di hati kita.
Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.