Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Sep 28, 2013

Kisah Antara Kau Dan Aku

aynora nur
Bermula kisah kita bukan dengan cerita yang indah. Ibarat kapal terbang kertas yang basah di sirami hujan lebat, kita tersadai di pelabuhan sepi. Bersama seribu tanda tanya kita saling menyapa. Berat hati hendak dimula, tak tahu dari mana cerita kisah kita akan terarah. Pun kau tersenyum dalam gulana. Aku tahu itu kerana irama suaramu tidak merdu saat kita berdendang lewat telefon.

"Saya N. Panggil juga N."

Dia angguk.

Dia pun bersambung tawa yang tidak ceria. Dirinya bergelar Z. Agak rendah berbanding aku yang tinggi sedikit.




Mungkin kerana pada anggapanku aku di pihak yang memiliki, aku berasa selamat. Dari satu sudut aku lebih darinya. Itu pasti sudah membolehkan aku menang dalam pertemuan ini.

Air matanya tumpah. Selepas sebuah cerita sedih penuh simpati dikisahkan padaku. Apakah dia bersimpati padaku? Aku dibohongi di depan matanya. Seorang wanita bernama N ini tidak memiliki kemenangan yang mutlak sebenarnya.

Sungguh. 

Aku yang tersisih. Dalam berbangga mengakui aku lebih darinya...sebenarnya aku yang tak punya apa. Aku sebenarnya perampas sebuah pelabuhan yang harmoni. Aku yang mencalarkan kebahagiaan yang sedang dituai. Demi Tuhan, aku tidak tahu jika sejauh ini aku bersalah!

Dalam merenung kesilapan yang tersemat lama, hati ini rasa seperti berkecai di lantai. 

Cinta bukanlah cinta sebelum engkau memberikannya, cinta adalah pilihan. Cara untuk mencintai sesuatu adalah dengan menyedari bahawa sesuatu itu mungkin hilang...

Tenangkan hatiku duhai waktu yang berlalu. Aku mencuba ikhlas dari suatu kehilangan dan tersenyum dari suatu kesakitan. 

Jangan pujuk aku!

  

aynora nur / Author & Editor

Mykarya.com adalah blog perkongsian e-novel, cerita korea dan drama melayu.

0 comments:

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Distributed By Gooyaabi Templates