Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Sep 25, 2013

Ku Intai Dia Dalam Rahsia

aynora nur
Dia ada disitu ketika mata ini tertangkap bayangnya. Dia masih seperti dahulu ketika kami masih hingusan. Dia tidak berubah dengan raut wajah yang hampir serupa. Sekeping gambar lama yang ada dalam genggaman menghambat memori. Entah dia masihkah menyimpan memori pedih itu bersama seorang aku?




Maafkan diri ini kerana pernah membenci lelaki itu. Aku benci bukan kerana kamu tetapi kerana sikapmu yang keterlaluan. Diri ini perit ditertawakan rakan-rakanmu. Mulai saat itu seorang gadis menyimpan dendam. Akan aku balas segala cemuhan dengan hadiah kebangaan. Masanya tak lama, kawan. Ingatkah dengan beberapa kali pertemuan. Di manakah kamu waktu itu? Dan dimanakah pula aku waktu itu? Hanya masa menjadi saksi dan membalas dendam yang kesumat di dada.

Kawan, kini masa amat mendewasakan.

Huluran maafmu sudah disapa angin lalu. Lalu berdosakah aku kerana tidak memaafkan? Apakah diri ini berhutang denganmu. Demi masa...kamu menjadi insan disenangi. Seorang pendendam seperti aku masih terpaku. Sesekali masih mengintaimu secara rahsia. Diri ini pula yang terasa. Ada khilaf yang tertangguh , yang belum dimaafkan.

Bukankah kemaafan adalah dendam terindah?

Biarkan aku sejenak. Sambil berdoa agar kamu memahami bahasa mataku. Sambil tertunduk aku melebarkan maaf padamu. Semoga segala resah dan dendam terlerai di tangga sebuah kehidupan.

Kita sebenarnya tidak bersalah pun!

Jika saatnya tiba terimalah seorang aku yang pernah berdendam ini. Kerana menjadi seperti ini aku selalu keletihan. Hingga kini aku belum berani memulakan. Andai tiada kesempatan, izinkan diri ini menjadi rimbunan pohon yang memayungi persahabatan ini.

Dengan cara itu aku berharap kamu menerima isyarat maafku.

Atau, lebih baik jika kamu tidak tahu?

aynora nur / Author & Editor

Mykarya.com adalah blog perkongsian e-novel, cerita korea dan drama melayu.

0 comments:

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Distributed By Gooyaabi Templates