Header Ads

Poskad Untuk Hati

Aku menulis sesuatu di sini. Agar setiap desah nafas keletihan dan sengsara boleh di pandang. Agar semua kegagalan boleh dihitung nanti. Bukan dalam lakaran dengan juraian air mata, tetapi sekadar butir-butir ingatan pada hati agar tak mudah longlai pada cabaran.




Jika gagal sekalipun, jangan jatuh terus. Bina tembok tabah buat sandaranmu, sayang.
Andai ada yang tak jujur, kamu dakilah perlahan-lahan. Butiran harapan jangan dilupa terus. Mana tahu di situ nanti tersangkut satu dua buah kejayaan...
Ada halangan bertali arus, itu bukan noktahnya. Katakan pada hati, hidup tidak berharga tanpa itu semua. Bukankah halangan yang menjadikan kita berbeza dari warna warni yang ada, katakan itu sebagai perencah puncak jaya yang ingin digapai.

Tersentuh hatimu....

Diam-diam aku tuliskan di situ, di atas garisan hidup. Semoga engkau tidak hilang di basahi hujan dan airmata. Tetap ku tatapi hingga masanya tiba, agar segala lelah dan budi yang lebur, ada kenangan di situ.

Poskad ini untuk hati.

Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.