Setakat Ini

September 24, 2013
Langit masih biru. Belum ada tanda kelabu yang muncul. Masih sempatkah kita berjalan jauh. Dengan terasa telapak kaki semakin kasar, sempatkah semuanya kita jelajahi?



Tadi sempat dikenali, seorang tua dengan beg dibahu. Sempat hadiahi sekuntum senyum yang lesu. Kerana tadi limpahan kerja melebihi kudrat yang ada. Entah bagaimana hati tuanya boleh bersapa. Ingatkan setakat ini bicara mata yang terjadi.

Katanya, buat apa membuang masa mengeluh hiba. Hati yang rawan jangan dilawan arusnya. Sejenak membalas renungannya. Akhirnya terpaksa akui seorang tua yang asing itu apakah setakat ini salam kenalmu.

Belum sempat hendak ditanya, sidia telah membawa arah pada tujuan yang berbeza. Sedangkan diri ini masih banyak yang belum ditawan.

Benar kata pujangga kelapa yang tua jangan dicampak menjadi bara. Semakin tua kelapa, semakin pekat santannya,.

Ah! Santan kelapa?

Setakat ini sajakah kau berjasa padaku? Mengapa kau buat hatiku hiba. Setakat ini aku masih menanti. Seorang tua itu datang lagi.

Setakat ini aku belum punya jejak untuk berbicara dengan mata ramah, dengan senyum manis ikhlasnya tidak ternyata. Seorang aku ini sedang menanti...


No comments:

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.