Header Ads

Di Antara Airmata...

Hujan yang turun mencurah bumi, menggembirakan pepohon dan daunan yang hampir layu. Dapat menyambung nafas buat sehari dua. Jika hujan tidak turun, hebat kerisauan melanda jiwa. Menanggung dahaga, sebuah perjalanan terpaksa dihentikan. Itu takdirnya...




Hidup dan mati adalah janji Tuhan kepada hambaNya...

Tika hujan yang rintik turunnya, antara celahan dingin itu ada airmata yang tumpah. Kerana penyesalan dosa semalam, kerana kehilangan sebuah kasih atau juga kerana tiada apa-apa untuk ditangisi. Sedihnya hidup berseorangan. Bila airmata mengiringi hujan yang turun...disitu cuba kamu selusuri hati hati yang kosong. Tiada kasih untuknya hargai...
Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku

Jiwa yang kosong.

Dalam jiwa yang kosong, mari kita penuhkan dengan kasih sayang sesama kita. Kaitlah sebanyak mana silaturrahim, buat mengubat jiwa yang rapuh. Kita perlukan teman untuk hidup dan kehidupan di masa mendatang.

Rasulullah s.a.w. menerangkan:

“Tiap orang Mukmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:
1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
5. menziarahinya ketika sakit,
6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”

Di antara airmata..

Tika hujan tak berhenti, masih ada sisa airmata yang mengalir. Di antara airmata yang bergenang...ada ingatan secebis kisah silam, memohon keredaan dariNya. Dapatkah rasa kotor ini disuci dan diampunkan?

Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju
Bersama pilu pilu
Namun jangan berputus harap, kawan. Tuhan Maha Pengampun. Dosa semalam walaupun setinggi gunung dan seluas lautan, Tuhan akan dengarkan permohonanmu. Mohonlah kepadaNya. Sesungguhnya Dia tempat mengadu resah dan sedihmu.

Kucuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan
Rakan...kita insan-insan berdosa. Airmata jernih yang mengalir...moga membasuh sejarah yang tercipta...

Advertisement

4 comments:

  1. setiap manusia melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja ... belum terlambat untuk kita insaf selagi bernyawa.. setiap kebaikan pasti akan ada ganjarannya dan setiap keburukan pasti akan ada balasannya .. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerap menangis tidak dapat membasuh dosa silam. bangun bangkit dari kesilapan lalu lalu sering memohon taubat dariNya...

      Delete
  2. sama2 sentiasa bertaubat sesungguhnya
    hidup sekali
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. T/kasih piqa, ya ...hidup dgn Sebaik-baiknya...

      Delete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.