Mimpi Yang Terkenang

loading...
Mimpi itu datang dalam tidur. Sewaktu kita terkenang-kenang impian silam. Sewaktu sedang berjalan melintasi sempadan lautan. Mimpi yang datang pun sekadar mainan. Namun jika ada mimpi yang nyata, bersiapkah kita untuk mengakui yang dusta? Dusta pada mata hati yang buta.




Bermimpi disiang hari?

Kata orang tidur disiang hari jarang benar didatangi mimpi. Tetapi bagaimana jika hadirnya mimpi itu indah belaka. Dalam mimpi itu, ada cerita lama. Yang tertinggal di belakang. Telah berabad dia tidak di situ. Telah dilupai empunya gerangan rupanya. Kenapa kadangkala perkara yang kita tidak jangka datangnya pada waktu yang kita perlukan? Apakah itu hikmah?

Benar.

Ada ketika kita alpa, ada seseorang yang akan ingatkan. Jika kita bersedih, ada yang tolong buat kita tersenyum. Ada saatnya kita ingin bersendiri, di situ dia diam mengerti. Pernah anda merasai suasana dan keadaan seperti itu? Alangkah kita bertuah menjadi yang terpilih antara jutaan intan yang hampir pudar...itulah kita!

Jika itu mimpi, jangan bangunkan aku! Kerana mimpi itu memberikan aku semangat. Kerana mimpi itu aku tidak lagi terbangun dalam mainan sedih..

Mimpi yang terkenang-kenang..

Dia datang dan pergi pada makhluk yang hidup. Ada mimpi yang indah, ada mimpi yang buruk. Namun jangan percaya pada mimpi kerana ia hanya mainan tidur. Namun jika kamu inginkan jawapan dari mimpi-mimpimu, tanyalah sang Pencipta mimpi itu. Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui...  

2 comments:

  1. betol mimpi mainan tidur,syaiton dok gasak2 nk masuk skali dalam mimpi tuh jugak nk memperdayakan manusia yg lemah dan mudah alpa ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya dalam genggaman takdir Allah, dia yang merencana dan kita tak tahu melalui cara mana ilhamnya ingin disampaikan. mungkin melalui mimpi?

      Delete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.