Sayang...Mulakan Dengan Tabah

loading...
Ketika membuka pintu rumah untuk ke tempat kerja, hati dipenuhi bunga bahagia. Sewajarnya itu langkah dan fikiran kita untuk menapak sehari lagi. Usah toleh ke belakang lagi. Ayunkan setiap derap langkah kita dengan keazaman baru. Buka buku yang segar, sayang...




Mungkin ada catatan gelap. Biarkan ia.

Saat kegelapan bukan umpama kita tersungkur di kaki gua yang tiada pelita. Jalan keluar tetap ada dengan syarat di situ ada usaha dan keyakinan. Dengan bersandarkan sabar, teguhkan iman buat mengiringi perjalanan kamu, sayang. Bila tersungkur, lekaslah bangun semula dan pandang ke hadapan. Di situ cahaya terang sentiasa menanti buat orang-orang yang sabar seperti kamu, seperti mereka juga. Yang hendak memilih jalan yang terbentang luas dengan peluang.

Peluang bukan datang sekali. Berkali-kali pun ada...

Kamu mungkin boleh memulakan dengan sebuah persahabatan yang manis. Melaluinya mungkin kamu di beri peluang kedua untuk hidup yang lebih cerah, kamu mungkin boleh menyelamatkan kehidupanmu. Sayang...jangan malu merebut peluang itu. Tiada istilah segan untuk kamu berubah.

Mengikut Khalil Gibran, persahabatan adalah selamanya sebuah tanggungjawab yang manis dan bukan merupakan satu peluang. Namun jika kamu menganggap persahabatan itu satu peluang, maka seharusnya kamu menjaga peluang itu sebaik-baiknya.

Sayang...langkahmu bukan urusan mereka. Hanya mereka yang tahu erti jatuh bangun dan peritnya mengatur semula langkah...itulah seseorang yang boleh kamu bergantung harapan.

2 comments:

  1. pertama kali singgah kesini dah blog kamu sangat cantik dah diisi dengan entri2 yang bermakna.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. T/KASIH SAYANG...BACA DAN FIKIR, KITA MUNGKIN DAPAT MANFAAT DARIPADA TULISAN-TULISAN DISINI...

      Delete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.