Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Dec 18, 2013

Review Novel 13 Jam A380 Karya Evelyn Rose

aynora nur
Review Novel 13 Jam A380 - Novel ini ditulis oleh Evelyn Rose. Mungkin beliau bukan penulis otai tetapi peminat karyanya bukanlah sedikit. Gaya penulisan Evelyn Rose ada persamaan dengan Rin Ahmad, kalau tak silap. Kerana membaca 13 Jam A380 dengan Untuk Semua Dosaku, kedua-dua penulis menyampaikan gaya bahasa, lenggok perbualan dan kehidupan di luar negara membuatkan saya berpendapat begitu. Bukankah pendapat seseorang itu bersifat subjektif?

 



Namun begitu semakin lama kita menyelak halaman demi halaman novel 13 Jam A380 ini kita akan mulai mengaku tentang kehebatan seorang Evelyn Rose dalam menyampaikan mesejnya. Yang jelas saya mengakui bahawa dosa silam yang sedikit itu tidak dapat ditutup walaupun dengan selimut selebar dan seluas dunia ini. Namun dengan yakin haruslah percaya bahawa kita masih boleh memohon keampunan dari yang Esa dan menyesal dengan bersungguh-sungguh. Allah Maha Pengampun dan Pendengar yang setia.

Menyusuri novel 13 Jam A380 ini, kita di berikan gambaran kehidupan Hana Sofea di bumi asing dengan sebuah keluarga angkat yang memiliki dua orang anak lelaki yang alim. Kekayaan tidak mengaburi mata mereka untuk sentiasa membantu golongan yang memerlukan dan bersedekah. Dan yang paling penting, kekayaan menjadikan mereka semakin dekat dengan Tuhan.


 


Kisah pertemuan Hana Sofea dengan Haydar bermula dari Bab 2 novel ini. Seterusnya 13 Jam A380 bermula dan mencatat sejarah hitam dalam perjuangan Hana mempertahankan cintanya yang suci dalam bab seterusnya dalam novel ini.

Hana yang menggilai Haydar akhirnya telah jatuh cinta dengan Fawwaz kerana dia percaya hanya lelaki alim dan warak itu yang mampu membimbingnya. Dia melupakan Haydar kerana tidak mahu lagi hidup dihantui dosa semalam. Namun begitu, jodoh ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan.

Apabila dosa silamnya bersama Haydar terbongkar, Fawwaz pergi meninggalkannya dan memaksa Hana Sofea memilih Haydar sebagai suaminya. Hana menerima Haydar secara terpaksa demi menyelamatkan syarikat keluarganya. Maka, jadilah perkahwinan itu penuh tipu muslihat dan dendam. Dendam Hana Sofea kepada Haydar yang cuba mengikatnya dengan cara yang tidak jujur.

Namun akhirnya pembaca akan dihadiahkan dengan akhir cerita yang 'happy ending'. Pada mulanya saya sangkakan Hana Sofea akan berkahwin dengan Fawwaz dan bahagia hinga hujung nyawa. Tetapi, penulis pandai memanipulasi plot dan jalan cerita novel 13 Jam A380 bagi membuatkan kita terus membaca hingga ke mukasurat terakhir. Syabas Evelyn Rose kerana telah mengajar banyak perkara tentang kehidupan kepada kita semua.

Namun satu situasi yang paling saya suka dalam novel ini adalah apabila Evelyn menulis falsafah kehidupan menggunakan bunga dandelion. Ingat tak ketika Hana Sofea menangis selepas melihat Haydar bersama wanita lain di lapangan terbang? Ketika itu Fido memujuknya dengan membuat perumpamaan dengan bunga dandelion. Rasa macam sweet sangat situasi tersebut.

"Look at this dandelion..."

Dia cabut sekuntum lagi bunga liar yang tumbuh melata itu. Bunga yang sudah kering.

"Kalau awak sayangkan bunga ini, awak akan biarkan ia terbang...walaupun menjauh...walaupun tidak bersama awak. But its the best for it. It will grow again. Will flower again...and all over again. It will charm you with its beauty. Love is not about possession.  Love is to let your loved one lead a happy life, no matter how that person chooses it. Not prioritising your happiness bur their happiness.  If not, don't call it love. Call it possession.  Selfishness...."

Semoga review novel 13 Jam A380 di atas sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran plot dan jalan cerita novel ini. Saya tidak menghadapi masalah untuk memahami gaya bahasa dan tema yang ingin disampaikan oleh Evelyn Rose dalam novelnya ini. Semoga kita dapat mengambil pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulisnya.

aynora nur / Author & Editor

Mykarya.com adalah blog perkongsian e-novel, cerita korea dan drama melayu.

4 comments:

  1. mcm best ajee buku ni..nk beli la nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TB..memang berbaloi beli buku ni. Selamat membaca karya Evelyn Rose eh..

      Delete
  2. bila awak cakap: Gaya penulisan Evelyn Rose ada persamaan dengan Rin Ahmad,
    saya jugak feel the same sbb saya dh lama follow karya Rin Ahmad, Rehan Makhtar Hlovate Cucur Atap di blog.
    dan mambace 13 Jam terjumpa pulak plot 'home water-birth' yg sama saperti dlm enovel Arluna karya Rin Ahmad. Apa kah ini secara kebetulan? Arluna dah lama habis di blog rase nye year 2011 or 2012. berita baik arluna di cetak ke novel untuk bulan feb 2014 di bawah kaki novel.
    13 jam peringkat permulaan mmg teruja tapi kadang2 ada bahagian yg rase nak skip skip baca. Apa pon 13 jam di kirakn novel yg ok jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru dah habis bace Arluna.
      sangat berpuas hati mmg terbaik Arluna.
      13 jam pon jugak dah bace. Tapi Arluna is far better - tak meleret. bersahaja dan simple. Kan home water birth lagi lebih mantap dlm arluna.

      Delete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Distributed By Gooyaabi Templates