Drama Istikharah Cinta Slot Akasia TV3 Lakonan Zul Ariffin

Drama Istikharah Cinta Slot Akasia TV3 - Drama bersiri slot Akasia TV3 berjudul Istikharah Cinta akan menemui penonton tidak lama lagi. Drama berjumlah 28 episod ini diterbitkan oleh Orangetree Production.





Zul Ariffin amat bertuah kerana dua kali dia terpilih berlakon drama untuk slot Akasia TV3. Selepas ramai yang jatuh hati dengan karakternya sebagai Zill Faezrul dalam Rindu Awak 200%, dia kini muncul pula dalam drama berjudul Istikharah Cinta.

Para pelakon Drama Istikharah Cinta


Zul Ariffin - Airil
Faye Kusairi - Dina Aliya
Zarina Zainuddin - Datin Amnah
Hamidah Wahab -
Fathil Dani - ayah Airil

Dalam harian metro dinyatakan Zul Ariffin akan berganding dengan pelakon baru, Faye Kusairi. Pemilik nama penuh Zulkifli Ariffin, 28, berkata, dia tidak menyangka akan jadi ‘hero Akasia’ sekali lagi dalam jangka waktu yang amat dekat.

“Saya perlu berusaha lebih keras untuk mengalih penonton drama Rindu Awak 200% yang sudah ada pengikut sendiri kerana ia diadaptasi daripada novel. Manakala Drama Istikharah Cinta kisahnya dicipta penulis skrip itu sendiri." - Zul Ariffin

Biodata Zul Ariffin



Nama Penuh : Zulkifli Bin Ariffin
Tarikh lahir : 25 Oktober 1986
Asal: Taping, Perak
Adik Beradik : Anak bongsu daripada 4 beradik (2 Lelaki & 2 Perempuan)
Kacukan : Melayu + Belanda (Dutch)
Senarai drama lakonan: Drama Awan Dania, Drama Gerak Khas
Lagi drama lakonan Zul Ariffin : Rindu Awak 200 Peratus TV3, Evolusi KL Drift 2, Bikers Kental, Kabin di Tepi Tasik, Mr. Feminin
Filem lakonan : Penanggal, Evolusi KL Drift 2, Bikers Kental
Twitter Zul Ariffin : https://twitter.com/zul_ariffin86
Facebook Zul Ariffin : https://www.facebook.com/pages/Zul-Ariffin/135600119851242
Status: Solo? (Masih bujang...hihi)

Sedikit info tentang Faye Kusairi 

Faye Kusairi pendatang baru dalam dunia hiburan di Malaysia. Telah berlakon dalam satu filem sebagai pelakon pembantu, dan tiga drama TV dalam tempoh terdekat ini.

Profile:
Nama : Dayangku Faratiwan Adnil Bt Awg Kusairi
Nama Pentas : Faye Kusairi
Tarikh Lahir : 19 Jun 1987
Tempat Lahir : Miri, Sarawak
Pekerjaan : Guru Drama / Artis / Pemandu kereta lumba
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Bahasa : Malay, English, Mandarin
Tinggi : 154.5 cm
Berat : 51 kg

Kebolehan lain: Berlakon, menyanyi, modeling, & Iklan TV. Boleh juga memandu kereta lumba, jetski & bot laju. Meminati sukan badminton & renang.

Sinopsis Drama Istikharah Cinta akan saya update dari semasa ke semasa nanti. Mengikut perancangan, drama Istikharah Cinta akan mengisi slot Akasia TV3 sekitar bulan November ataupun Januari 2015. Hermm...sabar ya? Saya tahu anda semua, terutamanya wanita-wanita diluar sana ramai yang menunggu kemunculan Zul Ariffin, kan?

spacer

Sinopsis Drama Korea Only My Love

Sinopsis Drama Korea Only My Love - peminat drama Korea kini boleh menarik nafas lega bila Good Daughter Hana telahpun menuju episode akhir dan nampaknya ada happy ending, kan? Drama yang menggantikan Good Daughter Hana pula adalah drama Korea yang berkisahkan drama romantik dan percintaan. Namun dengarnya ia bukan sekadar kisah sebuah cinta yang biasa.

Only My Love a.k.a You're Only Mine akan mula ditayangkan di saluran ONE HD 393 mulai 7 November 2014, pukul 10.10 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat.





Sinopsis Drama Korea Only My Love 


Only My Love adalah kisah melodrama romantik yang mengupas tentang jatuh bangun kehidupan seorang wanita yang bernama Go Eun Jung.

Go Eun Jung lahir dari keluarg yang miskin dan dibesarkan oleh ibunya seorang pengilat kasut. Sebenarnya Eun Jung telah berkahwin dengan Kang Sung Jae, tetapi malangnya dia kehilangan segala-galanya apabila suaminya dan ibu mertuanya melakukan jenayah kejam.

Dalam usaha menghadapi kenyataan, Eun Jung bangkit semula secara perlahan-lahan untuk membina hidup baru. Dari situ, dia hadapi segala rintangan yang mendatang dan mendaki tangga kejayaan dengan usaha dan caranya sendiri. Akhirnya Go Eun Jung berjaya menjadi pereka kasut terkenal dengan jenama yang dibanggakan dan mencapai jawatan tertinggi dalam kariernya.


Sinopsis Watak Utama Dalam Only My Love


1. Lee Min Young sebagai Go Eun Jung. Beliau adalah anak kepada seorang janda yang miskin dan bekerja sebagai pengilat kasut. Selepas berkahwin, hidupnya semakin tertekan lebih-lebih lagi selepas suami dan ibu mertuanya terlibat dengan skandal jenayah yang kejam. Dapatkah Eun Jung bangkit semula dan menebus kegagalan lalu?

 


2. Song Jae Hee pula membawakan watak sebagai Kang Sung Jae iaitu suami kepada Go Eun Jung. Walaupun secara dasarnya dia nampak seperti seorang suami yang penyayang dan ambil berat, dia sebenarnya berkelakuan kejam dengan Eun Jung. 

Kang Sung Jae juga mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain di belakang Eun Jung. 

Bila Kang Sung Jae terlibat melakukan jenayah, dia terpaksa membiarkan isterinya terumbang ambing mencari kehidupannya sendiri. 

Adakah Kang Sung Jae akan dapat menawan hati isterinya semula apabila isterinya itu telah berjaya?



Drama Only My Love dibintangi oleh Lee Min Young (pelakon The Land) & Song Jae Hee (pelakon Still You), Jung Sung-hwan sebagai Lee Joon-ha, Han Da-min sebagai Lee Yoo-ra, adik Joon-ha.

Info ringkas tentang drama Korea Only My Love


Drama: Only My Love
Tajuk Lain: You're Only Mine
Pengarah: Kim Jung-Min
Penulis: Ma Joo-Hee
Penyiar: SBS
Jumlah Episode: 121
Bahasa: Korean

Final Episod 121 Drama Korea Only My Love


Tonton final episod 121 pada pautan di bawah:







Semoga mendapat manfaat dan pengajaran daripada drama Korea Only My Love yang sedang ditayangkan kini.

Selamat menonton.
spacer

Sinopsis Drama Korea My Lovely Girl Lakonan Rain

Sinopsis Drama Korea My Lovely Girl Lakonan Rain - Anda minat dengan Rain? Sebelum ini Rain terkenal dengan drama korea Full House. Rasanya dah lama Rain tidak berlakon drama korea bersiri, lebih kurang 4 tahun juga dia menyepi dari menerima tawaran berlakon drama bersiri.

My Lovely Girl adalah drama korea bertemakan muzikal kerana ia berlatarbelakangkan industri dunia muzik di korea yang sedang berkembang pesat sekarang.



Sinopsis Drama Korea My Lovely Girl Lakonan Rain


My Lovely Girl adalah sebuah drama romantik yang mengisahkan dua orang individu yang merawat memori luka dalam percintaan mereka melalui muzik.

Rain (Jung Ji Hoon) membawa watak sebagai Lee Hyun Wook, iaitu seorang penerbit lagu dan CEO sebuah agensi hiburan yang kehilangan cinta hatinya di dalam sebuah kemalangan. Dia menjadi pendiam, dan tidak mesra tetapi berubah menjadi lebih bersikap terbuka selepas bertemu dan jatuh cinta dengan Yoon Se Na (Krystal Jung), iaitu seorang penyanyi wanita yang bercita-cita tinggi. Tetapi secara kebetulan, Se Na adalah adik kepada bekas kekasihnya yang telah meninggal dunia.

Drama korea hebat ini dibintangi oleh Rain, Krystal (pelakon The Heirs), L (pelakon Master’s Sun, Salamander Guru dan The Shadow Operation Team), Cha Ye-Ryun (pelakon Working Mum, Star’s Lover, Dr. Champ).

Mula ditayangkan di saluran ONE HD pada 22 Oktober 2014, setiap Rabu & Khami , pukul 8.55mlm.

Watak Krystal Sebagai Yoon Se-Na



Watak Rain Sebagai Hyun Wook



Info ringkas Drama Korea My Lovely Girl 


Pengarah: Park Hyung-Ki
Penulis: No Ji-Sul
Network: SBS
Episode: 16
Runtime: Wed. & Thu. 21:55
Language: Korean
Country: South Korea


Selamat menonton...
spacer

Final Episode Drama Korea Good Daughter Hana

Final Episode Good Daughter Hana - Drama Korea yang sedang hangat ditayangkan di saluran ONE HD 393 adalah drama Good Daughter Hana. Sebuah kisah yang agak unik juga dimana watak utamanya adalah seorang wanita yang menyamar menjadi lelaki demi menyelamatkan legasi perniagaan keluarganya.


Episod Akhir Good Daughter Hana 

Jang Hana melalui pelbagai dugaan dan cabaran demi memastikan ibunya selamat dari ancaman emak tirinya. Oleh kerana ibunya dianggap sebagai perempuan simpanan, maka kehadiran mereka dalam keluarga tersebut tidak dialu-alukan.

Episode 33 Drama Korea Good Daughter Hana


Ra Hee memberitahu kepada Hana bahawa dia meminati Do Hyun. Setelah mengetahui sejarah keychain yang dijumpai pada Hana. Yoon Chan mengesyaki Hana adalah seorang wanita. Mulai dari episod inilah Yoon Chan menyiasat latar belakang Hana secara senyap-senyap. Akhirnya sah, Yoon Chan menyedari bahawa Hana adalah seorang wanita. Dapat tengok ceritanya dalam episod 35.


Episod akhir Good Daughter Hana agak sedih juga bila Hana kehilangan datuknya yang sebelum ini banyak menyebelahi dirinya. Hana juga telah putus dengan Do Hyun dan menerima kenyataan tersebut dengan hati terbuka.

Final Episode Drama Korea Good Daughter Hana


1. Jang Hana, kakak dan ibunya telah tinggal di rumah agam mereka. Secretary Kim memberitahu bahawa mungkin Pengerusi Jang akan meninggal tidak lama lagi kerana sakit yang dihidapinya. Ha-Myeong dan ibunya terkejut.

2. Pengerusi Jang menasihati Jang Hana agar berhati-hati. Mungkin dia akan dibenci oleh ahli keluarganya tetapi dia kena bersedia menghadapi semua itu. Pengerusi Jang yang duduk di kerusi roda banyak meninggalkan pesanan kepada Hana. Dia mahu Hana menyatukan keluarga mereka semula.

3. Akhirnya Pengerusi Jang meninggal dunia di sisi Jang Hana.

4. Doe-Hyun datang melawat Hana dan keluarganya. Dan menyampaikan ucapan takziah daripada pihak keluarganya juga.

5. Doe Hyun telah berpisah dengan Hana tetapi menerima kenyataan tersebut dengan matang. Banyak kenangan yang pernah mereka lalui telah mendewasakan terutamanya keluarga, sebuah perhubungan, persahabatan dan dalam perniagaan.

6. Doe Hyun telah menjadi Pengerusi SS Group. Dia mahu menjadikan SS Group sebagai sebuah yayasan awam sebagai rasa penyesalan terhadap tindakan ayahnya sebelum ini yang banyak menyusahkan orang. DY akan menjaga ayahnya kerana ayahnya yang telah membesarkan selama ini.

7. Doe Hyun menganggap Yoon Chan seperti abangnya sendiri walaupun sebenarnya YC hanyalah anak tak sah taraf ayahnya.    

8. Keluarga tiri Hana hidup susah. Mereka menyesal dengan perbuatan dan kesalah mereka selama ini.

9. Ra Hee dipenjarakan. Ibunya datang melawat dan memohon maaf kerana tidak berjaya mendidik Ra Hee seperti Jang Hana. Mahu memulakan hidup baru di kampung.




10. Jang Hana mahu menyambut harijadi Yoon Chan di Bangunan Eun Chum tetapi Yoon Chan tak muncul. Pengarah Yoon memaklumkan bahawa Yoon Chan mahu ke luar negara dan dia tidak mahu menyusahkan Hana.

Bagaimanakah kesudahannya? Adakah Hana dapat bersama dengan Yoon Chan?

Jika anda mahu menonton drama korea Good Daughter Hana Final Episode, bolehlah ke website berikut:

http://dramafire.com/a-well-raised-daughter-episode-122-finale/


Menonton Final episod drama korea Good Daughter Hana melahirkan rasa gembira disebabkan beberapa perkara. Selain happy ending, drama korea Good Daughter Hana juga ada banyak pengajarannya. Usah membezakan kebolehan antara lelaki dan wanita, dan perbuatan yang jahat selalu mendapat balasan yang sepatutnya. 


spacer

Doa Mendekatkan Kita

Jarak sebagai pemisah

Kita semuanya sudah lama terpisah. Walau duduk dekat seinci, berteduh di bawah bumbung yang sama, makan sepinggan pun sebenarnya kita tidak bersatu. Kita jauh kerana jarak. Jarak antara kita sudah lama berlaku. Ia disitu beribu tahun lamanya. Jarak itu pemisah kita. Apatah jika memang kita berjauhan, terpisah oleh benua dan lautan. Ya...kita telah amat jauh antara satu sama lain. Sedarkah kita?



Tetapi...doa menjadikan kita dekat.

Jika jarak terus menghalang sebuah renungan kasih hinggap dimata. Jika jarak menyukarkan suara kita untuk  saling bertingkah. Jika jauhnya tanganmu untuk digapai, bolehkah kita menjadi dekat? Tentu saja boleh, maka berdoalah! Dengan doa segala yang mustahil menjadi mungkin dengan izin dan perkenanNya. Hanya dengan berdoa, yang jauh menjadi dekat. Ingatan yang mesra dan baik terhadap yang tersayang juga merupakan doa. Doa adalah pengharapan. Doa adalah tanda kasih. Doa adalah keajaiban terhadap keinginan-keinginan kita. Doa adalah sahabat akrab terhadap sang pendosa silam yang sedang melalui jalan yang baru. Jalan yang putih...

Jarak tidak menjadikan kita jauh kerana doa-doa yang ikhlas menjadikan kita dekat.

 "DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN."

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
(HR Hakim)

Dari Abu Hurairah ia berkata : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :
 “Tiga golongan yang permohonannya tidak akan ditolak, iaitu orang yang sedang berpuasa sampai dia berbuka ; seorang imam yang adil ; dan seorang yang sedang teraniaya, maka permohonannya diangkat oleh Allah sampai ke angkasa dan dibukakan pintu-pintu langit untuk dirinya; lalu Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Tinggi berfirman: “ Demi kejayaan-Ku , pasti Aku akan menolongmu, walaupun beberapa saat kemudian.”

"Dan sesungguhnya dariMu ya Allah, aku bermohon agar jarak antara kami kau dekatkanlah dalam ikatan silaturrahim yang menuju jalanMu dan selalu berada di atas landasan yang Engkau berkati. Amiin..."
spacer

Drama Korea The Woman Who Married Thrice

Drama Korea The Woman Who Married Thrice - Drama korea terbaru yang boleh anda saksikan mulai 9 September 2014 di saluran ONE HD 393 bertajuk The Woman Who Married Thrice. Tajuknya macam misteri kan? Dan yang pasti ia tentu kisah wanita yang pernah berkahwin tiga kali. Unik kan? Jarang drama korea mengisahkan wanita yang berkahwin banyak kali, yang biasa kita dengar wanita korea setia dan tidak akan berkahwin semula jika suami masing-masing telah meninggal dunia.




Namun, lain halnya dengan drama korea The Woman Who Married Thrice. Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan satu lagi drama korea dengan tema kekeluargaan ini.

Sinopsis Drama Korea The Woman Who Married Thrice


Kehidupan boleh mendatangkan pelbagai rintangan dalam usaha mencari makna cinta sebenar. Oh Eun Soo (Lee Ji Ah) terfikir mungkin dia menemui cinta sejati tetapi akhirnya perkahwinan yang dibina gagal dipertahankan. Dia cuba menarik perhatian daripada dua lelaki pula iaitu Jung Tae Won (Song Chang Eui) dan Kim Joon Goo (Ha Seok Jin), namun masihkah ada peluang kedua untuknya dalam membina bahagia?

Manakala, kakaknya Oh Soo Hyun (Uhm Ji Won), cuba untuk mengimbangi hubungan beliau dengan An Gwang Mo (Jo Han Sun) dengan kerjayanya sebagai seorang pereka produk haiwan. Bolehkah adik-beradik ini mengemudi jalan berduri dalam kehidupan, keluarga dan cinta?

Oh Hyun Soo dan Oh Eun Soo memiliki perspektif yang berbeza tentang cinta dan kehidupan. Drama korea ini akan menggambarkan perspektif berbeza seorang wanita dengan yang lain tentang perkahwinan dan cinta.

Secara ringkasnya ia sebuah drama yang mengutarakan perspektif generasi sekarang dan zaman dahulu tentang perkahwinan, perceraian dan kerjaya.

Drama korea The Woman Who Married Thrice dibintangi oleh Lee Ji Ah sebagai Oh Eun Soo, Uhm Ji Won sebagai Oh Hyun Soo, Song Chang Ui sebagai Jung Tae Won, Ha Suk Jin sebagai Kim Joon Goo, Jo Han Sun sebagai Ahn Kwang Mo dan Seo Young Hee sebagai Park Joo Ha.

Ringkasan Watak Utama:


Oh Eun Soo

Apabila Oh Eun Soo (Lee Ji Ah) berumur 25 tahun, dia berkahwin dengan Jung Tae Won (Song Chang Ui) walaupun mendapat tentangan keluarga. Namun akhirnya dia memfailkan perceraian terhadap suaminya kerana tidak tahan dengan kerenah ibu mertuanya. Dia memiliki seorang anak berumur 7 tahun daripada perkahwinan pertamanya. Kemudian, dia berkahwin dengan Kim Joon Goo (Han Suk jin).




Kim Joon Goo

Kim Joon Goo (Ha Suk Jin) adalah suami kedua Oh Eun Soo. Beliau seorang lelaki yang kaya dan kacak, menjadi pujaan ramai wanita diluar sana tetapi kebanyakannya tidak disukai oleh Joon Goo. Akhirnya dia berkahwin dengan Oh Eun Soo tetapi perkahwinan mereka juga menghadapi masalah. Dapatkah hubungan mereka diselamatkan?


Info Ringkas Drama The Woman Who Married Thrice

Tajuk Lain: The Woman Who Married Three Times
Genre: Keluarga, Romantik
Episode: 40
Siaran: SBS
Tarikh tayangan: Isnin - Khamis, mulai 6:40pm
Original Soundtrack: The Woman Who Married Three Times OST

Selamat menonton, ambil manfaat daripadanya...
spacer

Drama Korea Discovery of Love

Drama Korea Discovery of Love - Pelakon korea Eric akhirnya kembali beraksi dalam drama terbaru 2014 dengan pasangannya yang sama-sama berlakon dalam drama korea Que Sera Sera iaitu Jung Yu Mi beberapa tahun dahulu. Kehadiran mereka menjadikan drama ini sebuah drama yang mesti ditonton oleh semua. Drama ini sudah ditayangkan di Korea mulai 18/8/2014 dan akan mula ditayangkan di saluran KBS2 World 392/391 mulai 1 September 2014.



Sinopsis Ringkas Drama Korea Discovery of Love


Han Yeo-Reum (Jung Yu-Mi) sudah memiliki kekasih dan amat mencintai lelaki itu. Tetapi, siapa menyangka bekas teman lelaki, Kang Tae-Ha (Eric) yang pernah menjadi kekasihnya selama 5 tahun muncul secara tiba-tiba. Tae-Ha telah menyedari kesilapannya dan ingin kembali kepada Yeo-Reum. Apakah yang akan terjadi kepada mereka? Apakah kenangan-kenangan semasa mereka bersama dapat menyatukan semula dua hati.

Discovery of Love adalah drama romantik komedi yang pasti mencuit hati dengan gelagat lakonan mereka yang bersahaja.

Senarai pelakon utama drama korea Discovery of Love adalah Jung Yoo Mi sebagai Han Yeo Reum (32 tahun), Eric sebagai Kang Tae Ha (34 tahun), Sung Joon sebagai Nam Ha Jin (32 tahun), Yoon Jin Yi sebagai Ahn Ah Rim (27 thn), Yoon Hyun Min sebagai Do Joon Ho (33 thn) dan Kim Seul Gi sebagai Yoon Sol (32 thn).

Drama korea Discovery of Love Episode 1




Info Ringkas Drama korea Discovery of Love

Drama: Discovery of Love (English title)
Pengarah: Kim Sung-Yoon
Penulis: Jung Hyun-Jung
Saluran: KBS2
Episode: 16
Waktu tayangan: Isnin & Selasa 21:55mlm
Bahasa: Korean



Selamat menonton.

spacer

Aku Yang Terlewat 8



Lelaki yang aku gelarkan ZIS itu begitu macho dan gentleman meladeni setiap ajakan wanita mata duitan yang ingin bergambar dengannya. Wanita mata duitan? Ahh...prejudiskah aku? Apa lagi yang wanita-wanita genit itu mahukan jika bukan wang dan kemewahan? ZIS ada semuanya.

Aku melirik ke arah Hannah yang culas ketawa riang bersama teman-temannya. Teman sepejabat yang meraikan kehadiran bos baru. Hannah bukan wanita mata duitan. Jika tidak, takkan dipilihnya aku yang miskin harta ini? Nasib baik aset aku yang lain tidak kalah dengan ZIS. Dia dan aku lebih kurang tingginya. Warna kulit juga tidak jauh bezanya. Jawatan? Aku kalah satu tingkat, jikalau pandai bodek Datuk Khalid dapatlah naik pangkat dengan cepat. He..he..aku menyeringai sendiri sambil merenung gelas yang berisi fresh orange yang berbaki sedikit.

Hannah masih berborak dengan rakan-rakannya. Sesekali mataku terserempak dengan mata lelaki lain yang merenung Hannah. Itulah susahnya dapat isteri cantik. Cemburu dan panas hati sudah jadi makanan dalam sanubari. Jika tidak cukup sabar, sudah lama aku hayunkan penumbuk ke muka-muka jantan poyo tersebut. Tetapi bukankah Hannah juga patut dipersalahkan? Tetapi Hannah itu isteri siapa? Isteri lelaki ini yang bernama Zaffril. Dayuslah seorang lelaki membiarkan aurat isterinya tidak dilindungi, tidak ditutup dan terdedah kepada mata lelaki bukan mahramnya. Masyaallah...aku juga yang bersalah!!

"Kenapa bro?"

Satu tepukan lembut singgah dibahu. Aku menoleh perlahan. Dengan serta merta rambut yang serabai aku kaup dengan tangan. Secara magik, rambutku yang lurus itu dengan mudah menjadi kemas semula. Well...aku kan serba boleh.

"Tak ada apa. Macam biasa.." Entah apa aku merepek dengan ZIS pun aku tak tahu.

"Kau sihat kan?"

"Of course." Egonya jawapan aku.

"Hannah..."

Aku rasakan suara ZIS bergetar tatkala menyebut nama Hannah. Aku cemburu. Rasa ini datang lagi. Lebih kuat dan padu. Kalau macam ini gayanya boleh sakit jantung aku dibuatnya.

"Macam biasa. Seperti apa yang kau tengok sekarang." Aku masih mengawal nafasku.

"Dia masih macam dulu-dulu juga. Langsing dan periang. Intelligent girl..."

"Kau silap kut."

"She is woman, not girl anymore. And...my woman. My wife. Kalau kau dah terlupa." Aku mengeraskan suara.

"Rilekslah Zaff. Aku tersilap cakap tadi."

Sekali lagi dengan machonya dia menepuk bahuku lembut. Hatiku jadi tenang sedikit.

"Moga korang bahagia." Perit tekakku mendapat ucapan dari mulut ZIS.

"Terima kasih bro!" Keras dan datar sahaja suaraku.

Mata kami sama-sama terarah ke satu susuk tubuh yang sedang menjadi bahan perbualan. Secara tidak sengaja Hannah pun sedang memandang ke arah kami. Senyumannya dilemparkan. Matanya tepat memaut ke arahku. Bangganya aku saat itu. Hannah seorang bidadari cinta, hadir kedunia untuk membawa kebahagiaan. Kepada ku sebenarnya, cuma aku yang sering terlewat...berdosakah aku?

"Dia wanita setia, bro. Bertuah kau." Entah sindiran atau kenyataan yang keluar dari mulut lelaki tiga nama ini, apa aku kisahkan. Dua-dua pun boleh diterima sebagai pujian yang positif.

"Kau bila lagi?" Aku pun ingin menebak isi hatinya.

"Belum jumpa." Jawabnya ringkas.

"Nak cari yang macam mana lagi? Kat oversea tak ada yang berkenan ke? Menipu sangat." Aku menyeringai.

"Nak cari yang macam bidadari di dunia." Luahan ZIS mendebarkan dada. Macam tahu-tahu aje yang aku gelarkan Hannah itu Bidadari. Atau adakah kami bermimpikan insan yang sama nama dan serupa wajah?

"Jom join us. We rock the world."

Aku hanya mengangkat tangan tanda berbasa basi menerima pelawaan ZIS. Rock the world? Banyak cantik! Sudahlah baru sebentar tadi kau buat statement maut, sekarang nak ajak orang bergembira ria pula. Mentang-mentang kau masih bujang, bolehlah joli katak. Bergesel sana sini lelaki perempuan. Lainlah aku...status dah bertukar. Eh! Bukankan bercampur lelaki perempuan itu haram tak mengira bujang atau yang sudah berkahwin. Masak...masak...kalau emak tahu aku pergi tempat macam ini, tentu sudah lama aku kena kurung. Lamunanku dah merayap sampai ke kampung pula. Merepek betul....

"You!"

"Hah!? Kat mana kita?"

"Dreaming? Tempat havoc macam ini pun sempat berangan ke?" Hannah berbisik di telingaku.

"You tak join dia orang?" Aku bertanya balik bagi menyorokkan kekalutanku.

"Tak mahulah. Jom balik. Dah lewat ni."

"Kawan you yang lain?"

"Prospect ramai...pandai-pandailah dia orang balik nanti. I dah mengantuklah dear..." Manjanya suara isteriku Hannah. Aku semakin jatuh cinta padanya.

Hannah memang seorang wanita yang bijak. Dalam ketegasan ada sisi manjanya. Dalam kelembutan, ada sisi nakalnya. Dia tahu memainkan peranan untuk menawan hati lelaki yang kaku seperti aku! Jadi, bodohlah aku jika tidak menjaga mutiara timur ini dengan selayaknya. Mudah-mudahan aku belum terlewat untuk menawan kembali perhatiannya padaku. Aku berharap dengan harapan hinggalah telefonku berdering ketika aku mahu menghidupkan enjin kereta.

"Ya Datuk?"

"Sekarang ke?" Wajahku cemas apabila Datuk Khalid mengkhabarkan sesuatu.

"Bila?"

"Sekarang?"

Aku hidupkan enjin kereta. Tetapi mataku dan Hannah bertatapan seketika. Mungkin dia faham maksudku.

"Datuk Khalid?" Tanya Hannah.

Aku mengangguk. Aku gelisah kerana hendak cepat ke banglo Datuk. Manakala Hannah pula meminta perhatian. Wajahnya sudah bertukar muram kerana aku pasti akan memintanya menumpang rakan-rakannya untuk pulang.

"I ikut you tak boleh ke?"

"Tak boleh. Lain kali I kenalkan you dengan Datuk secara rasmi."

"Jadi Datuk tak tahu yang you ni dah kahwin? Sampai nak tunggu kenalkan secara rasmi konon!"

Mulutku memang tak ada insurans betul, boleh pula masa begini terbongkar taktikku berlagak bujang di hadapan Datuk. Mulut oh mulut, memang kamu tak sekolah!

"I balik sendiri."

Aku lihat dari dalam kereta bila kelibat Hannah menyelinap masuk ke dalam bistro semula. Tetapi serentak itu juga kakiku telah menekan minyak Harrier dan meluncur laju menghala ke rumah Datuk Khalid.

Tentang Hannah, balik nanti bolehlah aku pujuk semula. Begitulah aku dalam tanpa sedar telah melukakan hati Hannah sekali lagi. Bukan sekali, tetapi berkali-kali...


spacer

Biodata Sasterawan Negara Dr Lim Swee Tin

Biodata Sasterawan Negara Dr Lim Swee Tin  - Beliau seorang penulis dan pensyarah bukan melayu tetapi terkenal di dalam dunia penulisan melayu. Itulah uniknya Dr Lim Swee Tin yang juga seorang professor di sebuah universiti tempatan.


Sasterawan Negara Dr Lim Swee Tin


Beliau telah berkecimpung dalam dunia penulisan Malaysia selama lebih kurang 40 tahun.

Biodata Sasterawan Negara Dr Lim Swee Tin


Dr Lim Swee Tin dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 26 September 1952. Dalam bidang penulisan, Lim cenderung menulis puisi. Karya awalnya terbit pada tahun 1973. Lim juga menghasilkan cerpen, novel dan tulisan-tulisan bercorak kesusasteraan. Pada tahun 1990, beliau mewakili negara pada acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur. Pada tahun yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka memilih beliau bagi program Penataran Karya Sastera selama hampir sebulan di Jakarta, Indonesia.

Antara karya yang telah diterbitkan ialah "Eva" (1981), "Akrab" (1985), "Menyusur Musim" (1991), "Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain/A Child and Other Poems (puisi dwibahasa, 1993), "Masih" (1997), "Sebuah Fragmen Cinta" (1998) dan "Nyanyian Sepi" (puisi dwibahasa, 2000).

Lim Swee Tin pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/83, 1986/87, 1988/89, Hadiah Penghargaan Anugerah Puisi Putra 2, 1983 melalui antologi "Akrab", hadiah kedua Peraduan menulis Cerpen dan Puisi 100 Tahun Kuala Lumpur, Hadiah Sastera Utusan Melayu - Public Bank, Hadiah Cerpen DBP-Maybank dan banyak lagi.

Puisi beliau berjudul "Ketika Kami Bercerita Tentangnya" telah dipilih sebagai teks puisi di dalam antologi "Anak Bumi Tercinta" yang merupakan antologi Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu bagi Tingkatan 3.

Karya-karya Dr Lim Swee Tin untuk tatapan segenap lapisan masyarakat. Tidak membataskan temanya kepada sesuatu kelompok tertentu sahaja, Lim menyelinap masuk ke sukma warga petani dan nelayan, ke redup dan gundah manusia kecil seperti pengemis dan orang gelandangan, keharmonian kampung dan negerinya, pancaroba permasalahan kehidupan semasa sehinggalah soal-soal politik juga. Lim mengangkat tema persahabatan dan persaudaraan yang tulus lagi tulen, perpaduan dan integrasi masyarakat serta bangsa, sehinggalah ke isu perang dan kekejaman di luar sana. Sebuah kumpulan 50 puisi seluruhnya bertemakan patriotisme Cakerawala Kemerdekaan (2007) barangkali satu-satu yang serupa itu pernah diterbitkan di negara kita, Malaysia. Karya beliau banyak yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Cina, Thai, Jerman, Portugis, dan beberapa lagi bahasa dunia yang lain.


Pandangan Dr Lim Swee Tin Tentang Bahasa Melayu


Beliau kini menyandang jawatan pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, jawatan yang disandangnya sejak 1 Disember 2000. Bukan sahaja dilahir dan dibesarkan dalam kalangan masyarakat Melayu. Bahkan Dr Lim turut bersekolah Melayu, boleh dikatakan dunianya 100 peratus Melayu!

Sambil menyifatkan pengalaman hidupnya berbeza daripada kebanyakan orang lain, sebelum berusia enam tahun dan sebelum masuk darjah satu, beliau sudah boleh menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu.

"Masa itu tidak ada tadika. Saya juga belajar sendiri sebelum masuk ke sekolah. Saya rapat dengan sebuah keluarga Melayu dan anak-anak dia, menjadikan kakak-kakak angkat saya mengajar saya membaca dan menulis.'

"Secara kebetulan bapa saya ada duit sedikit dan membelikan buku untuk saya baca. Buku yang kecil-kecil dan nipis, harganya sekitar 5 sen atau 10 sen sebuah. Masa itu, sebulan sekali ada peniaga yang datang ke kampung menjual buku-buku ini.

"Saya juga baca buku, kalau tidak silap kisah daripada Sejarah Melayu yang diringkaskan dan dipermudahkan. Saya suka kepada bentuk bahasa dan karya sastera," Dr Lim mengingati semula zaman kanak-kanaknya. Minat membaca yang disemai dan dipupuk dari usia muda ternyata menumbuhsubur minatnya dalam kesusasteraan Melayu dan penyumbang utama kepada kejayaannya hari ini.

Justeru tidak hairanlah beliau sentiasa mengesyorkan supaya masyarakat Malaysia hari ini tanpa mengira bangsa dan keturunan agar merapatkan anak-anak mereka dengan pembacaan Bahasa Melayu.

"Ini akan menjadi asas yang kuat berdasarkan pengalaman saya sendiri," katanya.

Dr Lim turut berpandangan dalam konteks masyarakat Malaysia, interaksi kaum amat perlu dalam mewujudkan sebuah bangsa Malaysia. Ia adalah antara ramuan utama untuk membina sebuah bangsa Malaysia yang kukuh dan padu.

"Kita mesti perluaskan interaksi kita. Jangan dihalang interaksi antara kaum, jangan dibatasi walau dalam apa jua bidang.

"Interaksi inilah yang akan semakin mendekatkan kita kepada penguasaan bahasa di samping mewujudkan persefahaman dan sikap tolak ansur serta perpaduan yang kukuh.

"Jangan ambil mudah hal ini. Lambat laun anak-anak akan membesar dalam sifat yang tidak janggal," tegasnya.

Dalam konteks yang sama, Dr Lim turut berpandangan perlu dikikis prasangka dan kekeliruan yang wujud dan berlaku dalam hal-hal yang disifatkannya sebagai remeh-temeh yang tidak menyokong pembinaan satu negara bangsa dalam erti kata yang sebenarnya.

"Kadang-kadang kita bercakap hendak membina sebuah masyarakat yang padu, yang kukuh tetapi dari segi pelaksanaan kita berbuat sesuatu yang menunjukkan kita ada prasangka," tambahnya.
Dr Lim dan Bahasa Melayu boleh diibaratkan sebagai lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan.
Runtunan hatinya mengenai nasib Bahasa Melayu yang sering beliau sebut sebagai ‘Bahasa kita’ sepanjang wawancara ini menunjukkan betapa mendalamnya beliau menjiwai isu ini.

Perjuangan yang telah berakar umbi sejak empat dekad yang lalu masih diteruskan ke hari ini seperti katanya," selagi saya terdaya saya akan teruskan."

Bermula daripada membaca buku-buku cerita Melayu semasa kecil, minatnya untuk mendalami kesusasteraan Melayu terus bercambah sewaktu beliau belajar di maktab perguruan dan terbabit secara aktif dalam Persatuan Bahasa dan Budaya.

Beliau turut mengkagumi tamadun Melayu yang disifatkannya terbina degan begitu halus dan indah.
Dr Lim turut menjadikan pembabitannya dalam bidang Bahasa Melayu ketika di maktab perguruan sebagai asas untuk melakukan sesuatu yang lebih besar dalam dirinya.

Beliau mahu membuktikan bahawa orang Cina juga mengambil tahu tentang Bahasa Melayu dan boleh menguasai serta menjadikan Bahasa Melayu itu menjadi ‘bahasa kita’.
Berpidato dalam Bahasa Melayu dan menulis dalam Bahasa Melayu menjadikan namanya mula dikenali dan disegani.

"Saya kata saya nak menulis dalam Bahasa Melayu supaya orang Melayu tahu Lim boleh menulis dalam Bahasa Melayu. Dia sayang Bahasa Melayu, cinta Bahasa Melayu.

"Masyarakat bukan Melayu pula berkata ada seorang bukan Melayu yang bagus Bahasa Melayu. Mengapa anak saya tidak bagus seperti dia. Itu yang saya ingin, menjadi contoh, " katanya. 

Pucuk dicita ulam mendatang. Kejayaan yang diraih Dr Lim turut menjadikannya sebagai contoh teladan.
Sering beliau ketemu ibu bapa yang bukan sahaja memujinya tetapi memberitahu mereka menjadikan kejayaan beliau menguasai Bahasa Melayu sebagai contoh untuk diteladani anak-anak mereka.
Pun dalam masa yang sama beliau memberitahu sudah ramai orang bukan Melayu, iaitu Cina dan India yang sekarang bercakap berkias-kias.

"Ini sesuatu yang membanggakan tetapi janganlah sampai kita hendakkan kesempurnaan sehingga kita berkata tidak semua yang pandai berkias," kata Dr Lim.

Beliau turut meminta supaya tidak memandang serong kepada orang bukan Melayu yang tidak fasih atau tidak boleh berbahasa Melayu langsung.

Sambil menyifatkan kelompok seperti itu semakin mengecil kerana ramai yang sudah meninggal dunia, beliau memberitahu memang ada sesetengah ahli masyarakat Cina yang tidak pernah mendapat pendidikan Melayu.

"Mereka itu hanya pandai berbahasa Melayu pasar melalui pergaulan dengan orang Melayu atau langsung tidak boleh bertutur Bahasa Melayu sebab mereka hanya berinteraksi dengan orang Cina.

"Kehidupan sehari-hari kelompok ini dalam lingkungan keluarga Cina, membeli-belah di kedai Cina, jadi langsung tidak boleh bercakap Melayu.

"Jadi apabila kita bercakap hari ini ada orang Cina yang tidak boleh bercakap Bahasa Melayu, itulah golongannya. Tidak boleh menyalahkan mereka. Keadaan yang menjadikan mereka begitu, " jelasnya.

Untuk mengikuti transkrip penuh perbualan Dr Lim Swee Tin terhadap Bahasa Melayu, boleh layari pautan ini. 


Sumber rujukan:

1. Utusan Malaysia
2. Wikipedia Malaysia 
3. Arkib - mStar  
spacer

Biodata Penulis Terkenal Aisya Sofea

Aisya Sofea dikenali sebagai seorang penulis yang prolifik dimana kisah dan tema penulisannya banyak mengisahkan masalah sosial di negara kita. Gaya penulisannya yang tenang dan bersahaja mampu membuai perasaan dan gejolak rasa pembaca. Rasa kasih, sayang, resah dan gelisah berjaya dipancarkan melalui watak-watak dalam dunia ciptaannya.

Biodata Penulis Terkenal Aisya Sofea 


Aisya Sofea

AISYA SOFEA atau nama sebenarnya Hanizura Jamaludin adalah seorang penulis berbakat besar. Anak sulung yang dilahirkan di Kelang, Selangor dan memiliki lima orang cahaya mata yang sedang membesar ini mula mengukir namanya melalui JAUH, novel pertama yang mendapat sambutan menggalakkan. Namanya mula meniti di bibir peminat setelah kejayaan cemerlang JENDELA HATI. 

Antara novel tulisan Aisya Sofea adalah Adam & Hawa, Sehangat Asmara, Kau Untukku, Jendela Hati, Jauh, Gelora Jiwa, Selagi Ada Dia, Buatmu Kekasih, Uda & Dara dan Yang Sebenarnya.

Novel ketiganya KAU UNTUKKU, kisah menarik yang menekankan kekuatan diri yang harus ada pada seseorang yang sedang dalam percintaan. Novel ketiga ini juga meledakkan namanya dalam dunia penulisan tanah air.

Kini Aisya Sofea kembali dengan SEHANGAT ASMARA. Kisah percintaan sepasang kekasih yang kemudian bernikah di UK tanpa restu keluarga. Mereka terpisah apabila sepucuk telegram meminta si suami pulang ke Malaysia. Sejak itu, sembilan tahun lamanya mereka terpisah tanpa khabar berita!

Dan yang terkini setakat Ogos 2013, Aisya Sofea menghasilkan sambungan novel Adam & Hawa yang bertajuk Dekatnya Cinta. Ia mengenai kisah bagaimana doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan ALLAH S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali.

Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji? Akhirnya, Adam melafazkan talak.


 

Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar. Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati.

Antara anugerah yang pernah dimenangi oleh Aisya Sofea adalah pilihan kedua pembaca Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009 Kategori Fiksyen Bahasa Melayu, menerusi Selagi Ada Dia.

Semoga penulis kesayangan saya ini terus menghasilkan karya-karya yang baik dan memberikan manfaat kepada kita semua.
spacer

Sinopsis Drama Korea Angel Eyes

Sinopsis Drama Korea Angel Eyes - Bagi peminat drama korea, kini ada lagi siri terbaru yang telah mula ditayangkan mulai 13/8/2014 dan siarannya pada setiap hari Rabu & Khamis di saluran ONE HD 393. Drama kisah cinta yang agak tragis juga ini mengisahkan tentang seorang doktor pakar bedah dengan seorang pekerja keselamatan wanita yang telah dicintainya sejak 12 tahun lepas.  




Sinopsis Drama Korea Angel Eyes

Sebuah kisah melodrama tentang seorang lelaki dan wanita yang menyintai antara satu sama lain tetapi terpisah kerana kisah keluarga yang tidak mengizinkan dan bertemu semula selepas 12 tahun.

Yoon Soo Wan adalah seorang wanita yang buta dan telah mendapat penglihatannya semula setelah menerima pemindahan kornea dalam satu pembedahan. Dengan itu, beliau bertekad untuk meneruskan kehidupannya dengan penuh semangat dengan menjadi pekerja menyelamat kecemasan yang dikenali bukan sahaja oleh jabatan bomba, tetapi juga oleh hospital tempatan. Dia adalah wanita yang berperwatakan tomboi tetapi masih mengenang cinta pertamanya sejak 12 tahun yang lalu.

Park Dong Joo pula seorang doktor dan cinta pertama Soo Wan yang merupakan pelajar cemerlang dan tahu bagaimana untuk menghibur orang yang dalam kesakitan. Beliau berbangga dengan bapanya dan memiliki impian untuk menjadi ahli bomba seperti bapanya. Beliau melalui pelbagai perubahan dalam hidupnya dan nasibnya telah berubah disebabkan hal-hal yang berlaku disekelilingnya. Beliau adalah seorang lelaki yang hanya memandang seorang wanita dalam hidupnya dan berusaha menghadapi apa sahaja rintangan yang akan dilalui dihadapannya.

Tetapi, Wan Soo telah bertunang dengan dokotor pakar bedah otak bernama Kang Ji Woon (Kim Ji Suk). Bila mengetahui hal tersebut, Park Dong Joo memutuskan untuk diam dan tidak mendedahkan identitinya kepada Soo Wan dan juga mengambil keputusan untuk kembali ke luar negara.

Adakah Wan Soo akan mengetahui bahawa Doktor Dylan Park adalah cinta pertamanya, iaitu Park Dong Joo? Adakah mereka akan mengakhiri hubungan bersama-sama ataupun terpisah oleh takdir dan masa?





Pelakon Utama adalah Park Dong Joo (Lee Sang Yoon), Wataknya sebagai seorang pakar bedah Emergency dan Yoon Soo Wan (Gu Hye Sun).


Info ringkas:
Drama: Angel Eyes
Pengarah: Choi Mun-Seok
Penulis: Yoon Ji-Ryeon
Episode: 20
Bahasa: Korean

Semoga anda semua mendapat manfaat daripada cerita korea Angel Eyes ini. Selamat menonton. 
spacer

Seputih Dandelion Seindah Pelangi - 2


'Kalau tak jawab berdosa.'

Entah mengapa ayat itu asyik menganggu fikiran Imannur sejak pulang dari pejabat. Sangkakan sakit hati kerana terpaksa bawa kereta manual paling menganggu kosentrasinya tetapi sebaliknya kata-kata keramat berupa ugutan dari manusia Zinn itu lebih parah menganggu perasaannya.

Aish!! Kenapa pula dia yang jadi agenda dalam kotak fikiranku...apa makna ini semua? Siapakah manusia Zinn sebenarnya? Handsomekah? Baikkah? Bagaimana kalau dia geng sindiket yang suka menipu orang dan memanipulasikan identitinya untuk kepentingan tersebut? Tetapi...takkan gangster guna gambar profile Pelangi? Dalam berkerut memikirkannya, sempat juga Imannur tersengih seorang diri.

Imannur sudah berada di bahagian 'confirm friend request' dan hanya memerlukan dia klik sahaja butang tersebut.

Bismillahirrahmanirrahim...dengan lafaz nama Allah Imannur pun menerima permintaan manusia Zinn untuk menjadi kawannya.

Beberapa ketika kemudian FB Messengernya berbunyi. Aik! Cepat sungguh!

'Assalamualaikum...'

Jangan jawab dulu. Tunggu beberapa saat dan lihat apa aksi seterusnya. Imannur menunggu jika ada mesej susulan dari Zinn. Benar sangkaannya. Bunyi FB Messenger lagi.

'Tak jawab berdosa.'

Itu aje trademarknya; getus Imannur. Memang berdosa pun jika tak jawab salam. Itu dia tahu.

'Waalaikumussalam.' Sepatah ayat ditaip.

'Sombong ya...'

Hai! Baru diterima jadi kawan sudah dikatanya aku sombong? Siapa dia ni. Berani sungguh menggelar bunga dandelion ini sombong? Alang-alang sudah dikatanya aku sombong, baik aku terus berlagak sombong; Imannur tersengih lagi.

'Saya kenal dengan awak ke?'

'Mungkin kenal cuma tak ingat kut.'

Tup-tup tersembul sekeping gambar Zinn menyusul dengan mesejnya. Terkejut juga Imannur buat seketika.

'Hai, saya Zinn. Kawan lama awak 10 tahun dulu.'

Imannur merenung lama gambar ditelefonnya. Macam kenal, macam tak kenal. Zinn!Zinn! Siapa dia ni? Kawan lama? Boleh tahan juga kacaknya. Rambut tersisir rapi, tak ada rupa orang jahat pun...hahaha; Imannur ketawa gelihati mengenangkan persepsi awalnya tadi.

'Jangan tenung lama-lama, nanti jatuh hati.'

Terkejut Imannur bila mesej seterusnya masuk lagi. Macam tahu-tahu saja dia sedang merenung gambarnya dan membuat penilaian.

'Jangan perasan Encik Zinn.' Tulis Imannur ringkas tetapi tegas.

Setakat itu sahaja perbualan maya antara Imannur dan Zinn. Manusia Zinn adalah seorang lelaki yang boleh tahan kacak, bersih kulitnya dan agak terbuka sikapnya. Iya ke?

Imannur terus menyelusuri Facebook milik Zinn, lelaki berprofil Pelangi. Hah! Macam pelik pula mengintai FB orang, memang tak pernah dibuat oleh Imannnur sepanjang memiliki akaun media sosial tersebut. Tetapi kali ini lain pula jadinya. Dia telah menjadi 'stalker' pula. Yang di intainya pula akaun seorang lelaki asing. Lelaki asing yang mengakui dirinya sebagai kawan lama.

Tiba-tiba matanya tertancap pada sekeping gambar sekolah dalam album milik Zinn. Perasaannya jadi gemuruh. Gambar yang berkapsyen 'Memori Tingkatan 5' itu mengingatkannya tentang sesuatu. Ya! Gambar yang serupa itu juga ada dalam simpanannya. Satu-satunya gambar kenangan yang tersimpan setelah satu musibah menimpanya.


******


Pagi yang sepi. Hujan turun membasahi bumi. Mulanya hanya hujan renyai kemudian diikuti dengan hujan lebat setengah jam kemudian. Hujan lambang kesedihan. Hujan sangat bersahabat dengan perasaan hati. Hati seorang Imannur yang sedang galau. Semakin sebak apabila hujan pagi tadi diiringi dengan kenangan demi kenangan masa silam yang menjelma kembali. Dadanya lelah.

"Cik Iman kita sepi aje hari ini."

Sapaan Aisyah tidak diendahkan. Dia berpura-pura khusyuk melaksanakan kerja-kerjanya. Kerana sekeping gambar yang ditunjukkan oleh lelaki pelangi, hidupnya berubah suram. Kenangan yang mahu dibuang jauh, datang mencarinya semula. Hinggakan malam tadi dia tidak boleh lelap langsung dihantui peristiwa tragis berbelas tahun dahulu.

Peristiwa yang meragut orang-orang yang paling dia sayangi. Kejadian yang telah meranapkan mahligai bahagia yang dibina bersama insan-insan tersayang. Semuanya punah kerana kemalangan maut tersebut.

'Kenapa pula ya Allah Engkau hadirkan pelangi untuk mengimbau kenangan laluku? Siapakah dia yang Engkau utuskan untuk membuat aku menangis lagi? Mengapa ada lagi sisa kenangan yang Engkau mahu aku ingati? Apakah rahsia disebalik semuanya ini?'

Dan kerana musibah tersebut, Allah menarik sebahagian kenangan masa lampaunya. Mungkinkah lelaki Pelangi itu adalah sebahagian kenangan yang telah hilang dari memorinya? Mungkinkah ada cerita yang tertangguh disebalik ini semua? Siapakah dia?

Tiba-tiba Imannur merasakan kepalanya amat sakit. Sakit yang datang berulang semenjak kebelakangan ini.

"Kenapa Iman?" Entah bila Aisyah sudah tercegat di hadapan mejanya.

"Pening sikit..."

"Iya ke sikit? Aku tengok bukan main kuat kau picit kepala kau tadi. Sudah banyak kali aku suruh pergi jumpa doktor, kau tak nak. Degilnya mengalahkan kanak-kanak."

"Aku okey. Pening sikit aje."

"Are you sure? Kalau tak sihat pergi klinik ambil MC. Kerja-kerja kau pun bukannya boleh tolong rawat kau kalau kau jatuh sakit. Sayangi diri sendiri tu, badan bukan nak pakai sehari dua." Aisyah masih terus memberikan nasihatnya.

"Okay Aisyah. Nanti kalau aku dah tak boleh tahan, aku pergi klinik ya. Sekarang ini aku masih under control." Imannur menunjukkan senyum yang semanis mungkin buat Aisyah.

"Janji."

"Iya! Iya! Janji dicapati..."

"Amboi! Sempat lagi tu nak melawak..." Aisyah tidak jadi melepaskan geramnya.

Di belakang Aisyah, Imannur tersenyum pahit.
spacer

Seputih Dandelion Seindah Pelangi - 1



Imannur menghempas beg tangan di atas meja. Laluan perjalanan ke tempat kerja tadi yang banyak ragamnya sungguh memenatkan. Tubuh penat, perasaan sakit dan kaki pun lenguh. Mana tidaknya, pakai kereta manual memang macam itu. Dalam tak sedar dia melepaskan keluhan sekali lagi. Yang jelas, keluhan kali ini ditujukan khas buat abang Hairol. Abang iparnya itu memaksanya menggunakan kereta proton saga buruk itu disebabkan Mr Blacknya gagal di'nyawa'kan pagi tadi.

“Why?”

“Penat dan sakit hati.”

“Kenapa?”

“Jammed la…apa lagi.”

“Selalu pun jammed juga tapi kau tak macam ni.” Muka Aisyah berkerut.

“Mr Black meragam. Jadi aku bawa kereta abang Hairol yang teramatlah lajunya tu..”

Aisyah ketawa polos. Bukan sengaja mahu mentertawakan Imannur tetapi sudah tawanya tidak dapat ditahan, lepaskan sajalah. Lagipun Imannur menunjukkan memek wajah yang agak lucu, tentulah dia ketawa.

“Reda ajelah…” pujuk Aisyah datang mendekat.

“Tengah reda lah ni cik akak oi…”

“Muka orang reda tak macam itu. Muncung sedepa.”

“Habis tu macam mana rupanya?” Imannur buat muka geram.

“Macam ini…” Aisyah menyuakan gambar pengacara TV dalam majalah wanita yang manis bertudung dengan senyum yang lembut. Redup wajahnya.

Irma Hasmie; getus bibir Imannur perlahan. Herm…memang cantik.

"Dia Irma...aku Iman..sangat berbeza."

"Iya lah tu cik Iman. Sepatutnya awak lebih beriman sesuai dengan namanya..." Aisyah membalas pedas.

Tanpa menunggu balasan daripada Imannur, Aisyah terus berlalu ke pantri. Dia pasti Imannur sedang menjeling padanya dengan pandangan amat tajam.


******

Imannur membuka suis komputernya. Fail yang bersusun di bucu meja dikerling sekilas. Dalam hati dia melafaz doa agar segala urusan pekerjaannya hari ini dipermudahkan. Kemudian dia membaca al Fatihah untuk disedekahkan kepada kedua orang tuanya yang telah meninggal dunia. Itulah rutinnya setiap hari saat mahu memulakan kerja.

"Macam mana dengan rumah yang kita pergi tengok semalam? Ada yang berminat?" tanya Aisyah yang baru keluar dari pantri.

Aisyah meletakkan mug yang dibawa di sisi meja Imannur. Matanya tertancap pada skrin komputer milik gadis manis yang bertudung kuning itu. Dandelion putih yang segar. Cantik. Macam pemiliknya juga.

"Belum respon."

"Prospek yang sama, kan?"

"Ha'ah. Nak ambil government loan. Kau ada yang lain ke? Kalau ada tolong pass kat aku. Nanti sempat aku follow up..." Imannur sedang melihat cermin sambil membetulkan tudungnya.

"Orait Cik Iman. Dah cantik lah tu..." Usik Aisyah sambil berlalu ke mejanya.

"Cik puan...ini siapa nak minum?"

Aisyah menoleh sambil tersengih kecil. Dia mengambil mugnya yang berisi nescafe dari meja Imannur.

"Jangan lupa."

"Lupa apa?" Luah Aisyah yang baru melabuhkan punggung di kerusi.

"Prospek baru. Yang solid sikit tau.." Imannur mengingatkan.

"Solid?"

"Incomenya la dear..."

Aisyah tertawa kecil.


*******

Pop up FB Messenger berbunyi menandakan ada mesej masuk. Imannur Zafira menekan ikon tersebut. Ucapan salam dari seseorang. Menggunakan pelangi sebagai gambar Profile. Seingat Imannur sudah tiga kali orang itu request friend dengannya. Namanya Zinn. Dan pada kali ini berani menembusi kotak mesejnya. Siapa dia ni? Tak kenal pun. Argh...abaikan saja. Tak terfikir pun untuk Imannur menyemak album gambar pemilik bernama Zinn itu. Biarkan, lama-lama penatlah manusia bernama Zinn itu untuk menyapanya.

"Aisyah...kita ada customer nama Zinn tak?"

Dalam tak endah, terpacul juga pertanyaan dan nama itu dari bibir nipis Imannur.

"Zinn?" Aisyah menoleh sekilas. Sibuk benar dengan kerja-kerjanya. Fail bertimbun juga di atas mejanya.

"Ya...Zinn."

"Cuba tengok dalam sistem..."

"Malaslah..." Imannur endah tak endah.

"Oitt Cik Iman, benda depan mata pun malas. Teruk betul sikap kau ni, kan?" Aisyah membebel.

"Forget it! Tak penting pun."

"Dah kena interest ke file dia?" Aisyah masih tak puas hati.

"Tak tau. Itu aku tanya kau, ada ke tidak customer yang bernama Zinn..." Imannur masih berbasa basi.

"Aku tak pernah go through nama macam itu. Tak ada kot.."

Kalau bukan pelanggan mereka, siapakah gerangan lelaki pelangi itu? Lelakikah? Tetapi bukankah secara biasanya Zinn itu nama untuk lelaki. Deria rasa keenamnya juga berfirasat begitu. Bunyi 'beep' yang masuk di telefonnya mengejutkan Imannur buat ke sekian kalinya.

"Salam Jumaat. Tak jawab berdosa."

Mesej daripada Zinn lagi!





spacer

Hanya Bayangan



Hanya Bayangan 

Gurauan silam kita
Hanya bayangan
Harapan sekadar igauan manis
Dalam mimpi indah
Seorang teman yang hilang

Hari indah ini
Doa penuh ikhlas dipinta
Berikan diri kesempatan
Melihat senyum mentarimu
Menyinari pagi yang hening 

Jika sinar itu tak muncul
Aku pun tak merajuk lagi
Cukup bayangan indahmu
Menghiasi senyumku sepanjang hari

Kerana percaya
Biar sekadar bayangan
Kau tetap ada, 
Dan selalu ada.



Aynora.nur
1 Syawal, 28 Julai 2014
spacer

Ketika Dia Telah Tiada

Lelaki itu termenung. Lembayung senja datang hampiri. Langit sudah tak secerah tadi. Langkah mahu di atur pergi. Keluhan kecil terlepas jua.



Bayangan seseorang datang dan pergi, laksana rasa rindunya yang begitu. Mahu dibuang terasa sayang, hendak disimpan hati semakin lelah.

Dia lelaki. Perasaannya hanya untuk diri sendiri. Biar lukanya berdarah tak nampak di mata, dia tegar menyimpan harga sebuah ego demi menjaga hati banyak pihak. Terkadang dalam sepinya, hati menangis tak siapa yang tahu.

Dia pergi kerana terpaksa.

Rasa kasihnya, timbunan sayangnya...dia relakan dibawa pergi. Ketika dia telah tiada, hatinya rawan kosong dan hiba. Mencari cahaya dalam samar bayangan malam, bila terjaga hanya sebak yang menghuni ruang jiwa. Merelakan sebuah kepergian yang terpaksa!

Sesekali...
Dia menyelak album kenangan
Mengurai lembaran tarbiyah cinta Illahi
Yang dijalani bersama-sama
Lantas,
Sesalan tak pernah hadir
Kerana lelaki itu tak pernah memadam
Segala kebaikan yang dikongsi
Untuk melepaskannya jauh sekali

Doa demi doa dikirim
Titian silaturrahim semakin teguh
Walau tidak pernah berjumpa
Ikatan mereka takkan terlerai...

Hanya kerana cintanya untuk Allah..
Cinta dan mencintai kerana izinNya
Mengasihi pun demi takdirNya
Hanya kerana Allah, dia datang dan pergi
Meminjamkan serelung bahagia

Hiba dalam bahagia
Ketika dia telah tiada...

spacer

Tangisan Ramadhan Di Bumi Gaza

Ehsan Google


Lewat dingin pagi
Ramadhan sunyi tak sempat bernyawa
Deringan suara jerit dan tangis
Bergema menyambut ruang angkasa
Yang baru nak bermunajat
Memohon restu ibadah pada sang Penyayang!

Langkah songsang penzalim insan
Tak berhenti dikaki berduri
Menguak derita wanitanya
Membelah dada para penghuni syurga Illahi
Megah mendabik kejahatan sejagat

Malam seribu bulan yang Tuhan kurniakan
Menjadi malam penuh ratapan
Manusia dianiaya, teraniaya
Longlai jasad menghirup wangian darah
Lelah hati mengangkat takbir
Memisah kasih dunia dan barzakh
Kasihi kami...ya Rabbi

Panggilan seruan
Perjuangan berterusan memakan tahun
Gerakan padu mengelap tangisan
Dengan lailatul qadar diharap ampunan
Pada Tuhan memohon keajaiban
Pengkahiran yang manis di hari kemenangan
Pencinta agamaMu bertakbir penuh rahmat.

Jika ada belas kasihMu
Ramadhan ini dinanti lagi
Menjelang tahun baru mendatang
Gantikan airmata dengan senyuman
Ampunan rahmat kemanisan
Dengan derita hati dibawa mati
Hingga Engkau menjemput kami...

Jika tidak
Peluklah Kami wahai Tuhan
Dalam kasih memberi keajaiban
Memadam terus manusia-manusia penzalim
Dari bumi Kami...


Tangisan dari hati,
Aynora.nur

spacer

Wanita Itu Tersenyum

Ehsan Google

Bukan bicara senyum bercerita
Ada dalam kisahnya yang lama
Bual kosong yang tergugah
Pada sinar redup yang mencelah
Usik kerdipan mata terpanah
Sedang sedih itu bertamu tak sudah...

Sesekali derap nafas wanita
Mencabar debar deria kasih
Mengelap leka titis jernih
Yang ada, sesekali tiada
Punya siapa lelah menunggu
Setahun berlalu rindu bertamu

Senyum itu berbisik merdu
Mengusap derita cinta terhenti
Di hujung usia ceritera tak lupa..

Wanita itu ada kisahnya
Senyum bernoktah di jari masa
Berlalu menatap mentari bersinar
Memanggilnya kekasih tapi tak berharap!

Nukilan:
aynora.nur

spacer

Bangunkan Jiwa Yang Rebah

Sabar adalah harta yang menguntungkan

Marah adalah sifat manusia yang lemah. Kerana lemahnya kita, seringkali jiwa menjadi tumbang angkara sedikit dugaan. Dendam bermaharajalela lantaran sebuah kehendak yang gagal. Kita tidak boleh terus terusan leka, hanyut diamuk rasa amarah. Bukankah Tuhan ajarkan kita supaya sabar? Sabar bukannya emas yang boleh kita bangga-banggakan, jauh sekali untuk bermegah diri. Sabar itu sebutir harta, yang jauh di sudut hati menjadi batas dan asas sebuah tindakan paling tenang. Reda lah...




Teman yang paling akrab adalah amal

Hidup yang dijalani, di mana rezeki dikutip buat mengalas perut hingga ke petang, pernahkah sedetik terlintas pada fikiran. Ada atau tidak rezeki yang sedikit itu kita syukuri? Pernahkah tanpa kata, sedekah dihulur buat mereka-mereka yang hanyut hidupnya. Lemah langkah tiada bekalan. Tegarkah kita menderum dalam dingin kereta mewah, membiarkan tangan-tangan lesu meminta sesuap rezeki kita? Amalan yang akrab yang sering kita pasungkan pada hati, pada langkah, pada tubuh, pada lidah dan juga pada mata...siapakah mereka? Siapakah teman akrab kita? Tanyakan iman, di mana diri kita di setiap hari baru bermula.

Diam lebih berharga untuk mengawal diri 

Dalam perjalanan yang berliku, menempuh cabang dugaan dan cabaran tentunya kita pernah sesekali terlajak kata dan laku. Buat apa dilayan ombak fitnah dan angin lalu yang membawa berita bisu. Diamkan sahaja semua itu. Berbalas kata dan kejian yang tak berilmu hanya membawa hati semakin kelam. Hitam itu tidak membawa keberkatan pada hati, semakin kita berbalah-balahan...fitnah menjadi biasa. Akhirnya dosa menjadi bekalan sedangkan diam boleh menghadiahkan sinar pahala buat kita, buat kamu...

Bahasa yang paling manis adalah senyum

Senyum ibarat cahaya matahari pagi bagi sebuah kehidupan yang baru bermula. Senyum punya pancaran dan pesonanya yang tulus menjadi teman sepanjang hidup, selagi ada nyawa yang dikandung badan. Senyum adalah bahasa tubuh, menggambarkan hidup bahagia insan. Jika senyum boleh mengubati lelah di sepanjang perjalananmu...kutiplah senyuman itu walau di mana kaki melangkah. 

Senyuman yang ikhlas menjadi indah dan lontaran bahasa yang mudahnya untuk dihadam oleh perasaan seorang manusia.

Diam dan sentiasa tersenyum...mencambahkan sifat sabar yang indah! Begitulah hidup berpusing dengan waktunya...

spacer

Hati Yang Menangis



Dikala hati terusik
Ketika diri dicela
Saat keikhlasan menjadi keruh
Waktu itu hibanya hati,
Pertahan niat yang tulus
Telah disalaherti...

Hati yang luka
Telah menangis tak nampak dimata
Berkecai seribu retaknya
Berderai seribu percaya
Yang diharap mampu membawa
Sinar bercahaya

Jika ini jalan yang Dia rancangkan
Hati yang menangis berpaut kasih
Hening ikhlasnya membasahi bumi
Tika subuh singgah temani pagi..

Hati yang menangis
Masih hiba dalam harapan
Bahagia dalam dunia putih
Mencintai TuhanNya penuh kasih...

Aynora.Nur | Mei 2014
spacer

Tiga Novel Tiga Penulis Berbeza

Novel memang tidak dapat dipisahkan daripada salah satu hobi saya. Yang nipis, tebal, Kisah cinta, misteri, lucu, penyiasatan dan berbagai genre saya boleh baca, tak kisahpun...yang penting ia ada tema, bahasa yang bagus dan jalan cerita yang berbeza-beza.

Saya baru membeli novel berikut di MPH tetapi hanya sempat membelek kulit depan dan belakang novel sahaja. Apalah nasib badan, kerjaya memerlukan komitment yang lebih buat masa ini...

Karya yang saya pilih:

1. Dekatnya Cinta ~ Aisya Sofia
2. Arluna ~ Rin Ahmad
3. Kau Kekasih Gelapku ~ Que Sera Sera




Mungkin anda semua sudah tahu Dekatnya Cinta adalah novel sambungan Adam Dan Hawa yang pernah melonjak drama bersirinya satu ketika dahulu. Manakala Arluna adalah karya penulis yang agak baru dan banyak menghasilkan e-novel di blognya. Bagi novel Kau Kekasih Gelapku, saya tidak mengenali penulisnya tetapi yang pasti ia sebuah karya novel bertemakan fantasi. Mungkin satu penerokaan novel yang baru bagi saya dan kena biasakan dengan imej, dunia, watak, bahasa yang agak sedikit aneh mungkin yang boleh dibayangkan dalam khayalan sahaja.

Dan mungkin jika masa mengizinkan, saya akan buat sedikit review tentang ketiga-tiga novel yang saya beli itu.

Namun dalam kesibukan membaca karya orang lain, saya musykil juga mengapa ilham dan mood menulis saya seakan tidak mahu menjelma dan berkawan dengan saya? Adakah kekangan masa, persekitaran, atau bakat menulis saya telah hanyut di laut China Selatan? Haha...

Semoga satu masa, satu ketika dan pada masa yang betul saya akan menulis semula dengan karya yang lebih segar. Inilah harapan saya...

spacer

Ingatan Yang Tertangguh

Ada sesuatu yang belum kesampaian. Pernah satu ketika aku berhajat menyampaikan sesuatu. Waktu itu tiada sengketa yang melanda sebuah persahabatan itu. Sesuatu yang ingin disampaikan adalah sebuah buku untuk perkongsian denganmu, sahabat...




Sebuah Kisah BUMI CINTA yang mengajarkan kita untuk  tabah dalam perjuangan mempertahankan agama Allah walau di mana kita berada. Segala cabaran, cacian, hinaan, dugaan, godaan dan amalan yang kita pegang di bumi Tuhan, mampukah kekal dihati sampai mati?

Bila jarak dan jurang waktu memisahkan kita, apakah cara terbaik untuk sahabat ini menyampaikan hadiah tersebut. Atau kamu sudah tidak inginkan lagi pemberian tanda ingatan ini?

Pada Tuhan aku selalu bertanya. Relevankah aku menyimpan persahabatan kita kerana biasanya aku yang ternanti-nanti khabarmu. Haruskah hadiah yang masih tersimpan di biarkan sahaja sehingga satu waktu kamu datang mengambilnya? Sehingga ada ingatanmu pada seorang sahabat baik yang masih belum berhenti menunggu?

Kau Selalu Ada Dalam Doa-Doaku...

Namun usah bimbang, sahabat. Mungkin ada hadiah yang tertangguh yang belum kesampaian. Mungkin ada pertanyaan demi pertanyaan yang malu untuk kau tanyakan.

Semua itu ada jawapannya, ada kamu, ada namamu dalam doa-doaku. Yang ini adalah hadiahku yang tidak pernah tertangguh!

Kerana kita belum pasti ada jodoh pertemuan selepas ini. Dan hanya kepada Allah aku serahkan sebuah hadiah untukmu, yang masih tertangguh hingga saat dan ketika ini.

Semoga ada takdir untuk kita, moga ada waktu untuk Bumi Cinta ini...


spacer

Pelangi Sejuta Warna

Warna pelangi itu indah.

Ketika kesusahan membelenggu, tepu sebuah rasa yang girang dulu-dulunya. Mencari satu warna buat teman duka pun sukarnya hendak diteka. Jika diberi sebuah ilmu, mana satu yang aku rebutkan? Duhai hati, kau perlukan kawan atau lawan? Kerana itu aku derita kerana temanku adalah seorang lawan yang tidak membawa ruang cahaya menyelinap masuk pada hati yang bungkam.




Pada cahaya pagi yang terang datang pelangi tujuh warna menyimbah ruang silau mata. Waktu itu hidup bagaikan pengembara baru yang diberi seteguk air. Betapa tenangnya dan nyaman sebuah rasa yang tak terhitung dengan kata-kata. Lalu dugaan apakah lagi yang engkau cuba nafikan?

Warna pelangi itu indah kerana ada tujuh warna. Tetapi mengenali kamu kawan, melahirkan beribu warna dalam hidup seorang aku. Mengenali seorang teman yang mesra seperti kamu menjadikan hidup ini lebih berwarna warni dengan pelbagai cerita dan tawa. Hidup ini penuh dengan gurauan sebenarnya...

Dalam hidup ini jika kita menginginkan harapan itu wujud seperti indahnya pelangi, maka kita bersiaplah menghadapi hujan yang bertali arus sebagaimana lebatnya hujan, lalu bila ia berhenti menghasilkan sebuah keindahan pelangi yang manis.

Jika kamu inginkan bahagia, lalui cabaran petir dan guruh yang melintasi perjalananmu. Sabarlah...nanti bila saatnya tiba, Allah hadirkan kejayaan dan kebahagiaan seindah pelangi di waktu pagi.

Memaafkan itu dendam yang terindah!  

spacer

Dendam Yang Terlerai

Bumi tandus dibasahi hujan lagi.

Riak sang damai mengusik merahnya hati yang sedang diamuk dendam. Kerana sifat dendam itu amat kejam dan merubah sebuah kehidupan aman damai. Menangis biarlah berlalu dengan nyaman, biarkan hati terpujuk sendiri demi masa dan ruang waktu yang tertinggal.



Menyimpan sebuah dendam membuatkan hati bertambah hitam. Semua yang kau sayangi bagai tak berguna lagi dalam hidupmu. Amukan bernanah menjadi usia semakin pendek jaraknya. Apalah nanti nasib sang kekasih hidup andai pergimu nanti berbekas kata nista? Kasihan dan sayang mungkin bertukar keruh bak air yang coklat warnanya langsung tak boleh dicuci...

Dendam tak baik buat kita, kita semua ada akal fikiran dan masa. Biarlah jarak dan ruang waktu memujuk hatimu. Siapakah dia bagimu melainkan benda yang lepas. Ambillah hikmah dari kesakitan lalu kerana usah bimbang kamu terus gagal dan tidak mampu bangun semula. TUHAN bersedia setiap saat membantu dan menunjukkanmu jalan...

Dendam ini biarlah leraikan satu persatu...

IMAM Ghazali berpandangan bahawa iman yang sempurna adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan segala sifat terpuji. Hati yang bersih akan melahirkan perlakuan yang baik dan selamat pada landasan yang betul dalam amalan agama.

Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang beriman berduka cita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jugalah hendaknya orang beriman berserah diri." (Surah Al-Mujadalah, ayat 58)
spacer

Dan Kepada TuhanMu Berserahlah

Menanti di tebing hari.

Sebuah jawapan telah diurai. Tetapi mengapa hati masih tak bisa menerima hakikat? Mengapa bibir masih penuh mengharap. Apalah agaknya yang masih dinanti. Hari telah pun berganti. April tak sabar untuk menjengah. Mengapakah kau masih di situ berteleku?




Seperti mereka, aku, kamu dan dia...titian ini semakin usang. Tempat kita bergantung harap seolah menceritakan derita yang amat pedih. Jika kita tidak beralih arah dan membina dahan serta teduhan baru, aku bimbang kita ikut basah oleh gelora kehidupan yang kian mengganas. Waktu itu tiba, jangan pula kita menuduh orang lain bersalah!

Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang...

Memang percaturan dan perancangan Allah yang paling indah. Saat kita mencari arah dan tujuan hidup, dia datangkan kita dengan pelbagai pilihan. Justeru, kita lah yang memilih sebuah pelabuhan yang damai untuk kita mulakan sesuatu. Andai emosi yang memimpin jalanmu, aku takut kamu akan menyesal. Gunakan akal dan hati yang tenang demi memberikan arah yang lurus, jalan yang diredai...

Kita sering di berikan pilihan yang betul tetapi mengapa masih memilih lorong gelap bagi meneruskan perjalanan?

Di akhir perjalanan ini aku hanya boleh menyatakan, Dan kepada TuhanMu, berserahlah!


spacer

Biodata Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein

Biodata Dato' Seri Hishamuddin Hussein - Sebelum beliau memulakan kerjaya politik beliau, Hishammuddin merupakan bekas seorang peguam dengan firma besar Malaysia yang kemudian dikenali sebagai Skrine & Co (kini dikenali sebagai Skrine) dan kemudian, sebuah firma yang kemudiannya dikenali sebagai Lee Hishammuddin (kini dikenali sebagai Lee Hishammuddin Allen & Gledhill).

Hishammuddin merupakan anak kepada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan cucu kepada Onn Jaafar, pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan Malaya.

Sumber: Google


Biodata Datuk Seri Hishamuddin Hussein


Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. St. John's Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum ayahnya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1973. Setelah perlantikan jawatan dilakukan ke atas ayahnya, beliau menuntut ke Sekolah Alice Smith, Kuala Lumpur sebelum ditukarkan ke sebuah sekolah swasta. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Undang-Undang (LL.B Hons) pada tahun 1984. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan memperolehi LL.M (London) dalam bidang Undang-Undang Komersil dan Korporat pada 1988 di Sekolah Ekonomi London, United Kingdom.

Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein (lahir 5 Ogos 1961) ialah seorang ahli politik dan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau telah berkhidmat dalam kerajaan Malaysia sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sejak 2009, sebelum ini beliau adalah Menteri Pelajaran dari tahun 2004-2009. Beliau telah disebut sebagai kemungkinan pengganti kepada sepupunya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau adalah anak kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn dan anak saudara Perdana Menteri Malaysia kedua,Tun Abdul Razak.

Isterinya, Yang Mulia Tengku Datin Seri Panglima Marsilla Tengku Abdullah, adalah seorang puteri dari negeri Pahang, Malaysia. Hishamuddin dan Yang Mulia Tengku Datin Seri Panglima Marsilla telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nasha Alyssa,Faris hussien,Kyra Arianna dan Fahd Hussein.Anak sulung Hishamuddin hussein iaitu Nasha Alyssa merupakan menantu kepada Datuk Khalid Muhd Jiwa (Datuk K).

Kerjaya Politik:
  • Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Luar Negara dan Industri (11 Mei 1995 hingga 18 August 1997)
  • Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Utama, Malaysia(18 Ogos 1997 hingga 5 December 1999)
  • Menteri Belia dan Sukan (1999 hingga 2004)
  • Menteri Pendidikan (2004 hingga 2009)
  • Menteri Dalam Negeri(10 April 2009 hingga sekarang)
  • UNESCO Ahli Lembaga Eksekutif (2008 - 2009)
  • SEAMEO Council- Timbalan Presiden (March 2007 - March 2008)
  • SEAMEO Council- Presiden (March 2008 - March 2009)
  • Pemangku Menteri Pengangkutan (2013 hingga kini)

Datuk Seri Panglima Hishammuddin adalah anak kepada Tun Dato' Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-tiga Malaysia dan cucu kepadaDato' Onn Jaafar, yang juga merupakan pengasas UMNO. Hishamuddin juga adalah sepupu kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak.

Isteri beliau, Yang Mulia Tengku Datin Seri Panglima Marsilla Tengku Abdullah, Puteri Raja Pahang, Malaysia.

Sumber: Wikipedia
spacer

Sayang Itu Tabah, MH370





Di mana hilangmu
jika ada,
katakan ada
tidak kami ternanti-nanti

di mana jejakmu
berikan kami
secebis cahaya
mengukir senyum

di mana bebasmu
dengan sayap megah
kembali berkepak
kepada kami yang menunggu

usah bimbang
kami tak marah
kerana sudah lama
kamu di awan biru

berikan kami peluang
memeluk megah
satu nama satu rasa
yang bakal mengukir nama

Malaysiamu indah
jangan jauh rajukmu
kelak kan terpujuk
dengan laungan nada bangga

janji lah, kami dengar
jika di situ, berpautlah
teguh menunggu
kami datang
bawa senyuman!

aynora.nur | Mac 2014
spacer

Lelah



Berlari mengejar indah
Berjalan menyapa damai
Berhenti nafas dihela
Tiada apa-apa

Mengusik rasa yang lelah
Tanpa mu aku tak bisa
Mengutip serpihan kaca ingatan
Biarlah ia di bawa ombak
Hanyut ke timur jauh

Sepi ini
Sebuah kamus hidup
Yang berbaur tawa dan airmata.


aynora.nur | Februari 2014
spacer

Best Friend Forever!



Petang Isnin itu Zahira sekali lagi cuba menghubungi Daniel setelah lebih kurang satu bulan best friend forever (BFF) nya itu mendiamkan diri. Pelbagai usaha telah Zahira lakukan tetapi semuanya menemui jalan buntu. Dia bimbang jika sesuatu berlaku terhadap temannya itu. Kini sekali lagi Zahira mencuba. Dengan hati yang tabah, Zahira membuat panggilan ke nombor tersebut. Dia hanya inginkan kepastian. Siapakah pemilik nombor tersebut? Adakah ia telah bertukar pemiliknya? Kerana selama ini segala media sosial yang digunakan tidak mendapat maklum balas. Apakah Daniel telah tiada? Oh tidak!! Meraung hati Zahira mengingatkan semua itu.

"Boleh saya bercakap dengan Daniel?"

Zahira bercakap sebaik talian di hujung sana di angkat.

"Awak siapa?" tanya satu suara wanita.

"Saya kawan dia." Zahira menjawab dengan tenang.

"Maaf! Daniel tak ada. Salah nombor!"

"Okey."

Zahira merenung nombor telefon di skrin Samsung putih miliknya. Nombor yang biasa yang selalu digunakan untuk berhubung dengan Daniel. Argh!! Kenapa jadik begini? Zahira keliru. Apakah Daniel bertindak menukar nombor telefonnya dengan niat untuk menjauhkan diri daripadanya? Tetapi mengapa? Apakah salah dirinya kepada Daniel?

Setengah jam selepas Zahira membuat panggilan, dia menerima SMS daripada nombor yang sama. Dan kali ini, memang betul-betul membuatkan Zahira terpaku. Kelu.

"Jangan call suami aku lagi. Faham!!"

SMS ringkas yang diterima merenggut ketenangan petang Isnin Zahira. Daripada nombor yang amat dikenali tetapi daripada gaya bahasanya, ia amat berlainan sekali dengan tuan empunya nombor tersebut. Sebelum ini dia biasa dengan nombor itu, selalu berweechat dan sesekali bertukar cerita lewat panggilan lalu. Tetapi kini...apakah yang telah terjadi?

Zahira tahu Daniel telah dimiliki. Daniel juga selalu bercerita tentang keluarganya. Bercerita tentang kebahagiaan mereka. Zahira faham. Dia tidak cemburu. Kerana niatnya berkawan dengan Daniel sekadar sebagai kawan selama-lamanya.

****

Zahira dan Daniel telah berkawan lama. Sejak dari tingkatan tiga lagi. Waktu itu mereka memang meminati antara satu sama lain. Namun kerana Zahira tidak suka berkawan dengan budak lelaki, jadi dia menganggap niat Daniel untuk berkawan dengannya sekadar gurauan budak lelaki yang nakal. Tetapi Daniel tidak berputus asa. Saban tahun setiap kali tiba hari raya aidilfitri, dia akan datang menziarahi Zahira. Namun Zahira tidak melayannya dengan baik. Zahira ingin mencapai kejayaan dalam pelajaran. Namun sesekali ada juga rakan sekelas mengusiknya dengan Daniel tetapi ia pergi di bawa angin lalu begitu sahaja.

****

"Assalamualaikum."

Sapaan seseorang yang tidak dikenali di Facebook untuk menjadi kawan akhirnya menemukan semula Zahira dengan Daniel. Daniel yang tidak menggunakan nama sebenarnya pada mulanya tidak dilayan oleh Zahira. Namun atas dasar kesungguhan akhirnya permintaannya tertunai. Kawan yang telah hampir berpuluh tahun terpisah dipertemukan semula dalam keadaan yang berbeza.

"Saya buka akaun FB semata-mata nak cari awak."

"Kenapa?" soal Zahira lewat perbualan mereka melalui telefon.

"Tak tau lah. Dalam fikiran saya hanya ada nama awak. Dalam ramai-ramai kawan sekolah kita, saya cuma teringatkan awak saja."

Zahira sekadar melepaskan tawa.

"Mungkin saya ada hutang dengan awak kut." Zahira mengusik Daniel.

"Agaknya kut...."

Dalam perbualan itu masing-masing mengakui telah berkeluarga. Zahira pun mengakui hidupnya telah disempurnakan dengan tiga orang puteri manakala Daniel pula memiliki tiga pasang puteri dan seorang putera.

"Kita masih boleh berkawan,  kan?" Daniel seolah-olah meminta izin untuk terus berhubungan dengan Zahira.

"Boleh. Kita jadi BFF pun apa salahnya."

Mulai dari saat itu Zahira dan Daniel menjadi rakan yang akrab dan saling bertukar-tukar fikiran. Sesekali Daniel ada bercerita tentang isterinya kepada Zahira. Dan Zahira perasan terdapat sedikit masalah dalam perhubungan mereka suami isteri.

"Sabarlah Daniel. Setiap rumahtangga ada pasang surutnya. Bersabarlah. Orang yang sabar dan reda dengan segala dugaan serta selalu bersyukur amat disayangi oleh Allah. Tuhan telah berikan pasangan yang sesuai untuk awak."

Zahira sering memberikan perangsang buat Daniel. Begitulah sebaliknya. Jika Zahira mahukan pandangan Daniel tentang persoalan ibadat dan tauhid dan amalan harian sebagai seorang muslim sejati, Daniel lah tempatnya.

"Malam tadi wife saya mengamuk. Dia maki hamun saya dengan kata-kata yang kesat. Saya rasa nak tampar-tampar je muka dia. Langsung tak hormat saya sebagai suaminya. Kalaulah bukan kerana anak-anak, dah lama saya kahwin lagi."

Satu hari Daniel mengadu. Zahira hanya boleh memberikan buah fikiran yang baik-baik sahaja untuk temannya itu. Puncanya hanyalah Daniel berbalas SMS dengan rakan lelakinya. Isterinya telah menyangka yang bukan-bukan. Telefon miliknya juga turut di hempas ke lantai.

Dan mulai saat itu persahabatan yang berdasarkan 'Best Friend Forever' itu  menghadapi detik langit tidak selalu cerah. Daniel mula secara perlahan-lahan menjarakkan hubungannya dengan Zahira. Tiada lagi kiriman SMS atau sapaan seorang sahabat seperti kebiasaan di laman sosial yang lain.

Zahira pun pasrah di atas takdir persahabatan mereka yang terputus di tengah jalan. Sekali lagi mereka terpisah. Entah bila takdir mempertemukan mereka lagi. Zahira pasrah. Dari jauh Zahira hanya mampu berdoa yang terbaik untuk sahabatnya itu. Dia pun tidak mahu menjadi batu penghalang terhadap prsengketaan Daniel dengan isterinya. Biarlah Daniel perlahan-lahan dan secara bijaksana menyelesaikan masalah mereka.

Setelah berbulan berlalu, hanya kiriman mesej ringkas dikirimkan oleh Daniel. "Maafkan saya atas segalanya. Ada sesuatu yang tak mampu saya terangkan!"

Dan kisah sahabat selamanya ini adalah kisah yang tertangguh. Sekali lagi.

Dan...catatan seterusnya biarlah menjadi sebuah rahsia yang panjang dan tiada kesudahan. Kisah manusia-manusia yang bermacam ragam dalam dunia ini.

Lirik lagu KEHILANGAN - FIRMAN

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi.



P/s: Setakat ini sahaja. Kerana sahabat saya itu tidak bercerita lanjut tentang kisahnya lagi selepas itu walau berkali-kali saya memujuknya...


Catatan di atas adalah untuk sahabat-sahabat baik yang menjalani pengalaman persahabatan yang serupa atau hampir serupa. Bukan mudah untuk membuahkan kepercayaan di atas keikhlasan yang ditunjukkan. Kerana...ikhlas ni umpama seekor semut hitam yang berjalan di dalam malam yang kelam, sukarnya untuk dilihat dengan mata kasar. Begitulah hidup harus diteruskan... 


spacer