Header Ads

Sinopsis Drama Korea Only My Love

Advertisement
Sinopsis Drama Korea Only My Love - peminat drama Korea kini boleh menarik nafas lega bila Good Daughter Hana telahpun menuju episode akhir dan nampaknya ada happy ending, kan? Drama yang menggantikan Good Daughter Hana pula adalah drama Korea yang berkisahkan drama romantik dan percintaan. Namun dengarnya ia bukan sekadar kisah sebuah cinta yang biasa.

Only My Love a.k.a You're Only Mine akan mula ditayangkan di saluran ONE HD 393 mulai 7 November 2014, pukul 10.10 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat.





Sinopsis Drama Korea Only My Love 


Only My Love adalah kisah melodrama romantik yang mengupas tentang jatuh bangun kehidupan seorang wanita yang bernama Go Eun Jung.

Go Eun Jung lahir dari keluarg yang miskin dan dibesarkan oleh ibunya seorang pengilat kasut. Sebenarnya Eun Jung telah berkahwin dengan Kang Sung Jae, tetapi malangnya dia kehilangan segala-galanya apabila suaminya dan ibu mertuanya melakukan jenayah kejam.

Dalam usaha menghadapi kenyataan, Eun Jung bangkit semula secara perlahan-lahan untuk membina hidup baru. Dari situ, dia hadapi segala rintangan yang mendatang dan mendaki tangga kejayaan dengan usaha dan caranya sendiri. Akhirnya Go Eun Jung berjaya menjadi pereka kasut terkenal dengan jenama yang dibanggakan dan mencapai jawatan tertinggi dalam kariernya.


Sinopsis Watak Utama Dalam Only My Love


1. Lee Min Young sebagai Go Eun Jung. Beliau adalah anak kepada seorang janda yang miskin dan bekerja sebagai pengilat kasut. Selepas berkahwin, hidupnya semakin tertekan lebih-lebih lagi selepas suami dan ibu mertuanya terlibat dengan skandal jenayah yang kejam. Dapatkah Eun Jung bangkit semula dan menebus kegagalan lalu?

 


2. Song Jae Hee pula membawakan watak sebagai Kang Sung Jae iaitu suami kepada Go Eun Jung. Walaupun secara dasarnya dia nampak seperti seorang suami yang penyayang dan ambil berat, dia sebenarnya berkelakuan kejam dengan Eun Jung. 

Kang Sung Jae juga mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain di belakang Eun Jung. 

Bila Kang Sung Jae terlibat melakukan jenayah, dia terpaksa membiarkan isterinya terumbang ambing mencari kehidupannya sendiri. 

Adakah Kang Sung Jae akan dapat menawan hati isterinya semula apabila isterinya itu telah berjaya?



Drama Only My Love dibintangi oleh Lee Min Young (pelakon The Land) & Song Jae Hee (pelakon Still You), Jung Sung-hwan sebagai Lee Joon-ha, Han Da-min sebagai Lee Yoo-ra, adik Joon-ha.

Info ringkas tentang drama Korea Only My Love


Drama: Only My Love
Tajuk Lain: You're Only Mine
Pengarah: Kim Jung-Min
Penulis: Ma Joo-Hee
Penyiar: SBS
Jumlah Episode: 121
Bahasa: Korean

Final Episod 121 Drama Korea Only My Love


Tonton final episod 121 pada pautan di bawah:







Semoga mendapat manfaat dan pengajaran daripada drama Korea Only My Love yang sedang ditayangkan kini.

Selamat menonton.
Advertisement

32 comments:

  1. Best nie nanti saya nak tengoklah tapi sebelum tu nak kasi habis dulu cerita The Night Watchman. Heheh. Angel Love Soldier

    ReplyDelete
    Replies
    1. knpe tak boleh pon tngok huhuhu

      Delete
    2. Anonymous: Kalau guna desktop memng tak ada masalah. Tetapi jika HP kamu tiada sokongan plug in tertentu, memang tak boleh tengok. Okay... :)

      Delete
  2. Nak tanya ada pautan link.. nak lihat episod seterusnya... lagi bagus ada subtitile english.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi bulanterang...link memang ada tapi semua dah kena rejected, mungkin ada kaitan dengan copyright issue.

      Delete
    2. baru cadang nak tengok online, tapai kebanyakan link da rejected mcm yg aynora nur kata, dkt hanbeat ada tapi takde subtitle...

      Delete
    3. betul tu kebanyakan link rejected, klu kat hanbeat takde eng sub pulu...huhu baru cadang nak tengok online ...

      Delete
  3. Salam.. cer citer skit ending dia mcm mana ngan Yura ngan mak dia

    ReplyDelete
  4. Salam... nk tau ending citer ni apa jd pd Yora & mak nyer tu.. Lps tu Eun Jung kawin x ngan Jo Ha

    ReplyDelete
  5. Mcm mana nak tgk online

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak link dah kena sekat, tak boleh tengok online buat sementara waktu ini. Mungkin ONE TV Asia dah bayar copyright content.

      Delete
  6. sape leh crita ending dia plzzzz

    ReplyDelete
  7. Klu ada link yg blh buka gtau ye x sbr nk tgk..

    ReplyDelete
  8. Sy buka kt laptop pn xleh gak..ada yg blh bg link yg boleh buka.

    ReplyDelete
  9. huu saya cepat emo bila tengok cerita g ni huu ;( first time tadi tengok episod 68 dan 69..best tapi tu la lawan emosi betul

    ReplyDelete
  10. Ada.... Saya baru tgk habis walau x de sarikata..
    Koreantv.com.... Tajuk You're Only Mine... Selamat tengokkk ye!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara link yg boleh tonton sampai episod final, tq ekk..

      Delete
  11. Cite Ni Best Lh Paling Sye Minat Eun jung Daebak Lh Cite Ni Paling Menyampah Tengok Mak Sung Jae Tu Ngada2 Sangat Yura Pon Sama Dahlah Bodoh Kang Sun Jae Tikam Belakang Die Pandan Muka Dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...best kan. Boleh tengok dgn keluarga sbb citer ni pun more family types..

      Delete
  12. ada link yg boleh ditonton episode selanjut nya ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Annonymous, cuba pegi link kat bawah ni...

      1) http://www.hanbeat.com/video_watch?a=11807&c=Tudou&l=korean
      2) koreantv.com

      Delete
    2. ok will try thnx u ya aynora nur

      Delete
  13. Dah cuba buka link ni tp x boleh..hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try GGdrama ada semua episode cuma tak de subtitle...

      Delete
  14. siapa tahu link kat mana boleh download cerite ni. please ni untuk mama saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear jack...cuba GGdrama seperti yg Anonymous tulis kat atas.

      Delete
  15. yang ada subtitle x ada ye untk final episode ? tak faham ape dia ckp .

    ReplyDelete
  16. Eps last die best..eun jung bhagia dgn joon ha dgn baby die tu..kang sang jae msuk jail 10 thun n buta slme2 nya..sblom nak msuk jail..ye smpt tgok eun jung..ye rse mnysal sbb wak eun jung gtu..yura g luar negara..mak eun jung pum kawen dgn org kaya oo..tp ye ttp kje sbgai baiki kasut walaupum kwen dgn org kaya..sekian..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear. Walaupun ringkas aje penerangannya tapi cukup membuat kita faham apa akhir cerita tersebut. Thanks again...:)

      Delete
  17. Sekarang ade ulangan kat astro 393 setiap jumaat...dlm tgahari...3 episode sekaligus setiap mnggu...skrg dah smpi episode 41..tggu mnggu depan plak...

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.