Sinopsis Drama Korea Cheongdamdong Scandal

loading...
Sinopsis Drama Korea Cheongdamdong Scandal - Drama yang akan menggantikan Only Love mulai 28 April 2015 adalah Cheongdamdong Scandal. Sebuah drama yang penuh skandal kotor dan keji disebalik kehidupan yang mengagungkan kekayaan, prestij dan keinginan yang tinggi masyarakat di Cheongdam-dong.  Cheongdamdong Scandal mulai ditayangkan pada setiap hari isnin hingga Jumaat, pukul 10.10 malam.




Cheongdamdong Scandal merupakan sebuah drama hebat yang mengisahkan tentang skandal keluarga dan rahsia disebaliknya yang berlaku di kawasan penempatan yang berprofail tinggi dan mewah.

Ia mengenai Eun Hyun Soo (Choi Jung Yoon) yang berkahwin dengan anak orang kaya, yang terperangkap di dalam tipu helah dan pelbagai skandal, yang mana langsung tidak menyedari bahawa ibu mertuanya, Kang Bok-Hee (Kim Hye Sun) berusaha dalam pelbagai cara cuba menggagalkan hubungannya dengan sang suami.

Hyun Soo akhirnya mendapat tahu bahawa mak mertuanya, kakak ipar dan suaminya sendiri telah berpakat untuk menghalangnya daripada hamil. Dia juga baru menyedari bahawa pereka bangunan yang baru dikenali adalah orang yang pernah diselamatkannya sewaktu ketika remaja dahulu.

Hyun Soo juga tidak tahu jika sebenarnya dia dipelihara oleh ibu kandungnya (selepas seorang wanita menculiknya ketika dia masih bayi), yang kini telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan. Kini ibunya itu memiliki seorang anak perempuan, dan cemburukan Hyun Soo yang rapat dengan pereka bangunan tersebut.

Dibintangi oleh: Choi Jung Yoon sebagai sebagai Eun Hyun Soo, Lee Joong Moon sebagai Jang Seo Joon, Kang Sung Min sebagai Bok Soo Ho, Seo Eun Chae sebagai Nam Joo Na, Im Sung Uhn sebagai Lee Jae Ni dan ramai lagi.


Ringkasan Drama Korea Cheongdamdong Scandal Episod 4-5:

1. Hyun Soo belum hamil, jadi dia pergi berjumpa dengan seorang doktor lelaki dan doktor tersebut mengatakan dirinya normal.

2. Tetapi doktor lelaki itu berasa pelik melihat salinan filem x-ray dan mendapatkan pandangan daripada doktor wanita yang lain. Kedua-duanya bersetuju bahawa filem x-ray itu agak pelik, seolah-olah menunjukkan Hyun Soo sedang merancang kehamilan bukannya seperti seorang yang mahu hamil.

3. Tidak lama kemudian, ipar Hyun Soo iaitu, Bok Soo Ho melawat doktor wanita tersebut dan mengetahui ada sesuatu yang tidak kena. Doktor wanita tersebut mengingatkan Bok Soo Ho supaya menyuruh Hyun Soo membawa pil yang diambilnya untuk diperiksa.

4. Hyun Soo membawa pil yang diambilnya ke hospital dan setelah diperiksa oleh doktor wanita itu, pil tersebut tiada masalah.

5. Tetapi dalam akhir episod 5, doktor wanita tersebut memberitahu Bok Soo Ho, kemungkinan Hyun Soo hanya berlakon dan sengaja mengambil pil perancang kehamilan.

Jadi, siapakah yang bersalah? Siapakah yang membekalkan pil-pil tersebut kepada Hyun Soo? Hyun Soo benar-benar mahukan anak hingga sanggup membuat pemeriksaan di hospital. Jika dia sengaja mengambil pil perancang, mengapakah Hyun Soo sanggup membuat pemeriksaan?

Adakah itu semua angkara adik iparnya, Joo Na. Dia kelihatan agak kuat cemburu dan licik tetapi mengapa pula beliau terkejut apabila terdengar perbualan doktor wanita tersebut? Atau adakah suaminya memang sengaja tidak mahu Hyun Soo hamil? Dan mungkin juga mak mertuanya (Kang Bok-Hee) yang sengaja mensabotaj hubungannya dengan suami?

Saksikan drama korea Cheongdamdong Scandal untuk mengetahui episod selanjutnya hingga ke akhir episod iaitu episod 119.

Info  Tentang Cheongdamdong Scandal

Tajuk: Cheongdamdong Scandal
Genre: Melodrama, keluarga, romantik, misteri
Jumlah Episode: 119
Broadcast network: SBS
Waktu siaran: Isnin - Jumaat 10.10 PM
Original Soundtrack: Cheongdamdong Scandal OST

Selamat menonton. Ambillah pengajaran daripada cerita korea di atas.

Final Episod 119 Korean Drama Cheongdamdong Scandal 


Drama korea Cheongdamdong Scandal mempunyai 119 episod. Setiap episod menayangkan drama yang mendebarkan dan pendedahan rahsia beberapa watak yang memang kita tak jangkakan.    

Saya akan update lagi mengenai final episod 119 drama cheongdamdong scandal...


Tunggu ya!

4 comments:

  1. Suke drama ni...lain skit dr drama lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama kekeluargaan yang best! TQ sebab singgah di blog ini..

      Delete
  2. Mcmane nak cari drama ni online yg ade english or malay subtitle ye?

    ReplyDelete
  3. Jika ingin mendownload atau nonton online Cheongdamdong Scandal dari mana ya ? Yang ada sub indo nya kalau bisa, di subscene kgk ada saya cari.

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.