Header Ads

Sinopsis Drama Akasia TV3 Hello Mr Perfect!

Advertisement
Sinopsis Drama Akasia TV3 Hello Mr Perfect! - Mulai hari ini 30/9/2015, slot Akasia TV3 akan menayangkan drama adaptasi novel karya Waniey Zakaria atau Misz_Waniey (nama bloggernya). Hello Mr Perfect! adalah kisah biasa tentang kehidupan adik beradik yang berbeza karekter. Mungkin juga novel ini sama kisahnya dengan novel-novel adaptasi yang lain, tentang cinta, keluarga, perbalahan harta dan tentangan dalam sesuatu perhubungan.

Namun begitu, ia diharapkan dapat digarap dengan baik oleh pengarahnya, Nuad Hj. Othman dan production house A. Aida Production Sdn Bhd yang berbeza dari kebiasaan. Walau apapun, sebagai penonton kita diharap dapat mengambil iktibar dari segala drama yang ditayangkan bukannya sekadar untuk hiburan semata-mata.


Sinopsis Drama Akasia TV3 Hello Mr Perfect
Sinopsis Drama Akasia TV3 Hello Mr Perfect

Sinopsis Drama Akasia TV3 Hello Mr Perfect!



Mengisahkan mengenai Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek langkah bendul walaupun mereka adalah lelaki, memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.

Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.

Tiada pilihan, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan Along memaksa Alya untuk menawarkan diri. Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?

Sedutan Bab 1 Dari Novel Hello Mr Perfect!


Kedengaran bunyi enjin kereta Lamborghini Gallardor masuk ke perkarangan rumah. Rumah banglo 3 tingkat yang bernilai hampir RM10 juta milik keluarga Dato’ Seri Amiruddin menempatkan 10 bilik tidur, 11 bilik air, ruangan makan dan dapur serta ruang tamu dengan keluasan rumah tersebut yang hampir 6 ekar tanah di Taman Mount Austin, Johor Bahru. Taman Mount Austin merupakan sebuah taman perumahan yang terkenal di bandar raya Johor Bahru, Johor, Malaysia. Taman perumahan ini terletak berhampiran Taman Daya, Taman Delima dan Setia Indah di Mukim Tebrau.

Arif masih lagi diam membisu. Jam di tangan dibelek. Hampir pukul 9 malam. Matanya melilau mencari kelibat Izzul yang baru sahaja keluar dari kereta Lamborghini Gallardor miliknya. Dia bangun lantas menghampiri alongnya yang sedang sibuk mengeluarkan barang dari tempat duduk belakang. Mungkin masalah ini alongnya mampu untuk membantunya.

“Along!” panggilan Arif memeranjatkan Izzul. Kepalanya terhantuk sedikit di siling kereta. Dia mengeluarkan badannya dari kereta dan memandang Arif dengan muka berkerut.

“Angah! Terkejut aku. Cuba jangan panggil aku macam tu. Nasib tak kena heart attack!” tegur Izzul lantas kembali memboloskan separuh badannya ke dalam kereta untuk mengambil barang. Arif hanya tersengih memandang Izzul. Sebaik tangan memegang briefcase dan beberapa fail yang agak confidential, dia menutup pintu kereta dan bergerak ke pintu rumah. Arif mengikut dari belakang.

“Along.. along mesti bantu angah!” pinta Arif kepada Izzul. Barang di tangan diletakkan di sofa berdekatan. Dia memalingkan kepalanya memandang Arif yang agak kalut. Kening diangkat sejenak.

“Apa masalah kau ni angah? Tak sempat-sempat tunggu aku duduk dulu dah bikin kelam-kabut” ujar Izzul tegas. Tali leher dirungkaikan ke bawah. Kot di badan segera dibuka bagi menghilangkan kepanasan. Sejenak dia duduk di sofa bagi melepaskan kepenatan. Tangannya mencapai remote control lantas dia menekan punat ‘ON’ untuk menghidupkan aircond. Dalam beberapa minit, ruang tamu yang tadinya panas kembali dingin. Arif segera duduk di sofa berdekatan dengan abangnya.

“Along.. kau mesti bantu aku..” pinta Arif sekali lagi. Izzul menyandarkan kepalanya ke sofa. Matanya tertutup rapat bagi menghilangkan penat namun mulutnya masih berkata-kata.


***Sumber: Penulisan2u


Info Drama Akasia TV3 Hello Mr Perfect!

JUDUL: HELLO, MR. PERFECT!
EPISOD: -
TARIKH/MASA: 30 September 2015 (Isnin-Khamis, 7.00 malam)
SIARAN: Slot Akasia TV3
SKRIP: Mazelan Manan, Siti Hawa Ibrahim
NOVELIS: Waniey Zakaria
PENGARAH: Nuad Hj. Othman
TERBITAN: A Aida Production Sdn Bhd
PELAKON: Fattah Amin sebagai Muhammad Izzul Islam, Nur Ruhainies Farehah sebagai Alya Adriana & Nurul Ain, Rafiq Razali sebagai Muhammad Arif Fikri, Ezzaty Abdullah sebagai Ainul Mardhiah, Azlan Mokhtar sebagai Rahim, Mimi Ernida sebagai Lina, Nafiez Zaidi sebagai Azizi
Keena Mentor sebagai Hana, Afzan A.Rahman sebagai Fauzi, Kay Maria sebagai Mak Temah
Eizlan Yusof sebagai Dato Seri Amiruddin, Fiza Halim sebagai Datin Seri Rosni, Ammar Alfian sebagai Aizat.

(Sumber: Infotaip)

Semoga Drama Akasia TV3 HEllo Mr Perfect! adalah sebuah karya yang boleh meninggalkan kesan dan contoh yang baik kepada sesiapa yang mengikutinya. 

Dahwah boleh disampaikan dalam apa bentuk sekalipun asalkan pada akhirnya ia menghalakan kita kepada kebaikan dan kebahagiaan hidup dunia akhirat.

Selamat menonton!
Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.