Menu
Oh! MyKarya!

Sepasang Mata Yang Teduh

Sewaktu dia tiba, aku sedang menghirup sesudu air chikong panas sambil tangan kiri bermain dengan telefon. Dia memandang sekilas, aku membalas sekali lalu. Lagak seorang wanita yang ego. Ego dan Wanita...itu tanda mahalnya nilai maruah seorang wanita. Harus ada kelas! Itu gurauan kami bila ada mata lelaki cuba memancing..

Sepasang Mata Yang Teduh


Dia meletakkan sekotak rokok berwarna merah. Di tepi kiri meja. Telefon pun disusun di sebelah kotak rokok. Sambil mataku membaca whatsapp dari group sekolah, sesekali terjeling si lelaki yang keseorangan itu. Bila dia menyedari aku cuba menyapa secara tak sengaja, matanya pula cuba menyampaikan senyum. Tanda salam perkenalan.

Teduh matanya.

Belum ku sambut salamnya. Dia memanggil pelayan. Memesan mi goreng basah dan teh tarik. Aku mula meneroka. Apa ada pada matanya yang teduh itu. Sudahkah dirinya berpunya. Tetapi mengapa berseorangan. Argh!! Aku menyibuk sedangkan aku pun berseorangan. Tetapi aku tidak berwajah sedih. Hatiku sedang berbunga riang. Aku memang sengaja mahu bersendiri. Tekanan kerja selalu membawa aku ke kafe ini. Untuk bertenang...

Sedangkan dia, teduh matanya umpama menyimpul sebuah derita. Ataupun cerita. Matanya pun hanya menatap sepinggan mi goreng basah dengan kosong. Tiada rasa. Dan aku pun tidak merasa auranya.


Sepasang Mata Yang Teduh


Adakah dia seorang lelaki yang terluka? Teduh matanya tanda dia sedang merawat duka? Di sebalik hirupan chikong panas ini, ada aura duka yang hinggap pada pelupuk mataku. Jika lelaki itu disapa dugaan hidup, aku berharap dia kembali ke alam nyata. Lelaki dan duka adalah cerita basi yang singgah sekali lalu dan mudah dibawa angin masa. Esok lusa aku pasti lelaki itu sudah boleh ketawa. Kerana...jiwa lelaki tak betah menahan sedih terlalu lama.

Dalam rapuhnya perasaan seorang lelaki, dia ada kekuatan yang terselindung. Aku percaya itu! Kerana seorang lelaki menangis, airmatanya jatuh ke hati. Lalu membawa gelombang positif untuk kembali bangkit.

Aku pasti sepasang mata yang teduh itu akan kembali menyinari alam ini. Berikan dia masa.

Sewaktu dia tiba, aku sedang menghirup sesudu air chikong panas sambil tangan kiri bermain dengan telefon. Dia memandang sekilas, aku membal...
aynorablogs Nov 28, 2015
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea The Time We Were Not In Love

Sinopsis Drama Korea The Time We Were Not In Love - Drama korea yang mengimbau kenangan. Kenangan zaman persekolahan yang penuh suka duka, kenakalan dan kekecewaan dalam percintaan. Drama korea The Time We Were Not In Love ditayangkan di saluran 393 ONE HD setiap Selasa hingga Jumaat, pukul 7.40PM / 6.40PM (waktu JKT).

Pada episod awal saya agak keliru menonton drama ini kerana ada banyak 'flashback' yang berselang seli dengan situasi masa kini. Tapi bila dah tengok 2 hingga 3 episod, saya sudah semakin faham. What to say? Yess!...saya suka drama ini dengan tema yang mengimbau kenangan silam zaman remaja. Kisah buli dan menyakat sesama rakan sebaya, cinta monyet dan kisah jiran yang rapat seperti adik beradik.

Bila teringat balik, buat kita tersenyum. Hmmm....nakal jugak saya masa zaman persekolahan dulu..hihi


Sinopsis Drama Korea The Time We Were Not In Love 


Sinopsis Drama Korea The Time We Were Not In Love


Oh Ha-Na (Ha Ji-Won) dan Choi Won (Lee Jin-Wook), kedua-duanya berusia 34 tahun. Mereka telah berkawan baik sejak zaman persekolahan lagi iaitu lebih kurang 17 tahun. Kini Oh Ha-Na telah menjadi wanita berkerjaya dan berjaya, dengan peribadi yang berkeyakinan serta seorang wanita yang jujur. Choi Won pula bekerja sebagai pembantu penerbangan di sebuah syarikat penerbangan. Dia sentiasa membantu Oh Ha-Na bila saja wanita itu dalam kesusahan.

Dalam usia mereka yang mencecah pertengahan 30-an, masing-masing terdesak untuk mencari teman hidup. Oh Ha-Na (Ha Ji-Won) dan Choi Won (Lee Jin-Wook) membuat 'deal' untuk berlumba siapa yang akan berkahwin dahulu.   

Cha Seo-Hoo (Yoon Gyun-Sang) adalah seorang pemain piano yang santai, bebas dan suka buat hal sendiri. Lee So-Eun (Choo Soo-Hyun) pula pembantu kabin di tempat Choi Won bekerja. 

Adakah Oh Ha-Na dan Choi Won akan menemui cinta yang mereka cari? Atau, adakah mereka akan menyedari bahawa telah wujud cinta antara mereka sejak sekian lama?

Saya ambil dari bacaan sebuah blog, blogger mulan-sahbanu,

Scene paling sedih sekali mestilah Scene Oh Ha Na menolak cinta Choi Won sebab die ingin kembali pada bekas kekasihnya iaitu Cha Seo Hoo. Walaupun hubungan cintanya dengan ditentang keluarga, Oh Ha Na tetap dengan keputusannya untuk menerima semula Ex-Boyfriend nyer tu. Memang kesian dengan Choi Won masa ni tapi nasiblah die ni jenis tak mudah mengalah dan terus menjadi kawan Oh Ha Na.Ending drama ni semestinya sweet giler dan happy ending, especially di penghujung episod 14. Bermula episod 15 dan 16 cite ni memang semua scene happy2 jer, xde yg sedih pun, Tak leh blah tengok Oh Ha Na yang merajuk dengan Choi Won pastu lari balik rumahnyer yg ada kat sebelah jer, siap bawa beg baju semua, lepas Choi Won pujuk, tak sampai seminit dah okey dah pastu terus balik umah diorang semula hahaha, mak, ayah Oh Ha Na geleng kepala jer tengok kerenah anaknya tu hehehee. Majlis kahwin diorang pun simple giler, just depan umah jer hihihi.

Drama Korea The Time We Were Not in Love 

Tajuk : The Time We Were Not in Love / The Time I Loved You
Genre : Drama/ Romantis/ Komedi
Jumlah Episode : 16 Episode
Pelakon Utama : Ha Ji-won & Lee Jin-wook
Pengarah: Jo Soo-Won
Penulis: Jung Do-Yoon, Lee Ha-Na
Network: SBS
Bahasa: Korean

Para pelakon Drama Korea The Time We Were Not In Love


Ha Ji-won sebagai Oh Ha-na
Lee Jin-wook sebagai Choi Won
Yoon Kyun-sang sebagai Cha Seo-hoo
Choo Soo-hyun sebagai Lee So-eun
Shin Jung-geun sebagai Lee Jung-geun
Seo Ju-hee sebagai Kim Soo-mi
Lee Joo-seung sebagai Oh Dae-bok
Jin Kyung sebagai Choi Mi-hyang
Kang Rae-yeon sebagai Kang Na-young 

Selamat menonton Drama Korea The Time We Were Not In Love. Ambil yang baik sebagai panduan dan yang tidak elok sebagai pengajran hidup. Okay!

Sinopsis Drama Korea The Time We Were Not In Love - Drama korea yang mengimbau kenangan. Kenangan zaman persekolahan yang penuh suka duka, ...
aynorablogs Nov 25, 2015
Oh! MyKarya!

Suatu Malam

Malam pekat. Gelap gelita tanpa cahaya. Malam menjemput sunyi bertamu pada ruang hati. Malam tanpa nyanyian cengkerik. Kerana malam hitam ini sepekat kopi di dalam cangkir di depanku.

Secangkir kopi. Sememangnya teman dudukku. Dipinggir jendela menghadap langit kirmizi. Pun tiada bintang. Saat ku kerlipkan mata, terasa pedih dikelopaknya. Sedih itu sungguh kelihatan. Hinggakan boleh ku seka ia perlahan-lahan. Sungguh ku bersyukur. Pedih ini akhirnya telah terzahir menjadi nyata. Hingga ku percaya bahawa sebenarnya kepedihan itu indah. Ya...indah yang perit. Terlalu...


Suatu Malam



Suatu malam.

Banyak rahsia malam yang tak terungkai. Malam mungkin ada seram, ada juga yang suram. Seramnya disaat kau terbaca betapa kebaikan dipermainkan. Kebaikan dijaja untuk satu kekayaan peribadi. Kebaikan dimomokkan dengan cerita sadis disebaliknya. Tertanya-tanya hatiku, masih tersisakah kebaikan yang suci murni? Jawabkan untukku...

Suram cerita akhir malam. Tiada yang membangunkan hero yang terlena. Sang puteri beradu umpama mimpi dalam mimpi 1001 malam. Demi malam ada fitnah yang bertaburan di dada sunyi, aku berpesan. Wahai Malaikat yang menjagaku, kejutkan aku jika aku terlena. Terbuai dalam fana. Kejutkan aku jika aku tersasar, tidak menjenguk Tuhanku ya Rabbi. Bangunkan aku dari lena yang panjang..

Suatu malam panjang. Kopi dalam cangkirku sudah mengering. Disisip oleh hirupan udara yang kurang nyaman. Ada jamahan keluhan suara tak sampai. Meski dilaungkan berkali-kali, suram malam belum lagi menampakkan serinya. Haruskah aku terus beradu?

Tolong aku ya Tuhan, keluarkan aku dari perangkap suramnya suatu malam. Agar jalanku penuh bening dengan cahaya terang yang Engkau kirimkan. Dalam sedar, aku terus berharap!

Malam pekat. Gelap gelita tanpa cahaya. Malam menjemput sunyi bertamu pada ruang hati. Malam tanpa nyanyian cengkerik. Kerana malam hitam in...
aynorablogs Nov 14, 2015