Suatu Malam

loading...
Malam pekat. Gelap gelita tanpa cahaya. Malam menjemput sunyi bertamu pada ruang hati. Malam tanpa nyanyian cengkerik. Kerana malam hitam ini sepekat kopi di dalam cangkir di depanku.

Secangkir kopi. Sememangnya teman dudukku. Dipinggir jendela menghadap langit kirmizi. Pun tiada bintang. Saat ku kerlipkan mata, terasa pedih dikelopaknya. Sedih itu sungguh kelihatan. Hinggakan boleh ku seka ia perlahan-lahan. Sungguh ku bersyukur. Pedih ini akhirnya telah terzahir menjadi nyata. Hingga ku percaya bahawa sebenarnya kepedihan itu indah. Ya...indah yang perit. Terlalu...


Suatu Malam



Suatu malam.

Banyak rahsia malam yang tak terungkai. Malam mungkin ada seram, ada juga yang suram. Seramnya disaat kau terbaca betapa kebaikan dipermainkan. Kebaikan dijaja untuk satu kekayaan peribadi. Kebaikan dimomokkan dengan cerita sadis disebaliknya. Tertanya-tanya hatiku, masih tersisakah kebaikan yang suci murni? Jawabkan untukku...

Suram cerita akhir malam. Tiada yang membangunkan hero yang terlena. Sang puteri beradu umpama mimpi dalam mimpi 1001 malam. Demi malam ada fitnah yang bertaburan di dada sunyi, aku berpesan. Wahai Malaikat yang menjagaku, kejutkan aku jika aku terlena. Terbuai dalam fana. Kejutkan aku jika aku tersasar, tidak menjenguk Tuhanku ya Rabbi. Bangunkan aku dari lena yang panjang..

Suatu malam panjang. Kopi dalam cangkirku sudah mengering. Disisip oleh hirupan udara yang kurang nyaman. Ada jamahan keluhan suara tak sampai. Meski dilaungkan berkali-kali, suram malam belum lagi menampakkan serinya. Haruskah aku terus beradu?

Tolong aku ya Tuhan, keluarkan aku dari perangkap suramnya suatu malam. Agar jalanku penuh bening dengan cahaya terang yang Engkau kirimkan. Dalam sedar, aku terus berharap!

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.