Header Ads

Sesegar Nailofar Oleh Zaid Akhtar

Sesegar Nailofar Oleh Zaid Akhtar - Buku Sesegar Nailofar dihasilkan oleh seorang penulis muda yang telah lama berkecimpung dalam dunia penulisan tanahair. Iaitu sejak dari tahun 2000 lagi, setelah beliau menyertai satu kursus Novel Remaja Pesta Buku Antarabangsa Tahun 2000.

Saya belum membaca buku Sesegar Nailofar tetapi ada membaca prakata novel ini dari website Bookcafe.com.my. Namun, menurut penulisnya...novel Sesegar Nailofar banyak membawa latar cerita di Jordon, tempat beliau menuntut ilmu selama lebih kurang 4 tahun.


Sesegar Nailofar Oleh Zaid Akhtar


Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7.25"
ISBN-13: 978-967-411-431-2
Tarikh Terbit: 14 Jan 2015
Jumlah Muka Surat : 256
Berat (kg): 0.18




Puaskanlah hatimu dengan menyumpah-seranahku sehingga hatimu kembali tenang. Kerana setelah engkau tenang, barulah engkau akan memikirkan betapa bukan engkau seorang saja yang menderita dan sakit hati. Tapi aku juga. Dan setelah engkau tenang, barulah engkau akan menyedari betapa bukan engkau seorang saja yang merintih dan terazab dilukai. Aku juga turut sengsara!

-----

Antara pelajaran, perjuangan, dan cinta yang jauh, Iqbal meniti semuanya penuh tertib, penuh cermat. Dan sebagai lelaki, sebagai insan... yang paling menguji tentunya adalah cinta. Tiga bulan tanpa apa-apa berita, namun Iqbal masih memegang pada janji. Utusan e-mel misteri membangkitkan tanda tanya - seakan mahu mencurahkan isi hati - siapa sebenarnya Nailofar?


Cuba baca intro buku ini yang setebal 256 muka surat, kata-kata yang digarap indah dan menarik hati kita untuk terus membacanya. Mendapatkannya dengan segera!!

 RM18-00

 


 



Selamat membaca...
Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.