Blog e-novel, cerita korea dan drama melayu

Tidak Ternilai

aynora nur | ,December 02, 2015 |

Siapa menjangka. Dia adalah orangnya. Dia dengan wajah manis. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Dia yang suka bercanda. Mesra menegur kami, walau dalam kesibukannya.

Dalam kekangan masa. Dia sempat bertegur sapa. Cukup sekadar senyuman ikhlasnya. Jiwa yang penat kembali lega.




Dia orang biasa macam kita. Dia juga tidak bergaya kaya yang boleh menutup mata orang yang materialistik sifatnya. Perniagaan itu ibadah buatnya. Sambil menerima dia terus memberi, itu sikapnya.


Tidak Ternilai


Nilai pemberian itu. Mungkin bukan untukmu. Juga bukan untukku. Nilai yang sedikit itu, diberikan tanpa kata, tanpa paksaan. Setiap nilai yang kecil, besar jumlahnya buat mereka yang amat perlu. Dia disitu. Tidak mengharap kilauan lensa kamera. Untuk namanya dijaja merata. Nilai baik yang dipamer, buat aku terpana. Dalam diam aku mengira. Jika nilai sekecil itu diberi setiap kali ada pelanggan memberikan Wang kecil, bagaimana pula jumlahnya jika sehari ada lebih 100 orang yang berbelanja. Bukankah nilainya mengalir tak berhenti? Nilai kebaikan yang Malaikat catatkan dalam buku amalnya. Subhanallah...

Allah tidak memandang siapa yang menghulurkan bahagian dari hartanya sebaliknya Dia melihat nilai keikhlasan yang ada dalam hati setiap manusia.

Memberi itu lebih baik dari menerima.

Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
4 Komen untuk "Tidak Ternilai"

Meng'ikhlas'kan hati, memang satu jihad yang lama dan panjang.... :)

Tq HQ Sam. Ikhlas kan macam semut hitam, di malam yg gelap. Sukar untuk dilihat...

Saya setuju dengan Aynora Nur :) tanda Allah redha ke atas hambaNya adalah apabila Allah campakkan @ kurniakan ikhlas di dalam hati mereka.... semoga kita tergolong di kalangan orang yang mendapat kurnia itu :)

Insyaa Allah HQ Sam. Thanks again..

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Back To Top