Buku Atlas Rasulullah S.A.W - Sami Bin Abdullah Al-Maghluts

loading...
Atlas Rasulullah S.A.W - Hard Cover (100% Berwarna). Buku yang mengisahkan peta perjalanan Rasulullah menyampaikan dakwah kepada seluruh ummah. Buku ini wajar menjadi salah satu koleksi buku dan rujukan setiap Muslim untuk lebih mengenali peribadi, sirah dan sejarah Rasulullah. Semakin mengenali Baginda Nabi, semakin membuak-buak perasaan rindu untuk menemuinya.

Old price: RM85.00 
NOW: RM42.50
You save: RM42.50 (50%)
Return period:10 days
ISBN-13: 978-967-366-234-0 
Tarikh Terbit: 7 Feb 2014
Jumlah Muka Surat : 440
Saiz: 8" x 9"
Berat (kg): 1.40

Deskripsi Buku/ Sinopsis Buku Atlas Rasulullah S.A.W - Sami Bin Abdullah Al-Maghluts


Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah s.w.t. bagi menyampaikan seruan dakwah kepada umat manusia. Ketika membawa panji kebenaran, pelbagai dugaan dan pancaroba dihadapi Baginda Nabi dan para sahabat.

Sirah perjalanan agung Rasulullah s.a.w. dicatatkan secara terperinci dalam buku Atlas Rasulullah s.a.w. ini bagi memberi pengajaran dan pedoman kepada para pembaca.

Lembaran kisah perjalanan hidup insan agung ini memuatkan:

- Sejarah Kelahiran sehingga Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

- Peta Perjalanan Dagang Nabi Muhammad s.a.w. ke Bushra sebelum Nabi Diangkat Menjadi Rasul

- Sejarah Nabi Diutus Menjadi Rasul sehingga Peristiwa Hijrah

- Amalan Keagamaan Pada Zaman Jahiliah

- Sejarah Pembangunan Kaabah, Masjidil Haram, dan Masjidin Nabawi

- Bandar-Bandar yang Menjadi Pusat Peradaban Pada Zaman Rasulullah s.a.w.

- Bukti Ilmiah Makkah Berada di Pusat Bumi

- Peta Perjalanan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan Kaum Muslimin

- Peperangan yang Dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. dan Beberapa Ekspedisi Perang yang Lain

- Piagam Madinah yang Tersohor

- Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat Menggali Parit semasa Perang Khandaq

- Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. Mampu Memimpin Lebih daripada 100,000 Kaum Muslimin bagi Melaksanakan Ibadah Haji yang Pertama dalam Sejarah Islam

- Strategi Perang Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat

- Rasulullah s.a.w. Mengajarkan Ayat-Ayat Al-Quran kepada Jin Nasibin

- Strategi Formasi 313 Pasukan Badar dapat Mengalahkan Hampir 1000 Kaum Quraisy

Semoga buku ini menambahkan kecintaan kita kepada manusia paling agung, Muhammad S.A.W. Lebih banyak lagi kisah dan rakaman sirah yang tercatat dalam buku ini. Raikan kasih Rasulullah dan suburkan cinta kepada Baginda dengan menghayati Atlas Rasulullah S.A.W.

Klik pada banner di bawah ini untuk dapatkan Buku Atlas Rasulullah S.A.W - Sami Bin Abdullah Al-Maghluts dengan cepat, mudah dan sampai dengan selamat. 

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.