Header Ads

Hari Ini Yang Lebih Indah

Hari Ini Yang Lebih Indah. Semua orang mengimpikan hari yang dilalui melalui fasa yang baik-baik saja. Jika semalam muram, biarlah hari ini lebih ceria. Jika semalam bergenang airmata, hari ini ada tawa ria hendaknya. Apalah ertinya hidup jika selalu dalam nestapa?

Hari ini yang lebih indah. Hari ini hari ke tujuh bulan januari. Tahun 2016.

Begitulah harapan baru setiap insan. Mengharap ada mentari bersinar setelah gerimis mengundang. Sambil berdoa moga TUHAN ada belas kasihan pada sang kerdil ini. Tuhan, bimbinglah lisan kami sehingga tidak keluar dari lisan ini kecuali keteduhan, kebijakan dan kebenaran yang menegakkan kebenaran. Tuhan, bimbinglah telinga ini hanya mndengar kebaikan. Jangan biarkan pendengaran ini dicemari tipu daya yang melenakan.


Lebih baik dari semalam. Bukankah itu juga indah? Perasaan dihargai itu yang sukar ditafsirkan. Kehadiran diri yang serba kurang masih diterima baik, itu kan buat kita bahagia.
Ya Allah, kasih sayangMu yg kami harapkan, jagalah kami & perbaikilah semua urusan kami, Tiada Tuhan selain Engkau.
Mana hidup yang damai selamanya. Setiap hari, entah esok atau lusa...akan ada gelombang-gelombang kecil dan besar yang menghempas. Membuatkan kita terpaksa berhempas pulas untuk hidup. Seribu tahun lagi, insyaa Allah.

Jadikan hari ini lebih indah, ya ALLAH...

Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.