Header Ads

Drama Korea Klasik Love Story In Havard

Advertisement
Haiii...peminat drama korea di luar sana. Anda suka tonton drama korea? Suka yang klasik atau moden punya? Jika anda penggemar drama korea klasik, anda boleh saksikan di saluran ONE HD di mana sekarang ni sedang ditayangkan Drama Korea Klasik Love Story In Havard.

Saya pernah tonton drama Love story In Havard ketika pertama kali ditayangkan di Malaysia, sekitar tahun 2005 kalau tak silap....

Salah seorang pelakonnya iaitu Kim Rae Won kini sedang hangat berlakon drama bersiri Doctors di saluran yang sama.


Drama Korea Klasik Love Story In Havard


Drama Korea Klasik Love Story In Havard


Drama Love Story In Havard mengisahkan tentang tiga orang pelajar di Harvard University, Hyun Woo (Kim Rae Won), Jung Min (Lee Jung Jin) and Soo In (Kim Tae Lee). Hyun Woo and Jung Min selalu bersaing dalam pelajaran dan juga percintaan.

Jung Min seorang yang mudah mendapat perhatian professor manakala Hyun Woo selalu tidak bernasib baik dan bertungkus lumus dengan pelajarannya. Sesuatu yang menarik, kedua-duanya jatuh cinta pada gadis yang sama iaitu Soo In. Soo In adalah seorang pelajar perubatan daripada sebuah keluarga yang miskin.

Mampukah mereka menyelesaikan perbezaan pandangan, percintaan dan kehidupan demi mencapai impian mereka?

Jom saksikan drama korea Love Story In Havard di saluran ONE HD pada setiap hari Isnin - Jumaat pada pukul 5:40 petang.

Drama korea ini dibintangi oleh Kim Rae Won, Kim Tae Hee, Lee Jung Jin, Kim Min dan ramai lagi.

Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.