Drama Korea On The Way To The Airport

Drama Korea On The Way To The Airport - Jika anda suka menonton drama korea, ada sebuah drama korea yang kini sedang ditayangkan di saluran SBS 391 yang berjudul On The Way To The Airport. Drama ini bersiaran selama 20 episod. Panjang jugak tu..., drama ini agak lembap sikit plotnya tetapi tema dia agak jarang di siarkan oleh kebanyakan cerita korea.

Drama Korea On The Way To The Airport


Info Siaran On the Way to the Airport:

  • Tajuk : On the Way to the Airport 
  • Judul korea: Gonghang Ganeun Gil 
  • Genre : Romance 
  • Episode : 20 
  • Broadcast network : KBS2 
  • Tempoh tayang : 21 September - 24 November 2016 
  • Hari : Rabu & Kamis, pkl 22:00 

Drama Korea On The Way To The Airport


Bagi anda yang nak tahu sinopsis drama korea on the way to the airport, saya kongsikan sedikit ringkasan drama tersebut untuk maklumat anda.

Sinopsis Drama On The Way To The Airport


Cinta boleh hinggap di hati siapapun, tak peduli mereka sudah memiliki pasangan ataupun belum. Itulah kisah yang diangkat dalam korea On the Way to the Airport ini. Drama korea ini yang akan disiarkan di channel KBS2 ini mempersembahkan tontonan yang romantis dan cukup menyentuh hati. Jika anda sedang mengikuti drama ini, anda akan ikut rasa kesepian yang dilakonkan oleh watak-watak di dalamnya. Lagu tema pun sedih-sedih aje...

Dibintangi oleh artis-artis terkenal Korea seperti Kim Ha Neul dan Lee Sang Yoon, drama On the Way to the Airport ini mengisahkan tentang seorang kakitangan kapalterbang dan seorang jejaka yang bekerja di bidang arkitek.

Selain itu, drama korea On the Way to the Airport ini juga dibintangi oleh Shin Sung Rok, Choi Yeo Jin, Jang Hee Jin, dan lain lain lagi.


Sinopsis On the Way to the Airport



Choi Soo A (Kim Ha Neul) bekerja sebagai pembantu penyelia di sebuah syarikat penerbangan. Dia telah bekerja di syarikat tersebut selama 12 tahun. Suaminya adalah seorang pilot dan mereka mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 12 tahun.

Choi Soo A berfikir bahawa hidupnya sangat selesa sehinggalah dia bertemu dengan Seo Do Woo (Lee Sang Yoon) yang membuat hidupnya berubah. Seo Do Woo bekerja sebagai instruktur sambilan di bidang arkitek.

Dia adalah seorang lelaki yang cerdas dan berhati lembut. Ia juga telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan, tapi insiden mengejutkan terjadi. Akibatnya, ia menjadi bingung dan dalam waktu yang sama Choi Soo A datang ke dalam hidupnya.

Apakah yang akan berlaku kepada Choo Soo A dan Seo Do Woo? Apakah ia akan membongkar sesuatu di sebalik takdir pertemuan mereka?


Pelakon On the Way to the Airport :


Pelakon utama:
Kim Ha Neul - Choi Soo Ah
Lee Sang Yoon - Seo Do Woo


Pelakon pembantu:

Shin Sung Rok - Park Jin Suk
Choi Yeo Jin - Song Mi Jin
Jang Hee Jin - Kim Hye Won
Kim Hwan Hee - Park Hyo Eun
Son Jong Hak - Min Suk Hyun
Choi Song Hyun - Han Ji Eun
Ha Jae Sook - sahabat Choi Soo Ah

Semoga anda yang berminat dengan drama korea dapat menonton drama ini dan mengambil iktibar daripada kisah yang dipaparkan.

Selamat menonton.
spacer

Senarai Buku Terpakai Untuk Dijual 2016

Senarai Buku Terpakai Untuk Dijual 2016. Adakan anda sedang tercari-cari buku terpakai yang masih elok dan dijual pada harga yang murah? Buku terpakai asalnya milik saya sepenuhnya dan tidak pernah disewakan. Kebanyakan buku masih elok dan baru di baca sekali. Kalau ada rosak pun adalah kerana berhabuk sebab lama tersimpan dalam almari. Harap maklum.


Untuk yang berminat sahaja. Buku yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan.

Senarai Buku Terpakai Untuk Dijual 2016

Berikut adalah senarai buku terpakai untuk dijual. Jika anda berminat untuk memiliki buku-buku yang dinyatakan, sila tinggalkan mesej pada nombor telefon yang tertera pada gambar buku.

1. UNTUK SEMUA DOSAKU ~ Rin Ahmad ★RM16.00 ***SOLD
2. BAHASA HATI KITA ~ Rehan Makhtar ★RM20.00
3. KAU KEKASIH GELAPKU ~ Que Sera Sera ★RM18.00 ***SOLD
4. ARLUNA ~ Rin Ahmad ★RM16.00
5. DEKATNYA CINTA ~ Aisya Sofea ★RM20.00
6. 13 JAM A380 ~ Evelyn Rose ★RM22.00

★★★Harga telah termasuk kos penghantaran.

Jualan hanya terbuka kepada mereka yang serius sahaja. Keadaan buku masih sangat elok kerana hanya dibaca sekali oleh owner dan ada yang langsung tidak dibaca kerana tiada kesempatan.

Tujuan buku-buku tersebut hendak dijual kerana ruang rak menyimpan buku tidak mencukupi.

Segala pertanyaan boleh diajukan di nombor yang tertera pada gambar di bawah. Terima Kasih.


Semoga dipermudahkan. Insyaa Allah.
spacer

Promosi Lelong Buku Online Di Bookcafe Dari 6 - 13 Oktober 2016

Lelong Buku Online Di Bookcafe Dari 6 - 13 Oktober 2016. Anda pencinta buku tak kira apa pun genrenya? Anda sedang cari buku yang ada promosi sehebat 60%? Tak percaya? Jangan tak percaya dik, saya pun dah terpaku. Kat mana lagi kalau bukan di gedung buku online Bookcafe. Macam-macam buku ada...

Membaca bukan sahaja amalan yang baik tetapi dengan banyak baca pelbagai genre bacaan, kita menjadi lebih berkarisma. Kita lebih yakin diri bila banyak membaca.

Kalau minat baca novel, anda boleh juga tengok novel-novel yang dilelong dengan promosi sehingga 50%.

Promosi Lelong Buku Online Di Bookcafe Dari 6 - 13 Oktober 2016


Promosi Lelong Buku Online Di Bookcafe Dari 6 - 13 Oktober 2016

Ada 50 tajuk buku yang dilelong pada harga promosi 60%. Aduhaiii...murah sangat ni, sesiapa yang teringin nak beli buku banyak-banyak tetapi pda harga murah, inilah masanya! jangan fikir dua kali beb!

Sementara itu ada 500 tajuk buku yang dijual pada harga promosi lelong 50%., 700 buah tajuk buku dilelong pada harga promosi 30%. Tak percaya jugak?

Baca: PROMOSI LELONG BUKU ONLINE BOOKCAFE HARGA HEBAT MURAH!!  

Antara kategori buku-buku yang terlibat adalah buku agama, buku bisnes, novel dan fiksyen, kanak-kanak dan remaja, buku umum, buku indie, rujukan sekolah dan banyak lagi.  

Yang istimewanya ada percuma DVD masakan dengan setiap pembelian.
spacer

Kerana Sengsara Itu

Setelah lelah itu tewas
Derita jadi bahan cerita
Untuk sebuah keadilan
Yang tidak bertiang

Kerana Sengsara Itu
Adalah harga yang pedih
Diletak pada sebuah ikatan
Yang goyah dan tempang


Lalu...
Juraian air mata terakhir
Jadi saksi kekuatan
Hadirnya setelah kekecewaan
Yang tidak mampu dipertahankan

Entah,
Hati yang kering
Bolehkah menjadi basah
Oleh pujukan berdarah?
Telah Allah qalamkan
Setelah kesulitan ada kemudahan
Itulah tali dipegang
Tersimpul kuat dihati
Hingga mati!

Kerana sebuah sengsara
Baranya sentiasa hidup
Dalam tubuh itu
Yang dizalimi.

Biarlah kepada Allah
Terserah segala arah haluan
Menuju bahagia abadi.

Aynora Nur
Malaysia, Johor

spacer