Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Oct 16, 2016

Drama Korea On The Way To The Airport

aynora nur
Drama Korea On The Way To The Airport - Jika anda suka menonton drama korea, ada sebuah drama korea yang kini sedang ditayangkan di saluran SBS 391 yang berjudul On The Way To The Airport. Drama ini bersiaran selama 20 episod. Panjang jugak tu..., drama ini agak lembap sikit plotnya tetapi tema dia agak jarang di siarkan oleh kebanyakan cerita korea.

Drama Korea On The Way To The Airport


Info Siaran On the Way to the Airport:

  • Tajuk : On the Way to the Airport 
  • Judul korea: Gonghang Ganeun Gil 
  • Genre : Romance 
  • Episode : 20 
  • Broadcast network : KBS2 
  • Tempoh tayang : 21 September - 24 November 2016 
  • Hari : Rabu & Kamis, pkl 22:00 

Drama Korea On The Way To The Airport


Bagi anda yang nak tahu sinopsis drama korea on the way to the airport, saya kongsikan sedikit ringkasan drama tersebut untuk maklumat anda.

Sinopsis Drama On The Way To The Airport


Cinta boleh hinggap di hati siapapun, tak peduli mereka sudah memiliki pasangan ataupun belum. Itulah kisah yang diangkat dalam korea On the Way to the Airport ini. Drama korea ini yang akan disiarkan di channel KBS2 ini mempersembahkan tontonan yang romantis dan cukup menyentuh hati. Jika anda sedang mengikuti drama ini, anda akan ikut rasa kesepian yang dilakonkan oleh watak-watak di dalamnya. Lagu tema pun sedih-sedih aje...

Dibintangi oleh artis-artis terkenal Korea seperti Kim Ha Neul dan Lee Sang Yoon, drama On the Way to the Airport ini mengisahkan tentang seorang kakitangan kapalterbang dan seorang jejaka yang bekerja di bidang arkitek.

Selain itu, drama korea On the Way to the Airport ini juga dibintangi oleh Shin Sung Rok, Choi Yeo Jin, Jang Hee Jin, dan lain lain lagi.


Sinopsis On the Way to the Airport



Choi Soo A (Kim Ha Neul) bekerja sebagai pembantu penyelia di sebuah syarikat penerbangan. Dia telah bekerja di syarikat tersebut selama 12 tahun. Suaminya adalah seorang pilot dan mereka mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 12 tahun.

Choi Soo A berfikir bahawa hidupnya sangat selesa sehinggalah dia bertemu dengan Seo Do Woo (Lee Sang Yoon) yang membuat hidupnya berubah. Seo Do Woo bekerja sebagai instruktur sambilan di bidang arkitek.

Dia adalah seorang lelaki yang cerdas dan berhati lembut. Ia juga telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan, tapi insiden mengejutkan terjadi. Akibatnya, ia menjadi bingung dan dalam waktu yang sama Choi Soo A datang ke dalam hidupnya.

Apakah yang akan berlaku kepada Choo Soo A dan Seo Do Woo? Apakah ia akan membongkar sesuatu di sebalik takdir pertemuan mereka?


Pelakon On the Way to the Airport :


Pelakon utama:
Kim Ha Neul - Choi Soo Ah
Lee Sang Yoon - Seo Do Woo


Pelakon pembantu:

Shin Sung Rok - Park Jin Suk
Choi Yeo Jin - Song Mi Jin
Jang Hee Jin - Kim Hye Won
Kim Hwan Hee - Park Hyo Eun
Son Jong Hak - Min Suk Hyun
Choi Song Hyun - Han Ji Eun
Ha Jae Sook - sahabat Choi Soo Ah

Semoga anda yang berminat dengan drama korea dapat menonton drama ini dan mengambil iktibar daripada kisah yang dipaparkan.

Selamat menonton.

aynora nur / Author & Editor

Mykarya.com adalah blog perkongsian e-novel, cerita korea dan drama melayu.

0 comments:

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Distributed By Gooyaabi Templates