Menu
Oh! MyKarya!

Dia Tahu Dia Bersalah

Malam kian hening. Menampar rasa sunyi yang bertakhta di jiwa. Terdengar segala gurindam nyanyian malam yang didendang insan. Jika malam masih sudi berteman, izinkan suara hati didengar biar sunyi tidak berjawapan...

Malam ini dia berhiba, mengenang lagi dosanya yang lalu. Kafarah satu demi satu di hadam hingga longlai nya rasa tidak berdaya.

Dia tahu dia bersalah 



Kepada Allah dipinta taubatnya tidak pernah jemu, demi mohon ampunan agar dipadam dari senarai khilaf yang lalu..., dia sanggup menunggu. Pada waktu yang pasti, dia berharap, bermunajat kepada yang Satu.

Lihatlah Tuhanku...

Kau berikanlah dia kekuatan. Tabahkan hatinya. Sabarkan dia. Kuatkanlah iman dia. Hanya Engkau yang mampu menjawab, segala pertanyaan dari lubuk hati. Di manakah perhentian yang pasti, yang bisa melembutkan hati yang galau. Tuhanku, dia mengakui khilafnya, dia menerima ujianmu. Redhalah dia dalam penghujung malam.

Sesuatu telah mengajarkan. Buat baik di balas baik. Buat jahat ada kafarahnya. Setiap orang pasti merasai. Hidup berbudi hingga akhir nanti. Jadikan yang keji sebagai penguat berubah hati, menuju kasih illahi.

Tertawalah kamu, jika menyakitkan orang lain kamu rasa bahagia.

Berhiburlah dengan deraian airmata yang kau lemparkan.

Dongaklah ke langit, mengangkat dosa-dosa..

Satu masa satu saat kau pasti merasai, putaran rasa yang kau berikan, kesakitan yang kau tinggalkan. Kau akan berada jua di atas tapak yang kau ciptakan.


Telah dia redhakan

Telah dia tabahkan.

Tetapi pembalasan... Allah yang lakukan. Tunggu saatnya kamu berada di tempat dia.

Kafarah atas kezaliman yang kau lakukan, terimalah.

Malam kian hening. Menampar rasa sunyi yang bertakhta di jiwa. Terdengar segala gurindam nyanyian malam yang didendang insan. Jika malam mas...
aynorablogs Nov 22, 2016
Oh! MyKarya!

Beli Buku Online Di Bookcafe Kedai Buku Online Terbesar

Mykarya.com - Beli Buku Online Di Bookcafe. Kenapa anda mesti beli buku di Bookcafe? Kenapa saya kata Bookcafe kedai buku online terbesar? Sebab di Bookcafe ada lebih 2,000 tajuk buku yang memang anda cari. Anda hanya search pada butang carian yang disediakan di dalam Bookcafe dan insyaa Allah, buku yang anda cari tersedia dengan diskripsi dan harganya.


Mengapa mesti beli buku di Bookcafe?


Mestilah kerana khidmat pelanggannya yang tip top. Walaupun saya agen affiliate Bookcafe, saya pun beli buku dan melanggan dengan dia orang. Hari ini order dan bayar, esok dah sampai..., tertakluk dengan syarat la.., iaitu anda order, bayar dan beri maklumat lengkap dengan cepat dan tepat. Faham, kan?

Beli Buku Online Di Bookcafe Pasti Berbaloi Sangat!!


Ada lebih 2,000 jenis tajuk buku yang boleh di dapati di Bookcafe, kedai buku online terbesar di Malaysia.

Dah lah koleksi buku-buku banyak, ada buku bisnes, buku motivasi, al Quran pun ada, novel terkini dan popular tentulah ada juga, dan tak ketinggalan ada merchandise UPIN & IPIN. Beli lah untuk anak-anak. Mereka pasti suka. Galakkan anak-anak membaca dengan membelikan buku-buku yang boleh menarik minat mereka dengan cepat.

Berapa banyak penerbit buku di Bookcafe?


Wow!! Ada banyak beb penerbit buku yang bekerjasama dengan Bookcafe. Anda boleh baca sendiri senarai yang saya berikan di bawah:

1. PTS
2. AbS Media
3. KARYA SENI
4. KAKI Novel
5. Al Hidayah
6. ALAF 21
7. Buku Prima
8. PENERBIT Fajar
9. Dan...banyak lagi

Jenis-jenis atau genre buku yang terdapat di Bookcafe adalah seperti di gambar di bawah.


Akhir sekali, kalau anda nak dapat income sampingan sebagai agen affiliate dengan Bookcafe, anda boleh mendaftar dengan mereka. Kalau tak tahu link nya, klik aje pada gambar yang saya sertakan di bawah dan kemudian klik pada >>> PELUANG BUSINESS >>> Affiliate Bookcafe

Mudahnya nak buat duit sampingan, kan...kan...

Apa lagi klik pada gambar dan ikut arahan yang saya berikan tu..


Nota: income di atas adalah untuk tempoh dari bulan April 2016, kalau tak silap. Anda akan dibayar komisen jika income dah cecah RM100 dan ke atas.

Selamat membaca.
Selamat menjadi agen affiliate
Kita berjaya sama-sama yek!

Mykarya.com - Beli Buku Online Di Bookcafe. Kenapa anda mesti beli buku di Bookcafe? Kenapa saya kata Bookcafe kedai buku online terbesar? ...
aynorablogs Nov 19, 2016
Oh! MyKarya!

Drama Korea Romantic Doctor, Teacher Kim

Drama Korea Romantic Doctor, Teacher Kim - Satu lagi drama korea yang memaparkan kehidupan seorang doktor telah ditayangkan di saluran ONE HD 393. Sebelum ini ada juga drama korea bertajuk Doctors telah tamat episodnya. Yang agak berbeza, drama korea Romantic Doctors, Teacher Kim mengisahkan seorang doktor yang cekap tetapi menyembunyikan satu misteri. Apakah misterinya itu?

Antara pelakon drama Romantic Doctor, Teacher Kim adalah pelakon veteren Han Seok Kyu sebagai pakar bedah bernama Kim Sa Bu, Yoo Yeon Seok sebagai Kang Dong Joo dan Seo Hyun Jin sebagai Yoon Seo Jung.


Drama Korea Romantic Doctor, Teacher Kim

Drama korea Romantic Doctor, Teacher Kim disiarkan pada setiap hari Selasa & Rabu pada pukul 8:10 malam. Mula ditayangkan pada 8 November 2016, Romantic Doctor, Teacher Kim’ disiarkan di ONE HD (Astro B.yond Channel 393).

Sinopsis Drama Korea Romantic Doctor, Teacher Kim


Tajuk Drama: Romantic Doctor, Teacher Kim)
Pengarah: Yu In-Sik
Writer: Kang Eun-Kyung
Network: SBS
Episode: 20
Runtime: Monday & Tuesday 22:00
Language: Korean
Country: South Korea

Plot Episod 1

Boo Yong-Joo adalah seorang pakar bedah yang terkenal dengan nama jolokan "Hand of God." Beliau tiba-tiba hilang dan tiada sesiapa tahu kemana dia pergi sebenarnya. Boo Young-Joo kini muncul dengan nama gelaran baru iaitu Teacher Kim dan menggelarkan dirinya sebagai Doktor Romantik. Dia gembira dengan hidup yang dipilihnya itu.

Sementara, Kang Dong-Joo menjadi seorang doktor kerana mahu memikat seseorang dan Yoon Seo-Jung menjadi doktor pula supaya dihargai oleh seseorang. 

Selepas bertemu dengan Teacher Kim, mereka banyak belajar nilai kehidupan dan pentingnya sentuhan kasih sayang dalam kehidupan seseorang.

Bagi saya, drama Romantic Doctor, Teacher Kim memang bagus ditonton untuk kita belajar menilai kehidupan dari sudut yang berbeza-beza. Kebahagiaan bukan datang dari kekayaan semata-mata tetapi yang penting adalah sebuah hati yang tenang dan lalui perjalanan hidup kita secara sederhana.

Selamat menonton drama Romantic Doctor, Teacher Kim. Ambillah pengajaran hidup yang terdapat dalam drama ini.

Drama Korea Romantic Doctor, Teacher Kim - Satu lagi drama korea yang memaparkan kehidupan seorang doktor telah ditayangkan di saluran ONE ...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea Legend of The Blue Sea

Drama Korea Legend of The Blue Sea - Sebuah lagi drama Korea menarik akan ditayangkan di saluran ONE HD 393. Bagi yang melanggan Astro, dan penggemar cerita korea, mereka mesti tahu bila dan waktunya cerita korea ditayangkan.

Drama korea Legend of the blue sea akan mula disiarkan pada 17 November 2016, setiap Khamis dan Jumaat mulai pukul 8:10 malam. {Rindu nak tengok Lee Min Ho berlakon? Kita tunggu sama-sama episod demi episod yek...}

Sinopsis Drama Korea Legend of The Blue Sea

Lagi satu Poster The Legend of The Blue Sea..secara ringkasnya..., Kisah bagaimana duyung dari era Joseon boleh hidup di zaman moden Seoul? Shim Chung adalah ikan duyung yang mendapati dirinya dipindahkan ke zaman moden. Dia ditangkap oleh Heo Joon Jae (anak seorang bangsawan dari Dinasti Joseon), seorang penipu yang kacak tetapi dingin. Tetapi pada zaman moden ini, Joon Jae bekerja dengan Jo Nam Doo, seorang conman yang mahir yang mengajar Joon Jae menjadi scammer genius. Tetapi kawan Joon Jae, Cha Shi Ah, yang bekerja sebagai seorang penyelidik di KAIST, mungkin satu-satunya harapan Shim Chung untuk terus hidup dalam dunia barunya yang pelik.

** Legend of the blue Sea diilhamkan oleh legenda Joseon klasik dari koleksi pertama (cerita sejarah Korea tidak rasmi), dimana seorang nelayan yang menangkap dan melepaskan ikan duyung, drama ini menceritakan kisah cinta di antara anak keluarga bangsawan dalam era Joseon dan ikan duyung.

Info:

Name: The Legend of the Blue Sea
Pengarah: Jin Hyeok
Pelakon: Jun Ji-Hyun, Lee Min-Ho, Krystal
Tahun: 2016
Runtime: Wed. & Thu. 22:00
Country: Korean
Subtitles: English
Genre: Romantik

Sinopsis Drama Korea Legend of The Blue Sea


Legend of the blue sea mengisahkan duyung terakhir di bumi bertemu dengan penipu yang bijak. Duyung tersebut cuba menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di darat.

Diilhamkan oleh legenda Joseon klasik dari koleksi pertama cerita sejarah tidak rasmi Korea, mengenai seorang nelayan yang menangkap dan melepaskan ikan duyung, drama ini menceritakan kisah cinta di antara anak keluarga bangsawan Joseon bernama Dam-lim (Lee Min-ho) dan ikan duyung bernama Shim Chung (Jun Ji-hyun).

Ini adalah kisah cinta duyung terakhir di dunia ...

Heo Joon Jae (Lee Min Ho) adalah penipu genius dengan hati emas, mahir bermain helah, penipuan, dan putar belit bagi memenuhi matlamat beliau. Shim Chung (Jun Ji Hyun) adalah ikan duyung terakhir di dunia, yang berabad-abad mencari cinta sejatinya iaitu seorang lelaki yang menyelamatkannya pada masa lalu dan hingga kini masih tetap setia menanti. 

Apabila kedua-duanya bertemu, ikan duyung tersebut cuba untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di darat, dan penipu yangbijak itu mendapati dirinya jatuh cinta dengan gadis yang aneh ini. Apakah terjadi kepada pasangan aneh ini, adakah ikan duyung itu boleh terselamat hidup di darat?

Watak-watak utama:

Jun Ji-hyun sebagai Shim Chung
Shin Eun Soo sebagai Shim Chung remaja
Kal So-Won sebagai anak Shim Chung

Duyung yang tiba ke Seoul dari era Joseon, dan perjuangan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan manusia.

Lee Min-ho sebagai Heo Joon-jae / Kim Dam-lim
Park Jin-young sebagai Joon-jae / Dam-lim remaja
Jeon Jin-seo sebagai Joon-jae kanak-kanak

Anak majistret dalam era Joseon / A con-man berdarah sejuk yang menggunakan rupa dan akal fikirannya untuk berubah menjadi orang yang berbeza demi penipuan.

Lee Hee-joon sebagai Jo Nam-doo

Seorang rakan con-man dan orang kanan Joon-jae, yang dengan kefasihan dan kemahiran beliau, mengajar Joon-jae untuk menjadi scammer yang genius.

Shin Hye-sun sebagai Cha Si-a

Dia adalah rakan Joon-jae junior di universiti; seorang penyelidik di KAIST. Seorang yang bijak dan logik, dia amat menyayangi orang-orang yang lemah, orang susah dan haiwan.


Update:

✅ Sinopsis The Legend of The Blue Sea Episod 1 - Dalam episod 1 legend of the Blue Sea ini menceritakan latar zaman era kerajaan Daeson yang tiba-tiba dilanda ribut tsunami. Habis satu kampung rosak teruk. Ketika ribut itulah seekor ikan duyung telah tersesat ke darat dan ditangkap oleh nelayan. Perbuatan nelayan (bangsawan?) itu adalah satu kesalahan besar dan anak pembesar waktu itu bernama Dam Ryung (Lee Min Hoo) meminta beliau melepaskan ikan duyung tersebut. Nelayan itu tak puas hati dan mahu membunuh Dam Ryung. Ketika melepaskan ikan duyung, Dam Ryung dan ikan duyung saling berpandangan seolah-olah mengucapkan terima kasih...

Selanjutnya cerita bersambung di era moden masakini di mana Dam Ryung menjadi Joon-jae, seorang penipu yang licik. Seterusnya ditunjukkan bagaimana ikan duyung yang dilepaskan dulu muncul dan bertemu semula dengan Dam Ryung (Joon-jae). Ada kisah di shopping mall yang lucu, dan banyak lagi.....

Tentu anda nak tahu bagaimana ikan duyung boleh bertukar jadi manusia??? Dalam episod 1 Legend of the blue sea ada diceritakan secara ringkas, diperlihatkan Shim Chung berenang di lautan dan menemui gelang Dam Ryung di dasar laut. Ia mengambil dan mengenakannya dan kembali masuk ke laut. Sebuah bom di laut telah meletup dan menyerangnya lalu membuat Shim Chung (ikan duyung) terdampar di pulau. Ia hairan ekornya telah menjadi sepasang kaki manusia. Waktu inilah..., Joon Jae keluar dari tempat hotel penginapannya sambil memandang lautan, dan ternampak manusia pelik itu...

Nota:

1. "The Legend of The Blue Sea" mengambil alih drama setiap Rabu & Khamis sebelum ini iaitu "Jealousy Incarnate" dan akan diikuti oleh "Saimdang, Diary Light" pada Januari, 2017.

2. Kisah Legend of the blue sea adalah susulan cerita ikan duyung dalam koleksi cerita "EOU yadam" oleh Joseon Yu Mong-In. Cerita berkisar majistret daerah Kim Dam-Ryung yang melepaskan ikan duyung ke dalam laut. Dia telah ditangkap oleh nelayan.

3. Drama siri akan menjadi lakonan yang terakhir bagi pelakon Lee Min-Ho sebelum dia menyertai tentera selama lebih kurang 2 tahun. Drama siri juga lakonan pertama untuk pelakon Gianna Jun sejak dia melahirkan anak pertamanya pada bulan Februari 2016 .

4. Penggambaran bermula 19 Ogos 2016 di Goesan, Chungcheong Wilayah Utara, Korea Selatan.
Penggambaran bergerak ke pulau Palau pada akhir Ogos, 2016 dan penggambaran juga telah dilakukan di Sepanyol pada bulan September, 2016.

Selamat menonton.

Drama Korea Legend of The Blue Sea  - Sebuah lagi drama Korea menarik akan ditayangkan di saluran ONE HD 393. Bagi yang melanggan Astro, dan...
aynorablogs Nov 14, 2016
Oh! MyKarya!

Drama Korea Marrying My Daughter Twice

Drama Korea Marrying My Daughter Twice - Drama Korea terkini yang sedang ditayangkan di saluran ONE HD adalah Marrying My Daughter Twice. Disiarkan pada setiap hari Isnin - Jumaat, mulai pukul 9:25 malam.

Marrying My Daughter Twice mengisahkan suka duka kehidupan seorang mertua dan menantu lelakinya yang melalui trauma kisah sedih dan kematian. Drama korea ini juga menceritakan bagaimana seorang ibu bangkit semula setelah melalui episod sedih kehilangan anak tersayang dalam satu kemalangan.

Drama Korea Marrying My Daughter Twice

Tajuk: My Son-In-Law's Woman (Marrying My Daughter Twice)
Episod: 120 Engsub
Genre: Comedy, Drama
Pengarah: Ahn Gil-Ho,
Pelakon: Seo Ha-Jun, Yang Jin-Sung, Park Sun-Cheon,
Tarikh diterbitkan: 2015
Negara: Korean

Sinopsis Drama Korea Marrying My Daughter Twice


Marrying my daughter twice mengisahkan tentang Jin Sook dan menantu lelakinya Hyun Tae berkongsi pengalaman dan hubungan yang tegang kerana Jin Sook menyalahkan lelaki itu atas kematian anak perempuannya. Anak Jin Sook meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta. Tetapi, keikhlasan Hyun Tae menyentuh hatinya lalu menerima kehadiran lelaki tersebut seperti anaknya sendiri.

Bagaimanapun, Hyun Tae jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Soo Kyung dimana wanita itu adalah anak perempuan Jin Sook. 

Adakah Jin Sook sanggup berkongsi semula dan membenarkan hubungan antara anak perempuannya dengan Hyun Tae sekali lagi?

Drama Marrying My Daughter Twice
dilakonkan oleh Yang Jin Sung, Seo Ha Joon, Park Soon Chun, Jang Seung Jo dan ramai lagi.

Drama Korea Marrying My Daughter Twice Episod 80 - 88

#akan update kemudian

Semoga kisah yang dikongsikan memberikan banyak pengajaran kepada kita semua.

Selamat menonton drama korea marrying my daughter twice.

Drama Korea Marrying My Daughter Twice - Drama Korea terkini yang sedang ditayangkan di saluran ONE HD adalah Marrying My Daughter Twice. D...
aynorablogs Nov 9, 2016
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea Pretty Ugly

Sinopsis Drama Korea Pretty Ugly - Sewaktu duduk santai pada pagi minggu ni, ketika tangan gatal tukar-tukar channel, tertengok pulak cerita Pretty Ugly drama korea di saluran 393 HD. Ceritanya baru permulaan episod dan dapatlah saya faham sikit tentang temanya.

Pretty Ugly ditayangkan pada setiap malam pukul 6.55 petang setiap hari Selasa hingga Jumaat. Antara pelakon yang terlibat adalah Nam Goong Min, Minah, On Joo Wan and Seo Hyo Rim.

Sinopsis Drama Korea Pretty Ugly


Sinopsis Drama Korea Pretty Ugly


Untuk anda yang meminati drama korea macam saya, saya kongsikan sinopsis drama korea Pretty Ugly. Cerita ini memang banyak pengajarannya. Meh baca...

Secara ringkasnya ia kisah cinta dua beradik perempuan dengan dua orang lelaki. Si kakak memiliki segalanya, iaitu kerjaya sebagai peguam, cantik, penampilan bergaya tetapi sebaliknya si adik hanya memiliki hati yang baik. Penampilannya agak sederhana. Salah seorang pemuda tinggal di kawasan bumbung rumah mereka dan seorang lagi dari kalangan keluarga kaya raya.

Dalam episod awal diceritakan serba sedikit latar belakang 3 watak utamanya iaitu Gong Shim, Dantae dan Junsu. Gong Shim seorang gadis yang biasa serba serbi sangat sederhana tetapi baik hati. Dia sanggup mengalah dengan kakaknya dalam semua segi. Hinggakan dia kena duduk di loteng kerana memberikan biliknya untuk dijadikan bilik baju kakaknya, Gong Mi yang bekerja sebagai seorang peguam.

Manakala Dantae seorang peguam pendakwaraya yang rendah diri dan mudah bergaul dengan semua orang. Dia dibesarkan oleh satu keluarga angkat akibat kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan. Dantae sebenarnya cucu dari syarikat Star Group.

Junsu juga merupakan cucu kepada pemilik Star Group dan secara kebetulan bertemu dengan Dantae ketika dia mabuk. Dantae menyelamatkannya ketika beliau diganggu oleh gangster kelab malam tempatnya minum sehingga mabuk itu.

Mulai dari saat itu mereka kerap bertemu dan mula berkawan baik dengan Gong Shim. Disinilah timbul konflik apabila Gong Shim menyukai Junsu tetapi sebaliknya Dantae pula menyukai Gong Shim.

Kakak Gong Shim juga menyukai Junsu kerana dia orang kaya.

Info tentang Drama Korea Pretty Ugly

Drama: Beautiful Gong Shim (tajuk asal)
Pengarah: Baek Soo-Chan
Penulis: Lee Hee-Myung
Network: SBS
Episode: 20
Bahasa: Korean
Bagaimanakah akhir cerita Pretty Ugly tersebut? Apakah hubungan Dantae dan Gong Shim berakhir dengan bahagia atau adakah ada rahsia yang membongkar hubungan antara keduanya? Untuk mengetahui akhir episod drama korea Pretty ugly, ikuti siaran di saluran ONE HD.

Selamat menonton. 

Sinopsis Drama Korea Pretty Ugly - Sewaktu duduk santai pada pagi minggu ni, ketika tangan gatal tukar-tukar channel, tertengok pulak cerita...
aynorablogs Nov 2, 2016