Drama Korea Romantic Doctor, Teacher Kim

loading...
Drama Korea Romantic Doctor, Teacher Kim - Satu lagi drama korea yang memaparkan kehidupan seorang doktor telah ditayangkan di saluran ONE HD 393. Sebelum ini ada juga drama korea bertajuk Doctors telah tamat episodnya. Yang agak berbeza, drama korea Romantic Doctors, Teacher Kim mengisahkan seorang doktor yang cekap tetapi menyembunyikan satu misteri. Apakah misterinya itu?

Antara pelakon drama Romantic Doctor, Teacher Kim adalah pelakon veteren Han Seok Kyu sebagai pakar bedah bernama Kim Sa Bu, Yoo Yeon Seok sebagai Kang Dong Joo dan Seo Hyun Jin sebagai Yoon Seo Jung.

Drama Korea Romantic Doctor, Teacher Kim

Drama korea Romantic Doctor, Teacher Kim disiarkan pada setiap hari Selasa & Rabu pada pukul 8:10 malam. Mula ditayangkan pada 8 November 2016, Romantic Doctor, Teacher Kim’ disiarkan di ONE HD (Astro B.yond Channel 393).

Sinopsis Drama Korea Romantic Doctor, Teacher Kim


Tajuk Drama: Romantic Doctor, Teacher Kim)
Pengarah: Yu In-Sik
Writer: Kang Eun-Kyung
Network: SBS
Episode: 20
Runtime: Monday & Tuesday 22:00
Language: Korean
Country: South Korea

Plot Episod 1

Boo Yong-Joo adalah seorang pakar bedah yang terkenal dengan nama jolokan "Hand of God." Beliau tiba-tiba hilang dan tiada sesiapa tahu kemana dia pergi sebenarnya. Boo Young-Joo kini muncul dengan nama gelaran baru iaitu Teacher Kim dan menggelarkan dirinya sebagai Doktor Romantik. Dia gembira dengan hidup yang dipilihnya itu.

Sementara, Kang Dong-Joo menjadi seorang doktor kerana mahu memikat seseorang dan Yoon Seo-Jung menjadi doktor pula supaya dihargai oleh seseorang. 

Selepas bertemu dengan Teacher Kim, mereka banyak belajar nilai kehidupan dan pentingnya sentuhan kasih sayang dalam kehidupan seseorang.

Bagi saya, drama Romantic Doctor, Teacher Kim memang bagus ditonton untuk kita belajar menilai kehidupan dari sudut yang berbeza-beza. Kebahagiaan bukan datang dari kekayaan semata-mata tetapi yang penting adalah sebuah hati yang tenang dan lalui perjalanan hidup kita secara sederhana.

Selamat menonton drama Romantic Doctor, Teacher Kim. Ambillah pengajaran hidup yang terdapat dalam drama ini.

1 comment:

  1. Hello , I do consider this is a great blog. I
    stumbled upon it on Yahoo , I shall return once again.

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.