Sinopsis Drama Korea Legend of The Blue Sea

loading...
Drama Korea Legend of The Blue Sea - Sebuah lagi drama Korea menarik akan ditayangkan di saluran ONE HD 393. Bagi yang melanggan Astro, dan penggemar cerita korea, mereka mesti tahu bila dan waktunya cerita korea ditayangkan.

Drama korea Legend of the blue sea akan mula disiarkan pada 17 November 2016, setiap Khamis dan Jumaat mulai pukul 8:10 malam. {Rindu nak tengok Lee Min Ho berlakon? Kita tunggu sama-sama episod demi episod yek...}

Sinopsis Drama Korea Legend of The Blue Sea

Lagi satu Poster The Legend of The Blue Sea..secara ringkasnya..., Kisah bagaimana duyung dari era Joseon boleh hidup di zaman moden Seoul? Shim Chung adalah ikan duyung yang mendapati dirinya dipindahkan ke zaman moden. Dia ditangkap oleh Heo Joon Jae (anak seorang bangsawan dari Dinasti Joseon), seorang penipu yang kacak tetapi dingin. Tetapi pada zaman moden ini, Joon Jae bekerja dengan Jo Nam Doo, seorang conman yang mahir yang mengajar Joon Jae menjadi scammer genius. Tetapi kawan Joon Jae, Cha Shi Ah, yang bekerja sebagai seorang penyelidik di KAIST, mungkin satu-satunya harapan Shim Chung untuk terus hidup dalam dunia barunya yang pelik.

** Legend of the blue Sea diilhamkan oleh legenda Joseon klasik dari koleksi pertama (cerita sejarah Korea tidak rasmi), dimana seorang nelayan yang menangkap dan melepaskan ikan duyung, drama ini menceritakan kisah cinta di antara anak keluarga bangsawan dalam era Joseon dan ikan duyung.

Info:

Name: The Legend of the Blue Sea
Pengarah: Jin Hyeok
Pelakon: Jun Ji-Hyun, Lee Min-Ho, Krystal
Tahun: 2016
Runtime: Wed. & Thu. 22:00
Country: Korean
Subtitles: English
Genre: Romantik

Sinopsis Drama Korea Legend of The Blue Sea


Legend of the blue sea mengisahkan duyung terakhir di bumi bertemu dengan penipu yang bijak. Duyung tersebut cuba menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di darat.

Diilhamkan oleh legenda Joseon klasik dari koleksi pertama cerita sejarah tidak rasmi Korea, mengenai seorang nelayan yang menangkap dan melepaskan ikan duyung, drama ini menceritakan kisah cinta di antara anak keluarga bangsawan Joseon bernama Dam-lim (Lee Min-ho) dan ikan duyung bernama Shim Chung (Jun Ji-hyun).

Ini adalah kisah cinta duyung terakhir di dunia ...

Heo Joon Jae (Lee Min Ho) adalah penipu genius dengan hati emas, mahir bermain helah, penipuan, dan putar belit bagi memenuhi matlamat beliau. Shim Chung (Jun Ji Hyun) adalah ikan duyung terakhir di dunia, yang berabad-abad mencari cinta sejatinya iaitu seorang lelaki yang menyelamatkannya pada masa lalu dan hingga kini masih tetap setia menanti. 

Apabila kedua-duanya bertemu, ikan duyung tersebut cuba untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di darat, dan penipu yangbijak itu mendapati dirinya jatuh cinta dengan gadis yang aneh ini. Apakah terjadi kepada pasangan aneh ini, adakah ikan duyung itu boleh terselamat hidup di darat?

Watak-watak utama:

Jun Ji-hyun sebagai Shim Chung
Shin Eun Soo sebagai Shim Chung remaja
Kal So-Won sebagai anak Shim Chung

Duyung yang tiba ke Seoul dari era Joseon, dan perjuangan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan manusia.

Lee Min-ho sebagai Heo Joon-jae / Kim Dam-lim
Park Jin-young sebagai Joon-jae / Dam-lim remaja
Jeon Jin-seo sebagai Joon-jae kanak-kanak

Anak majistret dalam era Joseon / A con-man berdarah sejuk yang menggunakan rupa dan akal fikirannya untuk berubah menjadi orang yang berbeza demi penipuan.

Lee Hee-joon sebagai Jo Nam-doo

Seorang rakan con-man dan orang kanan Joon-jae, yang dengan kefasihan dan kemahiran beliau, mengajar Joon-jae untuk menjadi scammer yang genius.

Shin Hye-sun sebagai Cha Si-a

Dia adalah rakan Joon-jae junior di universiti; seorang penyelidik di KAIST. Seorang yang bijak dan logik, dia amat menyayangi orang-orang yang lemah, orang susah dan haiwan.


Update:

✅ Sinopsis The Legend of The Blue Sea Episod 1 - Dalam episod 1 legend of the Blue Sea ini menceritakan latar zaman era kerajaan Daeson yang tiba-tiba dilanda ribut tsunami. Habis satu kampung rosak teruk. Ketika ribut itulah seekor ikan duyung telah tersesat ke darat dan ditangkap oleh nelayan. Perbuatan nelayan (bangsawan?) itu adalah satu kesalahan besar dan anak pembesar waktu itu bernama Dam Ryung (Lee Min Hoo) meminta beliau melepaskan ikan duyung tersebut. Nelayan itu tak puas hati dan mahu membunuh Dam Ryung. Ketika melepaskan ikan duyung, Dam Ryung dan ikan duyung saling berpandangan seolah-olah mengucapkan terima kasih...

Selanjutnya cerita bersambung di era moden masakini di mana Dam Ryung menjadi Joon-jae, seorang penipu yang licik. Seterusnya ditunjukkan bagaimana ikan duyung yang dilepaskan dulu muncul dan bertemu semula dengan Dam Ryung (Joon-jae). Ada kisah di shopping mall yang lucu, dan banyak lagi.....

Tentu anda nak tahu bagaimana ikan duyung boleh bertukar jadi manusia??? Dalam episod 1 Legend of the blue sea ada diceritakan secara ringkas, diperlihatkan Shim Chung berenang di lautan dan menemui gelang Dam Ryung di dasar laut. Ia mengambil dan mengenakannya dan kembali masuk ke laut. Sebuah bom di laut telah meletup dan menyerangnya lalu membuat Shim Chung (ikan duyung) terdampar di pulau. Ia hairan ekornya telah menjadi sepasang kaki manusia. Waktu inilah..., Joon Jae keluar dari tempat hotel penginapannya sambil memandang lautan, dan ternampak manusia pelik itu...

Nota:

1. "The Legend of The Blue Sea" mengambil alih drama setiap Rabu & Khamis sebelum ini iaitu "Jealousy Incarnate" dan akan diikuti oleh "Saimdang, Diary Light" pada Januari, 2017.

2. Kisah Legend of the blue sea adalah susulan cerita ikan duyung dalam koleksi cerita "EOU yadam" oleh Joseon Yu Mong-In. Cerita berkisar majistret daerah Kim Dam-Ryung yang melepaskan ikan duyung ke dalam laut. Dia telah ditangkap oleh nelayan.

3. Drama siri akan menjadi lakonan yang terakhir bagi pelakon Lee Min-Ho sebelum dia menyertai tentera selama lebih kurang 2 tahun. Drama siri juga lakonan pertama untuk pelakon Gianna Jun sejak dia melahirkan anak pertamanya pada bulan Februari 2016 .

4. Penggambaran bermula 19 Ogos 2016 di Goesan, Chungcheong Wilayah Utara, Korea Selatan.
Penggambaran bergerak ke pulau Palau pada akhir Ogos, 2016 dan penggambaran juga telah dilakukan di Sepanyol pada bulan September, 2016.

Selamat menonton.

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.