Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Nov 2, 2016

Sinopsis Drama Korea Pretty Ugly

aynora nur
Sinopsis Drama Korea Pretty Ugly - Sewaktu duduk santai pada pagi minggu ni, ketika tangan gatal tukar-tukar channel, tertengok pulak cerita Pretty Ugly drama korea di saluran 393 HD. Ceritanya baru permulaan episod dan dapatlah saya faham sikit tentang temanya.

Pretty Ugly ditayangkan pada setiap malam pukul 6.55 petang setiap hari Selasa hingga Jumaat. Antara pelakon yang terlibat adalah Nam Goong Min, Minah, On Joo Wan and Seo Hyo Rim.

Sinopsis Drama Korea Pretty Ugly


Sinopsis Drama Korea Pretty Ugly


Untuk anda yang meminati drama korea macam saya, saya kongsikan sinopsis drama korea Pretty Ugly. Cerita ini memang banyak pengajarannya. Meh baca...

Secara ringkasnya ia kisah cinta dua beradik perempuan dengan dua orang lelaki. Si kakak memiliki segalanya, iaitu kerjaya sebagai peguam, cantik, penampilan bergaya tetapi sebaliknya si adik hanya memiliki hati yang baik. Penampilannya agak sederhana. Salah seorang pemuda tinggal di kawasan bumbung rumah mereka dan seorang lagi dari kalangan keluarga kaya raya.

Dalam episod awal diceritakan serba sedikit latar belakang 3 watak utamanya iaitu Gong Shim, Dantae dan Junsu. Gong Shim seorang gadis yang biasa serba serbi sangat sederhana tetapi baik hati. Dia sanggup mengalah dengan kakaknya dalam semua segi. Hinggakan dia kena duduk di loteng kerana memberikan biliknya untuk dijadikan bilik baju kakaknya, Gong Mi yang bekerja sebagai seorang peguam.

Manakala Dantae seorang peguam pendakwaraya yang rendah diri dan mudah bergaul dengan semua orang. Dia dibesarkan oleh satu keluarga angkat akibat kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan. Dantae sebenarnya cucu dari syarikat Star Group.

Junsu juga merupakan cucu kepada pemilik Star Group dan secara kebetulan bertemu dengan Dantae ketika dia mabuk. Dantae menyelamatkannya ketika beliau diganggu oleh gangster kelab malam tempatnya minum sehingga mabuk itu.

Mulai dari saat itu mereka kerap bertemu dan mula berkawan baik dengan Gong Shim. Disinilah timbul konflik apabila Gong Shim menyukai Junsu tetapi sebaliknya Dantae pula menyukai Gong Shim.

Kakak Gong Shim juga menyukai Junsu kerana dia orang kaya.

Info tentang Drama Korea Pretty Ugly

Drama: Beautiful Gong Shim (tajuk asal)
Pengarah: Baek Soo-Chan
Penulis: Lee Hee-Myung
Network: SBS
Episode: 20
Bahasa: Korean
Bagaimanakah akhir cerita Pretty Ugly tersebut? Apakah hubungan Dantae dan Gong Shim berakhir dengan bahagia atau adakah ada rahsia yang membongkar hubungan antara keduanya? Untuk mengetahui akhir episod drama korea Pretty ugly, ikuti siaran di saluran ONE HD.

Selamat menonton. 

aynora nur / Author & Editor

Mykarya.com adalah blog perkongsian e-novel, cerita korea dan drama melayu.

0 comments:

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Distributed By Gooyaabi Templates