Ads Top

Drama Korea Droplets Of Love

Droplets Of Love. Sebuah drama korea tentang cinta, kasih sayang, pengorbanan dan kegagalan. Drama korea Droplets of Love ditayangkan di saluran ONE HD 393 pada pukul 3.15petang, setiap hari sabtu, dengan 5 episod back to back.

Drama korea Droplets of Love dilakonkan oleh pelakon lama dan baru, antaranya Wang Ji Hye, Kang Eun Tak, dan Kim Min Soo.

Drama Korea Droplets Of Love


Sinopsis Drama Korea Droplets Of Love


Kisah cinta dan takdir, adakah mereka ditakdirkan untuk kekal bersama?

Eun Bang Wool bekerja sementara di syarikat penyedia makanan yang dimiliki oleh keluarga Woo Hyuk Park. Beberapa ketika, mereka berdua telah jatuh cinta antara satu sama lain.

Ketika hubungan mereka berkembang baik, sesuatu telah berlaku. Rupa-rupanya Hyuk Park adalah orangnya yang menerima pemindahan hati daripada bekas teman lelaki Bang Wool. 

Apakah makna itu semua? Adakah hubungan tersebut dapat diteruskan atau apakah Bang Wool tidak dapat menerima kenyataan tersebut?

Plot Drama Korea Droplets of Love Episode 7 - 10


1. Kakak Woo Hyuk Park ingin bercerai dengan suaminya tetapi WHP mengenakan syarat kepada abang iparnya agar memberikan pampasan yang banyak kepada kakaknya, Woo Kyung.

2. Eun Bang Wool dan Dong Joon berkahwin setelah berjaya memujuk ibu lelaki itu untuk membenarkan rancangan mereka.

3. Woo Hyuk Park dikesan menghidap barah hati. Dia sangat kecewa dan rasa putus asa.

4. Chae Rin menyambung pelajaran ke luar negara.

5. Woo Hyuk berdegil mahu keluar hospital walau dihalang oleh doktor.

6. Eun Bang Wool membuat pemeriksaan kandungan dan bayinya dalam keadaan sihat. Eun Bang Wool pelik kerana suaminya berkelakuan aneh.

7. Chae Rin menemui surat yang ditinggalkan oleh ayahnya dan dia berasa sedih.

8. Ibu Dong Joon dalam diam merestui perkahwinan anaknya itu.

9. Dong Joon mengalami kematian otak akibat krmalangan ketika cuba membantu seorang nenek tua menaiki tangga. Kepalanya telah terhentak di batu. Seluruh keluarganya amat bersedih dengan kejadian itu.

Bagaimanakah nasib Bang Wool nanti?

Saksikan seterusnya setiap episod cerita korea hebat ini dengan tema kekeluargaan. 

Semoga mendapat pengajaran daripadanya. 

1 comment:

  1. kalau saya download terus kat dramacool.cepat dari one hd

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.