Header Ads

Drama Korea Hwarang The Poet Warrior Youth Di KBS World

Advertisement
Hwarang The Poet Warrior Youth Di KBS World. Drama Korea cerita zaman saeguk dulu tetapi menampilkan pelakon muda, kacak dan terkenal di Korea. Cerita yang agak menarik dan kisah balas dendam yang menyayat hati. Kisah bagaimana permaisuri mencari pahlawan muda yang kacak untuk berkhidmat dengannya hingga mati.

Drama Korea Hwarang The Poet Warrior Youth Di KBS World

KBS menyiarkan drama saeguk baru berjudul - Hwarang, iaitu drama yang mengekplorasikan keindahan aset 'lukisan' berharga di zaman dinasti Silla yang dikenali sebagai pahlawan Hwarang, "The Flowering Knights". Mereka berkhidmat di bawah raja Silla.

Sinopsis Drama Korea Hwarang The Poet Warrior Youth


Info:
Drama: Hwarang / Hwarang: The Poet Warrior Youth
Revised romanization: Hwarang
Director: Yun Seong-Sik
Writer: Park Eun-Young
Network: KBS2
Episodes: 20
Release Date: December 19, 2016 - February 21, 2017
Runtime: Mon & Tue 22:00
Language: Korean
Country: South Korea

Episod 1 menunjukkan senyuman manis dipancarkan daripada wajah anak-anak muda ini manakala Episod 2 bermulanya cerita perjuangan mereka. Reaksi penonton agak positif dan menjadi viral di carian google bermula kelmarin.

Pada permulaan cerita mengisahkan Sun Woo diejek kerana kononnya ibunya tidak memberikan nama ketika meninggalkannya. Kemudian dia dicabar untuk melompat jurang bila jambatan itu diputuskan. Dikenali sebagai Dog-bird, Sun Woo dengan mudah melompat dan terbang seperti anjing dan burung.

Dalam episod 2 pula menunjukkan kehidupan raja yang merempat kerana dihalau oleh ibunya. Raja Jin Heung singgah dari satu rumah tumpangan ke rumah tumpangan yang lain hingga satu masa jatuh hati dengan seorang gadis lincah dan pandai bercerita bernama A-ro.

‘Hwarang’, telah mengakibatkan peminat tidak duduk senang dengan gambar poster segerombolan pahlawan segak berambut panjang. Kali ini, KBS keluarkan pula gambar poster setiap watak iaitu Sun Woo (Park Seo Joon) atau dikenali sebagai pahlawan tak bernama, Aro (Go Ah ra) dan raja Jin Heung (Park Hyung-sik) yang menyamar sebagai rakyat biasa.

Drama Korea Hwarang The Poet Warrior Youth Di KBS World

Hwarang berlatarbelakangkan empayar Silla pada 1500 tahun dulu dan merupakan drama yang sudah siap dihasilkan sebelum tayangan rasmi pada Disember nanti.

Berbalik kepada info drama Hwarang ini, ia sebuah drama korea epik yang menampilkan 6 orang hero sekaligus. Hero yang "cantik-cantik".

Carian "Naver" dan Google menunjukkan kata kunci "Hwarang" dan "Hwarang Lee Kwang Soo" berada pada carian tertinggi. Ianya sekaligus menepis dakwaan bahawa drama ini telah ditolak oleh penonton di sana dan mampu meletakkan saingan yang kuat di belakang Romantic Doctors, Tecaher Kim yang meraih ratings sebanyak 20% setakat ini berbanding Hwarang yang bermula dengan 6%.

Bukan saja kata kunci berkenaan, malah nama pelakon juga turut menjadi sebutan apabila "Hwarang Park Seo Jeon" berada dalam kedudukan top 10 teratas dalam enjin carian. 2 OST - "Whenever You Are" dan "You Are Dying" turut menjadi viral.

Ini merupakan penglibatan pertama Park Seo Jeon sejak She Was Pretty. Turut membintangi ialah Go Ah Ra, Do Ji Han, Park Hyung Sik.

Drama ini disiarkan melalui saluran KBSW Astro 392 setiap hari Isnin dan Selasa jam 9.15 malam.

Sumber: donga

INFO berkaitan: http://kmania.org/kbs-tampilkan-3-poster-hwarang-untuk-tatapan-peminat/
Advertisement

2 comments:

  1. saranghaeyo Hwarang...all Hwarang cast...I like Minho and all...

    ReplyDelete
  2. saranghaeyo Hwarang

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.