Header Ads

Kisah Sedih Drama 7 Hari Mencintaiku Sarat Pengajaran

Kisah Sedih Drama 7 Hari Mencintaiku Sarat Pengajaran. Drama 7 Hari Mencintaiku hampir menuju titik noktahnya. Pelbagai komen, kenangan, trending di seluruh Malaysia dan banyak lagi peristiwa yang berlaku dikaitkan dengan naskhah hebat karya Siti Rosmizah ini. Drama 7 hari mencintaiku di bintangi oleh pelakon hebat tanahair seperti Shukri Yahya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifli, Wan Sharmila dan ramai lagi.

Kisah Sedih Drama 7 Hari Mencintaiku Sarat Pengajaran

Drama 7 hari mencintaiku disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 6.58 petang.

Drama 7 hari mencintaku ditayangkan dalam slot Akasia di TV3 dan mengandungi 28 episod.


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku



Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telah pun bertunang dengan sepupunya sendiri iaitu Khalil (Ungku Hariz).

Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kolot dan kampung.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi.

Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku?

Drama 7 Hari Mencintaiku Sarat Pengajaran


Drama 7 hari mencintaiku memang sarat dengan pengajaran berguna. Bagi sesiapa yang menonton drama hebat ini, apakah yang anda dapat? Setelah membaca novelnya dan menonton drama di TV, ini yang dapat penulis simpulkan:

1. Jangan memandang hina pada orang lain disebabkan kemiskinannya. Kita tidak tahu entah bila Allah pulangkan pula takdir itu kepada kita. Orang miskin pun manusia juga. 

2. Seorang isteri mesti menghormati suaminya walau siapa pun dia. Walau suami anda hanya seorang nelayan atau pekebun kecil, ia adalah pendapatan dan pekerjaan yang halal.

3. Walau siapa pun ibu kita, baik atau jahat, seorang anak mesti menghormati nya. Jangan sakiti hatinya. Terutamanya anak lelaki, kerana syurga nya terletak di bawah kaki ibu. Contohnya Khuzairi yang terus menghormati ibunya walau apa pun kelakuan ibunya yang tidak disenangi.

4. Setiap orang boleh berubah. Dari baik kepada jahat. Dan dari jahat menjadi baik. Kita tidak tahu pengakhiran hidup seseorang. Memaafkan adalah lebih baik kerana ia merupakan dendam yang terindah. Contohnya Pak Samad yang mudah memaafkan Mia walau orang sekeliling membencinya.

5. Jangan pisahkan kasih sayang anak dan ibu walau siapa pun ibu tersebut. Walau ibu itu seorang pelacur tetapi ia tetap seorang ibu yang telah mengandung dan melahirkan anda ke dunia. Kelakuan Mak Leha yang menghalang Mia melihat anaknya telah ditempelak oleh Pak Samad.

6. OKU juga manusia. Mereka ada perasaan untuk disayangi dan menyayangi. Watak Buntat telah memberikan keinsafan dan menyedarkan Mia Adriana tentang kesilapannya. Sayangi mereka ketika ada, jangan bila telah tiada baru menyesal tak berguna.

Itulah antara pengajaran yang dapat penulis rangkumkan dari drama 7 hari mencintaiku. Jika anda ada pengajaran yang lain yang ingin dikongsikan, boleh tuliskan di ruangan komen di bawah. 

Semoga kita menjadi penonton yang bijak dengan memiilih karya bermutu yang mengisahkan realiti kehidupan sebenar daripada dimomokkan dengan cerita penuh fanfasi.

Selamat menonton.

Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.