Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak? Astro Ria dan Astro HD pada tahun 2017 bakal menayangkan drama bersiri terbarunya bertajuk Sayang Papa Saya Tak?. Drama ini adalah adaptasi dari novel karya Hanni Ramsul dan disiarkan dengan tajuk yang sama.

Drama ini dibintangi oleh Emma Maembong, Hisyam Hamid, Aida Rahim dan ramai lagi. Diterbitan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan pengarah Amie Maziah.

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak?


Sayang Papa Saya Tak mengisahkan tentang seorang bapa tunggal yang membesarkan anaknya seorang diri. Dia berkahwin buat kali kedua tetapi menghadapi masalah dengan sikap isteri barunya yang mata duitan.


Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak


No. ISBN:- 978-967-0874-22-7
Jumlah muka surat:- 680
HARGA SEMENANJUNG : RM24.00, AHLI : RM20.00
HARGA SABAH/SARAWAK: RM27.00 , AHLI : RM23.00

Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.




“RM100,000.00 Encik Farish? Yang tak gatal pun mesti jadi gatal.”- Raisya.

Kalau begitu ragamnya, bagaimana Farish tidak pening dengan Raisya?

Bagaimana akhirnya kisah Farish dan Raisya agaknya? Apakah mereka terus bertahan dengan dugaan sekeliling mereka atau akhirnya Raisya mengalah? Apakah rahsia di sebalik Raisya menerima bayaran sebanyak itu daripada Farish? Adakah dia mampu menjaga sikecil yang kehilangan ibunya itu?

Dalam episod 4, Raisya dan Farish berlakon suka antara satu sama lain demi mengaburi mata ibunya. Jika tidak, perkahwinan mereka akan dibatalkan. Farish pula berbelah bagi bila Azyan jadi penyibuk ambil tahu tentang perkahwinannya. Sementara itu, Raisya dah mula sukakan dengan Qalish sikecil yang comel. Akhirnya Raisya dan Farish berkahwin secara ringkas tanpa kehadiran rakan-rakan Raisya. Azyan pula tak habis-habis cuba menggoda Farish.

Selamat menonton drama Sayang Papa Saya Tak di Astro Ria & HD bermula 9 Januari 2017. 

spacer

Sinopsis Drama Korea Innocent Defendant

Sinopsis Drama Korea Innocent Defendant. Drama korea aksi kisah pendakwa yang baik tetapi diperangkap hingga dipenjarakan. Anak dan isterinya meninggal dunia.

Drama Innocent Defendant ditayangkan di saluran ONE 393 pada setiap Selasa & Rabu, pukul 8.10 malam waktu Malaysia. Mula ditayangkan pada 24 Januari 2017.

Info:
Drama: Defendant (literal title)
Revised romanization: Pigoin
Director: Jo Young-Gwang
Writer: Choi Soo-Jin
Network: SBS
Episodes: 16

Antara pelakon yang membintangi drama aksi dan penyiasatan hebat ini adalah  Ji Sung, Kwon Yu Ri (SNSD) and Uhm Ki Joon.

"Bagaimana anda mahu buktikan yang anda tidak bersalah sedangkan anda tiada memori terhadap pertuduhan jenayah yang dilakukan?"

Sinopsis Drama Korea Innocent Defendant

Secara ringkasnya Park Jung Woo adalah seorang pendakwa yang dicemburui kerana selalu menang kes. Tetapi hidupnya berubah bila satu hari dia terbangun dari tidur dan lupa segalanya, sebaliknya dituduh dengan pelbagai kes pembunuhan.

Dengan tiada petunjuk, hilang ingatan dan banyak lagi halangan, dapatkah dia mencari sebab disebalik segala kejadian dan membersihkan namanya semula??

Sinopsis Drama Korea Innocent Defendant


Park Jung Woo adalah pendakwa raya kerajaan yang komited dan sayangkan keluarganya. Namun keadaan sekeliling dan kerenah orang kaya yang sanggup buat apa saja telah mencampakkan Park Jung Woo ke dalam penjara.

Dalam episod permulaan, Park Jung Woo digambarkan sebagai pendakwa yang setia menjalankan tugas dengan dedikasi. Beliau menentang jenayah kejam dan dibantu oleh kakitangan yang sayangkannya.

Kerana satu tragedi, beliau dipenjarakan.

So, dalam episod awal diceritakan bagaimana Park boleh masuk penjara. Terjadi satu pembunuhan di vila milik Cha Min Ho dan ini menyebabkan dia dituduh membunuh. Abangnya menyuruh Min Hoo menyerah diri tetapi dia enggan berbuat demikian. Untuk menyelamatkan diri Min Hoo telah menolak Sun Hoo dari tempat penginapan mereka. Min Hoo menyamar sebagai Sun Hoo. Mereka adalah keluarga kaya Chamyung.

Pendakwa Park Jung Woo menyiasat nota bunuh diri dan tempat kejadian Sun Hoo terjatuh. Situasi agak mencurigakan. Ketuanya mengarahkan tutup kes tetapi Park Jung Woo mengugut untuk berhenti kerja dan terus menyiasat kes tersebut hingga berjaya.

Park Jung Woo pergi menemui Min Hoo yang menyamar itu dan mengesyaki sesuatu.

Akhirnya Sun Ho meninggal dunia kerana kecederaan teruk.

Apakah Park Jung Woo dapat menyelesaikan kes tersebut dan membawa Min Ho yang psiko dan mental problem itu ke muka pengadilan? Adakah Park Jung Woo berjaya melarikan diri dari penjara?

Saksikan drama korea hebat ini dengan sebuah kisah penyiasatan yang penuh kejutan dan kekejaman. Agak lain sedikit dari drama korea yang biasa kita tengok.

Selamat menonton drama Innocent Defendant.

spacer

Kepergian Untuk Kembali Menepis Duka

Langkah berlalu dari teratak duka
Titis airmata sembunyi cerita kita
Tak indah umpama cereka mereka
Kelam masa depan
Kelu waktu itu, memandangmu
Biarkan engkau berlalu




Jauhnya kini antara kita
Kepergian untuk kembali menepis duka
Menahan amarah yang terpendam
Tak terluah oleh kata
Tak terpadam oleh airmata
Kerana parahnya terobek seribu

Antara kau dan aku
Mata kita penuh sendu
Bayangan hidup bertahun
Selalu membayangi lena

Mimpi pun masih terjaga
Melihatmu berlalu jauh
Langkah semakin perlahan
Tinggallah aku sendirian di belakang

Terkadang diri ini cuba membuka ruang
Agar ada kasih baru menghuni hati
Tetapi, sebenarnya amat payah
Mengganti kenangan bertahun itu
Dengan kehadiran yang sementara..

Kerana, sebenarnya aku masih berharap
Engkau menoleh dan memimpin tangan longlai ini
Meniti titian hidup, sekali lagi...

Aynora Nur
Malaysia, 21 Januari 2017




spacer

Drama Korea I'm Sorry But I Love You

Drama Korea I'm Sorry But I Love You. Bagi pencinta drama korea terbaru, kini ONE HD menyiarkan drama korea bertajuk I'm Sorry But I Love You. Drama ini bersiaran pada pukul 7:30 malam waktu tempatan, setiap hari Ahad mulai 15 Januari 2017.

Drama I'm Sorry But I Love You disiarkan 5 episod sekali gus setiap hari, jadi jangan terlepas menontonnya nanti.

Drama korea I'm Sorry But I Love You

Sinopsis Drama Korea I'm Sorry But I Love You


Jung Mo Ah dan Park Do Hoon adalah pasangan suami isteri yang telah lama mengenali antara satu sama lain, dan sama-sama membesar di runah anak yatim. 

Suatu hari, kehidupan mereka bertukar tragedi bila Do Hoon mengetahui bahawa dia berasal dari keluarga kaya raya. Kerana dikaburi dengan kemewahan dan wang ringgit, akhirnya Do Hoon menceraikan Mo Ah dan berkahwin dengan Cha Young Hwa, anak seorang ahli politik yang terkenal. 

Oleh kerana diketepikan dan disingkirkan oleh suami sendiri, Mo Ah bangkit meneruskan kehidupan. Dia bertemu dengan Kang Nam Goo yang baik hati. Adakah dia akan menemui cinta semula? 

Adakah anda akan memilih wang daripada cinta suci? Itulah tema yang dibawakan dalam drama korea terbaru ini. Temui jawapannya dalam drama korea I'm Sorry but I Love You.

Dibintangi oleh: Kim Min Seo, Park Sun Ho, Lee In dan Na Ya.
spacer