Header Ads

Selamat Malam Tan Sri Sinopsis Dan Senarai Pelakon

loading...
"Melawan takdir seperti meletak api antara kita, semoga tiada jari yang terbakar atau hati yang rentung.."

Selamat Malam Tan Sri Sinopsis Dan Senarai Pelakon. Novel Selamat Malam Tan Sri akan di adaptasi ke drama TV dan akan disiarkan oleh RTM 2. Dah lama saya tak baca novel ni, ada ingat ingat lupa cerita di dalamnya. Bukunya yang lama dulu taklah tebal sangat tetapi jalan ceritanya amat relevan dengan keadaan semasa.


Selamat Malam Tan Sri Sinopsis Dan Senarai Pelakon


Pada 2017, novel ini telah menambat hati pihak Radio Televisyen Malaysia untuk disiarkan secara bersiri sebanyak 26 episod untuk TV2, terbitan Iris Intergrated. Skrip asal drama ini oleh Ahmadsaabun Scriptwriter. Arahan Raja Mukhriz, terbitan Iris Intergrated Sdn Bhd.

Ini adalah naskah terkini novel Selamat Malam Tan Sri yang sudah diedit bersesuaian dengan trend sekarang, lokasi terkini dan tambahan jalan cerita.

Karya dengan tema kontemporasi ini pertama kali terbit pada 1999 dan sudah diulang-cetak sebanyak tujuh kali dalam masa 18 tahun penerbitannya. Hebatnya karya Sri Diah ni...

Selamat Malam Tan Sri Sinopsis Dan Senarai Pelakon


Berikut adalah senarai Pelakon Drama Selamat Malam Tan Sri. Antara pelakon yang akan membintangi Drama Selamat Malam Tan Sri adalah:

Dato' Eizlan Yusof sebagai Tan Sri Rahman Shah
Julia Ziegler sebagai Netty Karmila (madu Puan Sri Rosenita)
Reen Rahim sebagai Hanim Hanani
Idris Khan sebagai Saiful Azam (anak Tan Sri)
ZaiN Alexander sebagai Hadi
Haliza Misbun sebagai Datin Suhaila
Marissa Yasmin
Nikki Palikat

Sinopsis Drama Selamat Malam Tan Sri


Keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta! Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu kemewahan. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah.

Bagaimanapun Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik di hatinya. Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelar Tan Sri dalam tugasannya sebagai wartawan itu, hatinya mula berdetik. Dia tidak pasti apakah maknanya. Lelaki itu telah pun beristeri; bukan satu malah dua! Isteri-isterinya bukan calang-calang wanita. Mereka itu wanita ternama, berharta dan berkedudukan. Ketika itu Hanim Hanani sedikit pun tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita-wanita itu. Dia pasti dia akan kalah.... tapi takdir menentukan segalanya!


Kata-kata dari penulis novel Selamat Malam Tan Sri...


Pada akhirnya persoalan tentang cinta, banyak berbalik kepada sekeping hati. Biarpun cinta itu terlepas dari tangan namun jatuh cinta berkali-kali, tetap menjadi mukjizat meneruskan hidup di tengah kota Kuala Lumpur.

Hanim Hanani adalah jelmaan seorang wanita yang cekal melayan godaan hati kerana bercinta dengan orang yang ditakdirkan bukan untuknya.

Dia tahu, tetapi ada sebab dia teruskan kesilapan itu.

Saya cipta Hanim yang fleksible wataknya. Tindakannya selalu tepat. Keputusannya ada ketika menyakiti orang lain, tapi itu lebih baik daripada hatinya disakiti.

Dia tidak mahu berpura ketawa sedangkan dalam masa sama ada perempuan lain yang berduka.

Sesungguhnya dia mewah cinta dan mewah bahagia untuk dikongsi dengan tiga lelaki, obor hidupnya.

#SelamatMalamTanSri

Semoga drama Selamat Malam Tan Sri yang akan disiarkan nanti akan meninggalkan pengajaran untuk dijadikan panduan kehidupan yang lebih bermakna dan diberkati.
Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.