Header Ads

Sinopsis Dia Anak Jeneral 26 Episod Lakonan Fattah Amin

Advertisement
Dia Anak Jeneral 26 Episod Lakonan Fattah Amin. TV2 akan menyiarkan drama 26 episod bertajuk Dia Anak Jeneral. Waktu siaran drama Dia Anak Jeneral akan saya update kemudian. Drama Dia Anak Jeneral adalah adaptasi dari novel tulisan Hezzy Azra.

Antara pelakon utama Dia Anak Jeneral adalah Fattah Amin dan Niena Baharun (pelakon Sayangku Kapten Mukhriz)

Siapa agaknya yang pegang watak Jeneral Hambali iaitu ayah kepada Syirin? Watak tersebut dibawakan oleh Dato' Tarmimi Seregar. Mesti gempak ni..

Drama ini terbitan A.Aida Production. Diarahkan oleh Khalid Nazri.

Sinopsis Dia Anak Jeneral Drama Adaptasi Novel Karya Hezzy Azra


Sinopsis Dia Anak Jeneral 26 Episod Lakonan Fattah Amin

KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur… termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.

Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.

“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya… saya terima pinangan awak.”

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh… ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.

Review dari Goodreads;


Oleh Hajar

1. Penulis adalah seorang penulis terkenal yang sudah ada banyak novel. Kali ni lagi santai walaupun isunya tentang menantu lelaki yang tak diiktiraf mertua. Biasanya kita dengar menantu dengan ibu mertua yang tak ngam kan, ha kali ni kita dihadapkan dengan kes menantu lelaki vs bapa mertua. :)

2. Zakhif berkenalan dengan Nur Syirin (Syirin) , anak gadis Tuan Jeneral Leftenan Hambali (Tuan Jeneral) sewaktu membuat projek ubahsuai di rumah Tuan Jeneral. Walaupun tarikan antara mereka sangat kuat, Zakhif sedar yang dia tak sepatutnya menyimpan perasaan terhadap Syirin yang sudah pun bertunang dengan Nukman, anak kenalan Tuan Jeneral. Tapi, kalau dah jodoh tak ke mana kan? Onar yang dibuat Nukman menyatukan mereka. Cuma kesukaran bagi Zakhif bila Tuan Jeneral seakan tidak mengiktiraf kedudukannya sebagai menantu dalam keluarga mereka. Sampai bilalah agaknya Tuan Jeneral mahu menjunjung egonya tu kan?

3. Walaupun tak setuju dengan perancangan si ayah untuk menyatukannya dengan Nukman, Syirin terpaksa akur demi untuk menjaga hubungan baik antara ayahnya dengan kedua ibu bapa Nukman. Namun, bila menyedari yang dia tak mampu menyaingi kedudukan Diara dalam hati Nukman, Syirin nekad melamar Zakhif untuk menjadi suaminya. Kerana geram dengan keputusan yang diambil Syirin, majlis pertunangan bertukar menjadi majlis pernikahan bila Tuan Jeneral nekad untuk menikahkan Syirin dan Zakhif. Sungguh pun bersyukur dengan jodoh yang tersurat, Syirin tahu besar cabaran yang terpaksa mereka tempuhi untuk menambat hati Tuan Jeneral.

4. Tak suka dengan watak Nukman. Pengecut. Tau nak jaga air muka sendiri je. Haish! Memang bagus sangat tak berjodoh dengan Syirin.

5. The best part : ada cameo Shaq dan Larra! Dari buku Cinta Tak Beralih. Hihi. Berbahagialah mereka hendaknya. :)

6. Tahniah Kak Hezzy untuk buku ni. Moga makin melimpah ruah ilham untuk kisah seterusnya. Looking forward for Melodi Kasih 2 pula lepas ni. :)

Semoga ada pengajaran yang diperolehi daripada drama Dia Anak Jeneral.
Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.