Menu
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Dia 60 Episod Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama Dia, Slot Akasia Lakonan Janna Nick Dan IrwanSyah. Pengarah Indonesia Omar Aly Adly berkolaborasi dengan pengarah Malaysia, Eoon Suhaini untuk drama bersiri sebanyak 60 episod terbitan Orangetree Productions yang bakal disiarkan TV3 Oktober depan.

Antara pelakon utamanya adalah Janna Nick. Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 22, dipilih membintangi drama bersiri 60 episod berjudul Dia bagi tayangan slot Akasia di TV3.

Sinopsis Drama Dia 60 Episod Slot Akasia TV3

Ini adalah projek drama panjang pertamanya sejak terbabit dalam bidang lakonan. Sebenarnya beliau lebih suka terikat dengan drama yang memerlukan komitmen lama. Dengan itu, dia dapat bekerjasama dan belajar dengan semua kakitangan produksi.

Katanya lagi,
“Kalau anda perasan saya kerap berlakon drama bersiri berbanding telefilem. Saya tak kisah kalau berjumpa orang yang sama setiap hari. Bagi saya perkara itu menjadikan hubungan seseorang pelakon dengan semua orang di lokasi penggambaran lebih rapat. Saya pula memang sukakan suasana kekeluargaan ketika menjalani penggambaran,”.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Irwansyah, Zahirah Macwilson, Janna Nick, Adi Putra dan ramai lagi. Drama Dia ini mengandungi 60 episod dan diarahkan oleh Eoon Suhaimi.

Sinopsis Drama Dia Slot Akasia Lakonan Janna Nick Dan Irwan Syah


Drama DIA jadi sejarah antara drama Akasia terpanjang pernah dihasilkan. Drama ini adalah drama kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dan khabarnya akan ditayangkan dalam bulan Oktober. Benar atau tidak, kita tunggu aje lah ye..

Dalam kesempatan ini saya nak share sinopsis drama DIA ini.

Aina (Zahirah Macwilson) merupakan adik tiri kepada Adit (Irwansyah) berkelana ke Kuala Lumpur selepas kematian ayah mereka. Adit pula terpaksa berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya bernama Emelda walaupun dia amat mencintai Aira. Namun Emelda telah meninggal dunia sewaktu melahirkan anaknya.

Kerana kecewa, Adit membawa diri ke satu tempat dan menjadi penulis. Kemudiam, dia dipertemukan semula dengan Aira. Apakah terjadi seterusnya? Dapatkah Adit merebut semula cintanya?

Sementara itu, Adit, seorang pemuda jujur dan rajin bernama telah menerima surat wasiat arwah bapanya. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia. Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui untuk merealisasikan impian arwah bapanya.

Apakah yang terjadi kepada Aina, Aira dan Adit ketika bertemu di KL. Adakah mereka akan berebut wasiat yang ditinggalkan.

DIA, ditunjangi Irwansyah seagai Adit, Janna Nick (Aira), Izara Aishah (Emelda), Zamarul Hisham (Hafiz), Sandrinna Michelle Skornicki (Icha Aulia) serta dibantu gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia lain antaranya, Emma Maeombong, Farouk Hussein, Aleza Shadan, Adi Putra, Kevin Andrean, Tatiana Sivek, Juliana Moectar serta Adhitya Alkatiri.

Drama Dia merupakan sebuah naskhah yang dipenuhi dengan kisah cinta dan konflik yang melibatkan watak-watak utamanya.

Selamat menonton drama panjang 60 episod ini dan ambil iktibar dari apa yang dipaparkan.

Sinopsis Drama Dia, Slot Akasia Lakonan Janna Nick Dan IrwanSyah. Pengarah Indonesia Omar Aly Adly berkolaborasi dengan pengarah Malaysia, ...
aynorablogs Apr 23, 2017
Oh! MyKarya!

Di Sebalik Istiqamah Itu...

Di Sebalik Istiqamah Itu... | Istiqamah sebuah kata yang indah dan menghadirkan kekuatan bila disebut. Istiqamah adalah sebuah akujanji untuk sebuah ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi kehidupan.

Di Sebalik Istiqamah Itu...

Bagaimanakah hebatnya seseorang yang istiqamah? Apakah hadiah terindah untuk sebuah kesabaran yang panjang? Tidakkah Allah rasa belas kepada hambanya yang tabah tetapi terus diasak dengan ujian? Maka Allah berpesan, berserahlah kepadaNya, kerana Dia Maha Mengetahui. Di setiap kesedihan ada bahagia yang menanti. Pada sesuatu kesulitan ada kesenangan di kemudiannya. Akhirnya Allah hadiahkan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Bukankah kemudian... kamu akan menangis kegembiraan!


Di Sebalik Istiqamah Itu...


Disebalik bait kata istiqamah, ada terselit sebuah pengorbanan yang panjang. Ada airmata yang melimpah. Ujian yang tak berhenti dan sabar yang tidak bertepi! Istiqamah disertai dengan doa menjadi senjata pendinding diri.

Istiqamah adalah hadiah untuk jiwa yang telah lama menanti sejalur cahaya. Mana lagi harapan terindah yang Allah ajarkan dalam qalamnya melainkan sebuah istiqamah untuk sejalur pelangi berwarna warni..

Janji manusia ditepian bibir tetapi janji Allah itu pasti.

Tertanya-tanya di hati, sejauh manakah istiqamah itu boleh bertahan? Bertahanlah duhai kawan selagi kamu masih ada iman. Bukankah kamu telah berjanji bahawa Tiada Tuhan Selain Allah. Maka, janji Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


Jika kamu berputus asa, berhenti berusaha.. kamu bukanlah dari kalangan hambaNya yang beruntung. Kerana orang yang beruntung adalah orang-orang yang bertaqwa.

Maka dengarlah... nasihat ini bagaimana kamu boleh istiqamah dalam perbuatan baik yang kamu lakukan. Antara tips atau nasihat para ulama dalam mendidik diri untuk istiqamah adalah tidak memberatkan diri dengan apa yang tidak termampu. 

Seterusnya, mulakan amalan kita dengan berbuat perkara yang mudah dahulu, dan setelah pasti akan istiqamah dan mendapat kelazatannya, barulah ditambah sedikit demi sedikit. InsyaAllah kita diberi oleh Allah kemudahahan dalam melaksanakannya. 

Kita juga boleh membuat jadual dalam masa tersebut, ibadat yang kita ingin istiqamah dan ibadat yang bergantung kepada situasi dengan syarat berniat untuk terus istiqamah. Jadual ibadat yang kekal istiqamah tersebut perlu diwajibkan atau ditekankan ke atas diri seberapa boleh sehingga ia menjadi suatu kelazatan pula.

Istiqamah bukanlah jalan benci
Hingga kamu merasa tersendiri
Biar bermula perlahan sekali
Asalkan akhirnya kamu temui cahaya illahi..

Teguhkan diri, istiqmah hingga jasadmu bersemadi.

Di Sebalik Istiqamah Itu... | Istiqamah sebuah kata yang indah dan menghadirkan kekuatan bila disebut. Istiqamah adalah sebuah akujanji unt...
aynorablogs Apr 20, 2017
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Encik Suami Mat Saleh Celup Slot Dahlia TV3

Sinopsis Drama Encik Suami Mat Saleh Celup Slot Dahlia TV3. Drama yang menggantikan Meh Sandar Pada Aku adalah Encik Suami Mat Saleh Celup, juga drama adaptasi daripada novel karya Yumi Haira.

Drama Encik Suami Mat Saleh Celup akan mula disiarkan mulai 15 April 2017, setiap Jumaat hingga Ahad pukul 6.58 petang. Drama ini adalah untuk slot Dahlia TV3.

Sinopsis Drama Encik Suami Mat Saleh Celup Slot Dahlia TV3

Antara pelakon yang terlibat adalah Daler Yusof, Nelydia Senrose, Fikhree Bakar, Nadiyah Shahab, Ozlynn, Zila Bakarin, Nor Albaniah dan ramai lagi.

PENULIS NOVEL: Yumi Hyra
PENGARAH: Hashim Rejab
TERBITAN: Zamriez Golden Pictures

Sinopsis Drama Encik Suami Mat Saleh Celup Slot Dahlia TV3


Jom baca sinopsis Encik Suami Mat Saleh Celup yang saya ambil daripada goodreads...

Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif.

Sinopsis Drama Encik Suami Mat Saleh Celup Slot Dahlia TV3

“So I am your replacement husband?”– Ian Hadif
“If you want to say so.” – Iman Amani

Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek ‘memelayukan’ si mat salih celup.

“What is selipar Jepun?” – Ian Hadif
“Japanese’s slippers.” – Iman Amani
“Oh… the one that they wear with their kimono?” – Ian Hadif

Iman Amani mahu pengsan! Tapi…Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri. Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster!

“It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight.” – Ian Hadif
“Betul ke apa yang awak cakap tu?” – Iman Amani
“Cakap apa?” – Ian Hadif
“Pasal love at a deeper sight tu.” – Iman Amani
“Bila masa saya cakap macam tu?” – Ian Hadif

Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya. Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri.

“To form an I squared, you need two I’s. That is why, this Ian needs his Iman. Without you, I am like the incomplete square number’s function.” – Ian Hadif
“Tell him that I love him, so much.”- Iman Amani.

Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau ‘I kuasa dua’ perlukan dua huruf ‘I’, bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?

Nampak gayanya macam novel melayu yang klise, tetapi diharap dengan kepakaran sang pengarah, drama adaptasi ini akan jadi lebih natural dan berwarna warni.

Sinopsis Drama Encik Suami Mat Saleh Celup Slot Dahlia TV3 . Drama yang menggantikan Meh Sandar Pada Aku adalah Encik Suami Mat Saleh Celup,...
aynorablogs Apr 14, 2017
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea My Father Is Strange

Sinopsis Drama Korea My Father Is Strange. Bagi penggemar family drama untuk cerita korea, anda boleh saksikan drama "My Father Is Strange" yang sedang ditayangkan di saluran KBS World.

Antara pelakon yang menjayakan My Father Is Strange adalah Kim Young-Chul sebagai Byun Han-Soo, Kim Hae-Sook sebagai Na Young-Sil , Ryu Soo-Young sebagai Cha Jung-Hwan, Lee Yu-Ri sebagai Byun Hye-Young, Lee Joon sebagai Ahn Joong-Hee.

Sinopsis Drama Korea My Father Is Strange

Sinopsis Drama Korea My Father Is Strange


Ahn Joong-Hee (Lee Joon) adalah seorang artis yang pernah menjadi ahli sebuah kumpulan digilai ramai.

Suatu hari, dia muncul di hadapan sebuah keluarga yang terdiri daripada suami isteri bernama Byun Han-Soo dan Na Young-Sil serta 4 orang anak mereka termasuklah Hye-Young and Mi-Young (Jung So-Min). Joong-Hee mula tinggal dengan mereka dan mengaku sebagai anak Byun Han-Soo.

Siapakah sebenarnya Joong-Hee kepada mereka? Mengapa Joong-Hee mencari keluarga Byun Han-Soo dan atas kaitan apa perhubungan itu terjadi? 

Saksikan drama korea My Father is Strange ini di kaca TV anda. Kisah keluarga yang penuh pengajaran dan cara mengatasi masalah dalam kehidupan yang mencabar ini.


Kim Young Chul as Byun Han Soo


Han Soo adalah seorang lelaki yang rajin bekerja samada di rumah atau di tempat kerja. Dia sangat sayangkan isteri dan keluarganya. Namun bapa yang rajin dan penyayang ini menyimpan satu rahsia yang tidak boleh diceritakannya. Apakah rahsia tersebut hinggakan dia menjadi seorang yang pelik?

Yeong-Sil and Han Soo memiliki 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang dijaga sepenuh hati. Yeong Sil juga masih membantu keluarga adik lelakinya. Dia juga mengetahui rahsia besar suaminya. Tetapi, memikirkan hal anak-anak dia tidak menyesali pilihannya.

Jeong Hee adalah seorang pelakon filem yang pada asalnya adalah seorang anggota kumpulan yang digilai ramai. Dia suka berlakon tetapi kurang bernasib baik. Dia sebenarnya tidak pandai berlakon hinggakan tidak mendapat peluang yang sepatutnya. Disebabkan oleh Pengarah Jung Hwan, dia menjadi popular walaupun tidak pandai berlakon walau menerima pandangan kurang senang daripada para peminatnya dan pengkritik.

Jung Hwan bekerja sebagai penerbit TV yang menghadapi cabaran untuk menghasilkan rancangan program TV yang berjaya. Dalam pada itu, dia bertemu semula dengan cinta pertamanya setelah sekian lama putus hubungan. Tetapi sebenarnya dia masih cintakan Hye Yeong walau selalu berselisih faham bila bertemu. 

Hye yeong bekerja di,sebuah pejabat peguam yang terkenal di bandar. Walau luaran nya nampak dingin, sebenarnya beliau seorang yang mampu mengendalikan sesuatu masalah dengan jayanya. Suatu hari dia bertemu semula dengan bekas kekasihnya dan menyimpan impian untuk berkahwin. 


Info drama My Father is Strange


Tajuk Lain: My Father Is Strange / Father Is Weird / The Weird Father
Genre: Family, drama, comedy
Episodes: 50
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2017-Mar-04 to 2017-Aug-20
Air time: Saturday & Sunday Night 19:55
Original Soundtrack: Father Is Strange OST

Selamat menonton drama keluarga yang hebat ini.

Sinopsis Drama Korea My Father Is Strange. Bagi penggemar family drama untuk cerita korea, anda boleh saksikan drama "My Father Is Str...
aynorablogs Apr 9, 2017
Oh! MyKarya!

Drama Korea Mystery Queen Di KBS World

Drama Korea Mystery Queen. Drama korea ini menggantikan Good Manager, Chief Kim yang telahpun tamat. Kali ini, dalam Mystery Queen yang jadi heronya adalah wanita pulak. Ada komedi, ada aksi dan juga kekeluargaan. Kisah penyiasatan juga macam Good Manager.

Mystery Queen disiarkan di saluran KBS World 391/ 392. Episod 1 mula disiarkan pada 6 April 2017, dan mengandungi 16 episod. Antara pelakon yang menjadi watak utama dalam drama korea ini adalah Choi Kang Hee sebagai Yoo Sul Ok, Kwon Sang Woo sebagai Ha Wan Seung, Lee Won Geun sebagai Hong Joon Oh dan Shin Hyun Bin sebagai Jung Ji Won.

Sinopsis Drama Korea Mystery Queen 


Drama Korea Mystery Queen Di KBS World

Drama Mystery Queen mengisahkan Seol Ok yang bercita-cita hanya mahu menjadi seorang pegawai polis sepanjang hayatnya. Maknanya tak ada cita-cita lain...

Mystery Queen dah pun ditayangkan. Kisah tentang watak utamanya, Wan Seung detektif veteran yang amat dedikasi dan Seol Ok, "Queen of mystery". Mereka bertembung antara satu sama lain disebabkan kes penyeludupan dadah yang dikendalikan.

Seol Ok setuju menggunakan mindanya dalam menyelesaikan pelbagai kes dengan lirikan matanya yang misteri. Demi membantu Hong Juno, dia bekerja keras atas usahanya sendiri untuk menjaga kawasan kejiranan mereka. Seperti biasa, Seol Ok keluar untuk membantu Hong Juno dengan siasatannya. Dari situlah dia bertemu Wan Seung buat kali pertama.

Dan, ini menjadikan impiannya satu kenyataan. Mereka sama-sama menyelesaikan kes-kes misteri.

Bagaimanakah kesudahan drama ini? Adakah mereka dapat menyelesaikan setiap kes yang ditangani?

Sedikit info tentang drama Mystery Queen:


Tajuk: Churiui Yeowang
Tajuk Lain: Queen of Mystery
Genre: Misteri, komedi
Episodes: 16
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2017-Apr-05 to 2017-May-25
Air time: Wednesday & Thursday 22:00
Original Soundtrack: Mystery Queen OST

Saksikan drama Korea Mystery Queen Di KBS World. Selamat menonton!

Drama Korea Mystery Queen. Drama korea ini menggantikan Good Manager, Chief Kim yang telahpun tamat. Kali ini, dalam Mystery Queen yang jadi...
aynorablogs Apr 7, 2017
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea Youngju Di One HD

Sinopsis Drama Korea Youngju Di One HD. Drama korea Youngju adalah drama tentang keinsafan. Adakah kita sempat kembali ke pangkal jalan setelah melakukan kesilapan? Adakah kita boleh dimaafkan?


Adakah sudah terlewat untuk memohon kemaafan untuk kesilapan lalu kita? 

Drama korea Youngju disiarkan pada setiap hari Khamis dan Jumaat (waktu tempatan) pada pukul 8:15 malam selama 1 jam.

Sinopsis Drama Korea Youngju Di One HD


Sinopsis Drama Korea Youngju Di One HD
Youngju mengisahkan tentang seorang anak yang tidak suka duduk di kampung. Lalu, Youngju meninggalkan kampungnya pada usia muda. Dia berharap untuk mencapai kejayaan bila hidup di bandar. 

Namun begitu, usahanya tidak berjaya dan dia nyaris terpaksa pulang ke kampung.

Untuk meneruskan hidup, dia terpaksa bekerja di salon rambut yang dijalankan Hae Sook, bekas kekasih ayahnya. 

Dalam satu kejadian yang tidak diingini, Youngju telah tertikam Hae Sook dalam usaha menyelamatkan ayahnya daripada kumpulan gangster. 

Adakah Youngju berpeluang membetulkan keadaan dan perbuatannya itu dimaafkan?

Bagaimanakah akhir kisah Youngju ini? Adakah dia menyesal kerana meninggalkan keluarganya satu masa dahulu?

Nantikan jawapannya dalam drama korea Youngju yang mula disiarkan pada 6 April 2017 di saluran ONE HD.

Selamat menonton. Ambillah pengajarannya dalam setiap cerita yang anda tonton.

Sinopsis Drama Korea Youngju Di One HD. Drama korea Youngju adalah drama tentang keinsafan. Adakah kita sempat kembali ke pangkal jalan sete...
aynorablogs Apr 6, 2017
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Mencintaimu Mr Photographer Di Astro

Sinopsis Drama Mencintaimu Mr Photographer Di Astro . Daripada FB, Kyle Syafiq diberitakan akan melakonkan watak utama sebagai Mr Photographer yang bernama Jemy. Sebuah drama kisah suka duka kehidupan seorang jurugambar.

Drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer lakonan Syafiq Kyle sebagai hero. Heroinnya adalah pelakon baru bernama Hanna Delisha. Drama Mencintaimu Mr Photographer akan disiarkan mulai 3 Julai 2017.

Sinopsis Drama Mencintaimu, Mr Photographer Di Astro

Info drama Mencintaimu Mr Photographer


Tajuk: Mencintaimu, Mr Photographer
Episod:
Pelakon utama: Kyle Syafiq sebagai Jemy, Hanna Delisha
Pengarah:
Mula ditayangkan: 3 Julai 2017
Penyiar: Astro

Sinopsis Drama Mencintaimu Mr Photographer Di Astro 


Sinopsis Drama Mencintaimu, Mr Photographer Di Astro

Drama adaptasi daripada novel yang sama tajuknya. Ada sedikit kelainan dalam cerita drama Mencintaimu, Mr Photographer.

Novel Mencintaimu, Mr Photographer karya Emma Mariam. 

Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.

“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbit di hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?
#sumber


Sinopsis 2:


MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER karya EMMA MARIAM. Pertemuan yang berlaku tidak dirancang. Aira Qaisara atau Aira merupakan seorang gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati seperti mamanya dan anak kepada seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad; terpisah dari mama dan abg tersayang kerana salah faham, yang membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya ketika dia masih kanak-kanak. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar.

Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Seorang lelaki yang garang dan agak panas baran tetapi selalu cepat cair bila dengan Aira. Bekerja dengan bermacam jenis wanita yang moden dan cantik tetapi hanya Aira sahaja yang mampu membuatkan dia jatuh hati. Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri. Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya, Datuk Roslan. Dan, kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela. Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada ibu Jemy sehingga beliau tidak dapat menerima Jemy sebagai anaknya? Bagaimana pula dengan Aira? Mampukah dia menjalani hidup tanpa nakhodanya? Semuanya akan terjawab di dalamMENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER.

Baca Review dari Goodreads,


Cerita yg menarik. ada suka, gembira, lucu, sedih & sakit hati. bagaimana seorg bapa yg sanggup musnahkan mahligai anaknya hanya kerana lelaki pilihan anaknya tdk setaraf dgn mereka. Dan... bagaimana pula seorang ibu sanggup membenci anak kandungnya sendiri. congrats cik writer. sesungguhnya, masih lagi ada dalam masyarakat kita yg berperangai begitu.

Semoga drama Mencintaimu, Mr Photographer memberikan kita banyak pengajaran dalam kehidupan. Seperti saya kata selalu, "Ambillah pengajaran daripada drama yang kita tonton. Jija tidak apa yang kita lihat dan tengok tidak mendatangkan nilai kepada diri kita. Betul tak?

Sinopsis Drama Mencintaimu Mr Photographer Di Astro . Daripada FB, Kyle Syafiq diberitakan akan melakonkan watak utama sebagai Mr Photogra...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

Menanti Mendung Berlalu

Menanti Mendung Berlalu. Aku terpaku di sini entah sudah berapa lamanya. Terperuk memandang diri sendiri. Apakah silapku. Apakah dosaku. Di mana kekuatanku. Mengapa dalam gelap ini juga aku berteleku.

Kenapa aku tidak keluar sahaja? Lari ke hujung dunia agar aku tidak terperuk lagi. Mengapa aku tidak mencari cahaya? Tapi.. bagaimana rupa terang itu? Adakah aku bersedia setelah sekian lama terbelenggu dalam gua kegelapan?

Arghhh! Di mana aku kini?




Aku meraba diriku. Aku mencari sinarmu, Tuhan. Baru aku ingat denganmu setelah lama terkunci disini? Mengapa mereka tidak ingatkan aku kepadaMu? Adakah mereka suka aku selama-lamanya dalam kegelapan? Siapakah mereka itu yang mengaku sahabatku? Mengapa mereka tinggalkan aku? Mengapa?


Oh Tuhanku, Ya Rabbi..


Aku ingin keluar. Bawalah aku keluar dari kegelapan ini. Buanglah jauh-jauh ketakutanku untuk keluar. Kerana, aku keseorangan. Aku takut mereka berdendam denganku. Aku tiada sesiapa selain Engkau Ya Rabbi.

Aku sudah keluar. Tetapi mengapa mereka memandangku dengan benci? Mengapa mereka tertawa sinis denganku? Apakah aku alien, tak serupa mereka? Selama ini aku tinggal dalam gelap, ya Tuhan. Kini.. aku melihat sinar kurniamu. Aku melihat bulan dan bintang. Aku disimbahi terik mentari. Aku bersyukur. Tetapi mengapa, aku belum tenang. Tidak bahagia. Bukankah aku sudah keluar ya Allah?

Duhai Tuhan, bahagia itu milikmu. Kau berhak anugerahkan kepada sesiapa yang Engkau sayangi. Maka, pilihlah aku menjadi hamba kesayanganMu, agar aku terus berjalan mencari cahaya abadi. Agar kau limpahkan kebahagiaan berpanjangan menuju jalanmu.

Sudah, sudahlah bersedih.
Sudah, sudahlah mengeluh.
Sudah, sudahlah menyalahkan takdir..
Cermin diri adalah kamu, bahagia kamu yang cari, derita jua kamu yang pilih.
Berhentilah menanti mendung berlalu.
Keluarlah.. ubahlah nasib diri. Kerana kamu yang menentukan bahagia atau derita yang ingin dijalani..

Tiada duka dan derita yang abadi
Allah hadiahkan bahagia untuk orang yang ikhlas.

Biarkan mendung itu berlalu...


Menanti Mendung Berlalu. Aku terpaku di sini entah sudah berapa lamanya. Terperuk memandang diri sendiri. Apakah silapku. Apakah dosaku. Di...
aynorablogs Apr 5, 2017