Header Ads

Sinopsis Drama Mencintaimu, Mr Photographer Di Astro

Advertisement
Sinopsis Drama Mencintaimu, Mr Photographer Di Astro . Daripada FB, Kyle Syafiq diberitakan akan melakonkan watak utama sebagai Mr Photographer yang bernama Jemy. Sebuah drama kisah suka duka kehidupan seorang jurugambar.

Drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer lakonan Syafiq Kyle sebagai hero. Heroinnya belum diketahui.

Sinopsis Drama Mencintaimu, Mr Photographer Di Astro

Info drama Mencintaimu, Mr Photographer


Tajuk: Mencintaimu, Mr Photographer
Episod:
Pelakon utama: Kyle Syafiq sebagai Jemy
Pengarah:
Mula ditayangkan:
Penyiar: Astro

Sinopsis Drama Mencintaimu, Mr Photographer Di Astro 


Sinopsis Drama Mencintaimu, Mr Photographer Di Astro

Drama adaptasi daripada novel yang sama tajuknya. Ada sedikit kelainan dalam cerita drama Mencintaimu, Mr Photographer.

Novel Mencintaimu, Mr Photographer karya Emma Mariam. 

Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.

“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbit di hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?
#sumber


Sinopsis 2:


MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER karya EMMA MARIAM. Pertemuan yang berlaku tidak dirancang. Aira Qaisara atau Aira merupakan seorang gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati seperti mamanya dan anak kepada seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad; terpisah dari mama dan abg tersayang kerana salah faham, yang membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya ketika dia masih kanak-kanak. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar.

Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Seorang lelaki yang garang dan agak panas baran tetapi selalu cepat cair bila dengan Aira. Bekerja dengan bermacam jenis wanita yang moden dan cantik tetapi hanya Aira sahaja yang mampu membuatkan dia jatuh hati. Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri. Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya, Datuk Roslan. Dan, kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela. Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada ibu Jemy sehingga beliau tidak dapat menerima Jemy sebagai anaknya? Bagaimana pula dengan Aira? Mampukah dia menjalani hidup tanpa nakhodanya? Semuanya akan terjawab di dalamMENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER.

Baca Review dari Goodreads,


Cerita yg menarik. ada suka, gembira, lucu, sedih & sakit hati. bagaimana seorg bapa yg sanggup musnahkan mahligai anaknya hanya kerana lelaki pilihan anaknya tdk setaraf dgn mereka. Dan... bagaimana pula seorang ibu sanggup membenci anak kandungnya sendiri. congrats cik writer. sesungguhnya, masih lagi ada dalam masyarakat kita yg berperangai begitu.

Semoga drama Mencintaimu, Mr Photographer memberikan kita banyak pengajaran dalam kehidupan. Seperti saya kata selalu, "Ambillah pengajaran daripada drama yang kita tonton. Jija tidak apa yang kita lihat dan tengok tidak mendatangkan nilai kepada diri kita. Betul tak?

Advertisement

3 comments:

  1. Bila drama ini nak ditayangkan

    ReplyDelete
  2. Bila drama ini nak ditayangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada tarikhnya, saya akan confirmkan..

      Delete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.