Header Ads

Slot Samarinda TV3 Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya

Slot Samarinda TV3 Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya. Setelah berakhirnya Menanti Februari.. drama yang agak kontroversi jugak tu.., kini slot Samarinda TV3 tayangkan pula sebuah drama airmata bertajuk Andainya Takdir. Apakah maksud tersirat disebalik Andainya Takdir? Apakah ia sebuah kisah penyesalan kepada takdir yang Allah turunkan kepada seseorang? Bolehkah kita salahkan takdir? Saksikan drama Andainya Takdir dengan fikiran terbuka dan ambil manfaat daripadanya. Setiap drama adalah kisah kehidupan manusia yang berbeza watak tetapi tetap berpaksi pada kisah yang serupa.

Kisah drama Andainya Takdir bukan lah drama adaptasi (kalau tak silap saya...) sebab karya novel yang hampir sama bertajuk Andai Itu Takdirnya. hihi.. confuse kan? Andainya Takdir mengisi slot Samarinda TV3 pada setiap Isnin - Khamis mulai pukul 10.00 malam. Sama waktu tayangan dengan drama HERO SEORANG CINDERELLA di TV Astro. Pilih lah nak tengok yang mana..., pilihan di tangan anda..

JUDUL : ANDAINYA TAKDIR
EPISOD : 16 episod
MULA TAYANGAN: 29 Mei 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam di Slot Samarinda TV3
SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin, Ikhlas Jalil, Rosnah Mat Haris, Dilla Ahmad, Putra Amaris

Sinopsis Drama Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya


WATAK PELAKON 

Shukri Yahaya sebagai Airil
Nina Iskandar sebagai Fatihah
Putri Balqis sebagai Aleeya
Sheila Mambo sebagai Normah
Annie Ariffin sebagai Norlin

Slot Samarinda TV3 Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya
Slot Samarinda TV3 Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya
Drama ini mengisahkan tentang ketabahan seorang wanita bernama Fatihah, yang cuba mempertahankan rumah tangganya bersama Airil. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri bernama Aleeya. Kehidupan mereka sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil. Bukan itu saja, Fatihah juga sering dipukul.

Fatihah yakin dia mampu bertahan dengan sikap suaminya itu hanya kerana Aleeya. Kesengsaraan Fatihah bukan hanya kerana suaminya saja, tetapi ibu mertuanya Normah, seorang yang keras kepala, suka menghasut dan berprasangka buruk terhadap Fatihah. Normah sememangnya tidak disenangi oleh orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat.

Fatihah tidak terlepas menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang normal. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya dan perkara itu membuat Fatihah berasa terpinggir.

Tidak kurang penderitaannya, Fatihah juga mempunyai adik iparnya Norlin, seorang yang obses kepada kanak-kanak. Dia amat mencemburui kecantikan Fatihah dan rezeki Fatihah kerana mempunyai zuriat.

Walaupun Airil panas baran dan sering memukul Fatihah, jauh disudut hati dia amat menyayangi Fatihah. Airil cuba mengubah sikapnya.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni? Saksikan drama menarik ini di saluran Samarinda TV3.

Selamat menonton slot Samarinda TV3 Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya.
Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.