Luaskan Hati, Maafkan

loading...
Luaskan Hati, Maafkan

Ingatlah bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya. Amarahmu.. hanya memenatkan. Dendam yang kau tanam, mengoyak iman. Tuhan tidak suruh itu semua. Selesaikan satu, satu.. dan bersabarlah.

Luaskan hati, maafkan. Masalah? Bukan datangnya dari makhluk. Masalah, bukan kamu yang ciptakan. Masalah adalah dari Allah. Dia hendak menguji apakah kamu berhak mendapat hadiah? Adakah darjahmu boleh setingkat lebih dari yang lain. Sebab itulah didatangkan masalah sebagai medan ujian.

Luaskan hatimu, maafkan

Allah dah kata, masalah bukan makhluk yang hadirkan. Jika kamu difitnah, dihina, dizalimi.. itu Allah yang bagi. Bila kamu telah pasrah dan redha, disitulah Allah akan menyelesaikan untukmu. Berserahlah sepenuhnya kepada Allah. Kerana, Dia tak pernah jauh. Dia tak pernah pergi. Serahkan masalahmu kepada Allah. Dia akan selesaikan untukmu.. sesuai dengan keperluanmu.

Kamu bermohonlah. Berdoalah.

Itu saja senjata yang kita ada, yang kita mampu. Kita tidak berdaya membaca yang nyata apatah lagi yang tersembunyi.

Luaskan hatimu.. bukalah luas-luas. Hiruplah angin damai yang Allah hadirkan. Maafkan. Siapa saja, bukan maknanya kita putus asa tetapi kerana kita tetap percaya Allah sedang merancangkan laluan kehidupanmu di depan. Biarkan mereka yang di belakangmu, dalam memori hitam itu.. Allah yang membalasnya. Dia kan Maha Kuat. Dia kan Maha Adil.

Bangunlah. Dengan penuh gemilang.

#self reminder
Aynora Nur
Ramadhan 22, 2017.

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.