Header Ads

Sinopsis Drama Red Velvet Dan Senarai Pelakon

Sinopsis Drama Red Velvet Dan Senarai Pelakon. Peminat drama melayu yang diadaptasi daripada novel boleh menonton drama seterusnya bertajuk RED VELVET tulisan Acik Lana yang diterbitkan oleh Penerbitan Kaki Novel. Drama adaptasi ini khabarnya akan diarahkan oleh pengarah hot, Michael Ang yang telah menghasilkan drama popular seperti Suri Hati Mr Pilot dan Hero Seorang Cinderella.

Baca kat bawah ni tentang Sinopsis Drama Red Velvet Dan Senarai Pelakon yang terlibat. Gandingan terbaru ini pasti mencetuskan fenomena, mungkin?? Kalau tak silap drama ini gandingkan Aliff Sattar dengan Neelofa. Mesti semanis honey macam dengan Siti Nordiana dulu, yak tak?

Sedikit info tentang Red Velvet:

Tajuk Drama: Red Velvet
Arahan: Michael Ang
Siaran: Astro Ria & Astro Maya HD
Episod:
Penulis novel: Acik Lana

Sinopsis Drama Red Velvet 

Sinopsis Drama Red Velvet Dan Senarai Pelakon
Gambar hiasan
Daripada sumber Kaki Novel:

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah… hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

“Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, Tak berharta seperti putera raja, Tapi cintanya yang paling manis di jiwa.”

Sedikit review Red Velvet daripada Goodreads:

Review 1:

"Saya suka dengan #red velvet ni, light conflict, walaupun cerita macam cliche (klise) sikit tapi olahan, gaya bahasa acik lana memang santai & memikat! Compare dengan novel-novel acik sebelum ni (under kakinovel), ni lagi santai saya rasa... dengan conflict yang tak berserabut..

Walaupun watak heroin masih lagi berlegar-legar tentang perampas, gediks, kaya dan sebagainya, tapi perubahan Helena menjadi lebih matang dapat dilihat sepanjang pembacaan.

Ada chemistry antara Helena-Izzat, masing-masing ada kisah silam & kesilapan yang memerlukan mereka untuk menerima bahawa segalanya adalah takdir..

Fareeq patut dapat balasan, tapi tak apa adakalanya watak villain ni kena lupakan jer.. nasib suhaila juga menjadi tanya tanya, ye la diceraikan ke apa kan... 

Saya suka sebab novel ni memang banyak berkisar pasal Helena & izzat je, tak serabut sangat."

Review 2:

Ini karya Acik Lana yang paling light... seperti biasa acik gemar mengangkat isu sosial sebagai konflik dalam ceritanya.. & kali ini beliau memilih isu homewrecker (penganggu rumahtangga)...

Bilamana trauma menjadi dendam... adilkah hak sekeping hati dinafikan? Hanya kerana Helena pernah menjadi orang ketiga dalam sebuah rumahtangga, adilkah dia dibenci sesungguh nya benci oleh izzat yang pernah menyaksikan keruntuhan rumahtangga ibubapanya gara-gara orang ketiga yang membuatkan ayahnya berpaling setia.

Namun cinta yg pernah singgah di hati Izzat terhadap Helena bukanlah semudah itu untuk dibuang begitu sahaja.., kerana ia cinta pertama walaupun ia penuh luka... Sedang mulut Izzat terlanjur mengungkap benci yang tak terhingga... maka Helena lantas membawa diri setelah tiada ruang untuk menjelaskan, apatah lagi ruang untuk sebuah kemaafan.

Kek red velvet yg menjadi kenangan cinta keduanya...kekal menjadi kenangan antara mereka.

Senarai Pelakon Red Velvet 


Daripada sumber Michael Ang, antara pelakon yang terlibat adalah:
  • Aliff Satar
  • Neelofa 

Nantikan drama adaptasi dari novel Red Velvet tulisan Acik Lana dan akan disiarkan di Astro Ria & Astro Maya HD.

Seperti biasa, saya akan ingatkan untuk anda semua menonton sambil cedok segala manfaat dan ilmu yang ada dalam drama yang disajikan. Bukankah hidup ini banyak kebetulannya? Jadi, ambil pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup. Okay!   
Advertisement

1 comment:

  1. I conceive this webb site has some very great information foor everyone :D.

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.