Header Ads

Drama Dendam Aurora Di Astro Prima Dan Maya HD

Drama Dendam Aurora Di Astro Prima Dan Maya HD. Drama berepisod panjang di Astro Ria dan Maya HD akan menyiarkan lakonan hebat Nabila Huda dengan gandingan heronya Ungku Ismail. Drama bertajuk DENDAM AURORA adalah kisah keluarga dan dendam. Ada kasih yang dicurangi. Ada dendam yang akan dikenang sampai mati!!

Saksikan drama Dendam Aurora ini yang bersiaran 100 episod pada 6.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima dan Maya HD. Antara pelakon utama Dendam Aurora adalah Nabila Huda dan Engku Ismail. Dibantu oleh Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Mia Nasir, Adam Lee, Oktovia Manrose, Aedy Ashraf, Dian P Ramlee, Eizlan Yusof, Nikki Palikat, Fezrul Khan.

Lagu tema: Nisan Cinta nyanyian Siti Nordiana dan Jaclyn Victor.

Sinopsis Drama Dendam Aurora Di Astro Prima Dan Maya HD


Drama Dendam Aurora Di Astro Prima Dan Maya HD

Dendam Aurora mengisahkan tentang Aurora yang ingin membalas dendam setelah keluar dari penjara.

Mengisahkan seorang wanita, Aurora yang ingin membalas dendam terhadap orang menganiaya dirinya selain memperoleh semula apa yang dirampas daripada hidupnya.

Mengapakah orang yang terdekat dengannya sanggup menjerumuskan Aurora ke dalam penjara? Apakah skandal di sebalik semua itu?

Drama Dendam Aurora adalah drama adaptasi dari daripada telenovela Itali berjudul Tuscan Passion.

Jangan lupa saksikan Drama Dendam Aurora yang diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Feroz Kader / Muhd Riza Baharudin. Tayangan mulai 25 Julai 2017.

Dapatkan pengajaran daripadanya. Peace!!
Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.