Header Ads

Drama Telefilem Wanita Terindah Dan Sinopsisnya Lakonan Fattah Amin

Drama Wanita Terindah Dan Sinopsisnya. Agak-agak siapa hero dan heroin drama WANITA TERINDAH? Bukan Wanita Terakhir tauu...๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž, itu lagu Fattah Amin. Opss! Dengarnya drama baru tersebut adalah lakonan Fattah Amin dan dengan heroin yang sama. Heroin cerita Hero Seorang Cinderella. Siapa lagi kalau bukan Fazura. Itu lah khabarnya... saya bacs kat IG Fattah Amin la.. kalau silap sori la ya..

Info yang saya baca dari internet dan IG, Wanita Terindah akan dilakonkan oleh Fattah Amin dan Fazura. Bagus kan? Gandingan yang mantap? Ada yang suka dan ada yang tak suka. Tak apa lah... doakan yang baik-baik aje kepada artis Malaysia itu ya...

Pengarah: ??
Jumlah Episod: ??
Penulis skrip: Rafidah Abdullah - Manisnya Cinta Di Cappadocia
Siaran: Astro Ria & Astro HD
Pelakon: Fattah Amin, Fazura dan lain-lain
Mula tayangan: ??

Sinopsis Drama Telefilem Wanita Terindah Di Astro



Drama Wanita Terindah Dan Sinopsisnya Di Astro
Daripada IG Fattah Amin

Drama Wanita Terindah ni tentang apa ya? Adakah kisah tentang anak dan ibu atau seorang kekasih kepada kekasih.

Skrip drama tersebut khabarnya ditulis oleh Rafidah Abdullah yang sebelum ini menulis beberapa skrip bagi filem popular seperti Gol dan Gincu, Pisau Cukur, Istanbul Aku Datang, Kami Histeria dan Manisnya Cinta di Cappadocia.

Fazura akan bawakan watak sebagai Nuryn Nafeesa dan Fattah Amin sebagai Fahim. Sinopsis Wanita Terindah sepenuhnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“You rasa, marah yang selalu you bawa tu marah terkeji atau marah terpuji?” – Nuryn Nafeesa.

Yang suka marah itu ialah Fahim Aiman. Yang sangat beku itu juga Fahim Aiman. Dan yang mulut tidak ada insurans itu juga Fahim Aiman.

Nuryn yang sederhana, tapi sangat istimewa di mata semua. Cuma Fahim yang tidak pernah mahu mengakuinya. Cuma Fahim yang cuba menidakkannya.

Namun, bila tiba detik di mana dia perlukan pertolongan, Nuryn lah orangnya yang dicari dan Nuryn lah orangnya yang hulurkan tangan.

“Kita nikah. Let’s do it for Fikri.” – Nuryn
Mengahwini Nuryn demi orang lain? Kalau ditanya hati, dia tidak sanggup. Tapi demi menyambung rantaian kasih yang ibu tinggalkan, Fahim akur.

“Esok I uruskan borang. Kita nikah.” - Fahim

Tiada cinta di hati Fahim buat Nuryn tapi kenapa bila Nuryn rapat dengan Ricky, hati dia jadi cemburu? Dan siapa sebenarnya Reena di hati Fahim?

“Fahim itu bekunya seperti ais, kena caranya pasti akan mencair.” – Nuryn

Berjayakah Nuryn Nafeesa mencairkan hati beku seorang Fahim Aiman?

Semoga drama Wanita Terindah yang diadaptasi dari novel Wanita Terakhir karya Ezza Mysara nanti adalah satu naskhah yang bagus dan berkualiti. Semoga boleh membawa manfaat dan faedah kepada ramai wanita di luar sana.
Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.