Header Ads

Fattah Amin Hero Coffee Prince Drama Korea Versi Malaysia?

Fattah Amin Hero Coffee Prince Drama Korea Versi Malaysia? Hahai... redha jelah kawan-kawan yang tak minat dengan Fattah Amin. Saya okay aje, yang penting jalan cerita sedap dan ada pengajarannya. Coffee Prince ditayangkan pada tahun 2007 yang lepas. Dah 10 tahun berlalu dik...

Saya ada terbaca dari Gempak Astro. Kononnya Michael Ang nak buat Coffe Prince versi Malaysia. Beliau bercadang nak ambil Fattah Amin menjadi teraju utamanya sebagaimana Gong Yoo yang jadi hero dalam Coffee Prince versi Korea.

Selain Fattah Amin, Janna Nick dan Hafidz Roshdi turut sama diumumkan sebagai pelakon utama untuk drama adaptasi baru ini. Namun, nama Fattah Amin menjadi sebutan para peminat tegar drama asal Coffee Prince.

Drama korea Coffee Prince dalam versi Malaysia?


Fattah Amin Hero Coffee Prince Drama Korea Versi Malaysia? 


Itulah khabarnya.

Fattah Amin bakal jadi hero Coffee Prince versi Malaysia. Dah tengok ke drama korea Coffee Prince? Cerita ni dah lama ditayang dulu.. kiranya rating tinggi jugaklah...

Baca sinopsis ringkas drama korea Coffee Prince seperti di bawah.
Choi Han-kyeol adalah seorang jejaka sombong yang berasal dari keluarga terhormat dan kaya raya, ia termasuk jejaka yang tidak percaya akan cinta dan tidak menginginkan pernikahan terjadi dalam hidupnya.

Sifat pemuda itu sangat kontra dengan Go Eun-chan yang tomboy, orang sering tersalah sangka dirinya sebagai seorang laki-laki. Ia jenis perempuan yang bekerja keras untuk menanggung ibu dan adiknya, serta mahu melakukan segala macam pekerjaan mulai dari menjadi seorang pelayan, pengantar makanan, susu, surat khabar, dan lain-lain.

Pertemuan kedua-duanya terjadi dua kali tanpa sengaja. Yang Pertama ketika Eun-chan mengantar makanan ke rumah Han-kyeol dengan memakai helmet dan baju overall. Menyangka gadis itu adalah lelaki, dengan sombong Han-kyeol mempersilakan Eun-chan masuk sementara ia hanya mengenakan sehelai tuala. Eun-chan terkejut dan terburu-buru keluar dari tempat itu secepat mungkin.

Pertemuan yang kedua terjadi saat ada kecurian. Kebetulan Eun-chan kenal si pencuri yang tiada lain tiada bukan adalah teman adiknya. Berfikir bahawa Eun-chan adalah geng si pencuri, hampir saja kemarahan Han-kyeol meledak. Cerita bertambah menarik apabila watak-watak selanjutnya muncul. Yang pertama adalah sepupu Han-kyeol bernama Choi Han-seong, seorang produser muzik yang cukup berjaya, namun gagal dalam kisah cintanya. Perempuan yang ia cintai Han Yoo-joo tiba-tiba pergi begitu saja.

Drama korea Coffee Prince

Kebetulan, perempuan itu pula yang selama 9 tahun secara diam-diam dicintai oleh Han-kyeol.
Dua tahun setelah kejadian, Yoo-joo muncul kembali ke Seoul dan berusaha keras untuk kembali ke pangkuan Han-seong. Namun kerana masih sakit hati (ditambah mulai tertarik dengan Eun-chan yang dianggap unik), Han Kyeol itu menolak keras untuk kembali kepada bekas kekasihnya.

Sama seperti dengan Han-kyeol, perkenalan Eun-chan dan Han Seong juga penuh kejutan. Setiap pagi, Eun-chan selalu menghantar susu dan berbual-bual dengan anjing kesayangan lelaki itu. Perilaku unik tersebut mengundang rasa ingin tahu Han-seong tentang gadis tomboy pengantar susunya.

Sementara itu setelah mendapat ultimatum dari sang nenek, mahu tidak mahu Han-kyeol harus mengendalikan sebuah kedai kopi yang baru dibeli oleh keluarga mereka. Pada awalnya Han-kyeol menolak tugas itu namun akhirnya berubah fikiran karena ingin membuktikan kemampuannya.

Demi menarik pelanggan wanita di kedai yang diberi nama Coffee Prince tersebut, Han-kyeol memutuskan untuk mengambil pekerja lelaki. Mungkin dah nasib,  Eun-chan yang sedang kesulitan kewangan akhirnya memohon pekerjaan disana.

Kerana menganggap Eun-chan lelaki, maka Han-kyeol terus menerima `lelaki` itu. Saat ini lah kita boleh menyaksikan banyak peristiwa lucu dan aneh saat Han-kyeol mulai merasakan getar-getar pelik bila berdekatan dengan Eun-chan. Kadang dia keliru dengan perasaannya,, Han-kyeol bahkan pergi ke pakar psikiatri untuk mengetahui apakah dirinya telah berubah menjadi homoseksual.

Demi menjaga harga dirinya, Han-kyeol pun menjauhi Eun-chan. Sudah tentu Eun-chan bingung dengan perubahan sikap bosnya yang tiba-tiba. Namun pada akhirnya Han-kyeol tak dapat menanggung lagi perasaannya. Dia semakin dekat dengan Eun-chan tanpa mengendahkan pandangan orang lain yang menganggapnya aneh.

Dalam tahun 2007 itu, Coffee Prince jadi bualan hangat dan menduduki carta ke 2 dalam bancian penonton TV MBC.

Sama seperti drama siri Korea yang lain, tidak lengkap membicarakan Coffee Prince tanpa menyebut deretan pelakon yang membintangi drama tersebut. Antara pelakon yang terlibat adalah Gong Yoo, watak seorang yang dingin. Selain itu, tidak ketinggalan Lee Seon-gyoon dan Chae Jeong-ahn yang mampu memanaskan konflik yang terjadi.

Coffee Prince mengandungi 17 episod yang diselang selikan dengan lagu dan muzik menarik.

  • Drama: Coffee Prince
  • Pengarah: Lee Yoon-Jung
  • Penolong Pengarah: Jang Joon-Ho
  • Penulis: Lee Jung-A, Jang Hyun-Joo
  • Network: MBC
  • Episodes: 17
  • Tarikh ditayangkan: July 2 - August 27, 2007
  • Pelakon: Gong Yoo sebagai Choi Han-Gyul, Yoon Eun-Hye sebagai Ko Eun-chan, Lee sun-Kyun sebagai Choi Han-sung, Chae Jung-an sebagai Han Yoo-Joo dan ramai lagi. 
Fattah Amin Hero Coffee Prince Drama Korea Versi Malaysia?

So? Setelah baca sinopsis di atas, anda rasa Fattah Amin layakkah jadi pelakon utamanya? Adakah beliau boleh melakukan sebaik Gong Yoo yang memainkan watak utamanya?

Namun apa pun yang bakal dipilih oleh Michael Ang, anda harus fikir positif. Ambil pengajaran dari cerita yang ditayangkan nanti.

Advertisement

1 comment:

  1. mohonla jgn amik fattah amin spoilkan jela mood aq nk tngk cite nih

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.