Menu
Oh! MyKarya!

Senarai Pelakon Dan Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak Di Astro

Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak Di Astro. Drama adaptasi dari novel Melur Jelita. Sebuah novel yang agak menarik dengan ketebalan lebih 1000 muka surat. Saya kenal Melur Jelita lewat novel-novelnya yang menarik, tebal dan selalu menyentuh kehidupan sebagai muslim yang diceriterakan dalam situasi yang jarang-jarang penulis lain mahu mengupasnya. Kenapa saya kata begitu? Anda bacalah karya-karya beliau, anda akan tahu nanti...

Novelnya ada roh islam... itu kesimpulan yang boleh saya katakan..

Sedikit info tentang MELUR JELITA. Beliau adalah seorang isteri dan ibu yang dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan. Lahir pada 8 Ogos 1968.

Antara buku atau novel Melur Jelita yang popular adalah Awak Suka Saya Tak?, I Love You, Stupid dan My Precious Iris.

Senarai Pelakon drama Awak Sayang Saya Tak, iaitu Alvin Chong, Emma Maembong, dan ramai lagi. Pengarahnya Raja Ahmad Alauddin.

Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak Di Astro


Sinopsis novel Awak Suka Saya Tak yang saya kongsikan daripada blog ini

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya… seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku… sifuku… kekasihku… Kembalilah…

"Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

"Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

"Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha.

Senarai Pelakon Dan Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak Di Astro


Lagi satu aku suka sebab macam mane Hilman Yong jaga adab dia sebagai lelaki. Dia tak pernah pun sentuh Intan Zulaikha padahal boleh je dia nak sentuh2 sebab dia always with Intan Zulaikha. Tapi dia sentiasa ingat Allah . Paling aku suka dia letakkan cinta Kepada Allah SWT & Nabi Muhammad SAW dulu baru cinta dia kat Intan Zulaikha. So walaupun dia muallaf , tapi boleh kata ilmu dia tinggi jugak lah sebab dia belajar tentang Islam dengan orang yang hebat jugak.

Helaian demi helaian memang tidak menjemukan. Watak Muhammad Hilman Yong Abdullah sungguh mengkagumkan. Anak yang soleh, umat muhammad yang taat, bos yang tegas, lelaki yang macho, kaya dan mahir serba serbi. Pandai martial art, menunggang dan boleh memasak. Hebat sungguh digambarkan lelaki ni.

Heroiannya pula pada awal digambar sebagai anak orang kaya yang gemok dan baik hati. Kerana terjatuh cinta kepada pak we rakannya sendiri maka dia sanggup berkorban harta dan tenaga untuk keduannya. Hinggalah terbuka rahsia yang dirinya diperguna dan perkuda. Maka si heroain pun berusaha untuk langsing jelita dan dalam masa yang sama terus berjaya dalam pengajiannya.

Membaca novel ini dari helaian pertama hinggalah helaian yang terakhir memang tidak menjemukan. Tak terasa untuk melangkah walaupun seayat. Terasa diri ini melayang dan masuk bersama di dalam cerita ini. Part yang menyeronokkan bila Hilman bertemu semula dengan Intan di Resort milik keluarga Hilman di Terengganu. Sungguh seronok bila Intan belajar menunggang kuda. Dah tu Hilman pulak yang jadi sifunya. Kelakarpun ada, bila Intan asyik terkena aje.. Tetapi setiap perbualan antara ke duanya sungguh memberi makna. Setiap ayat disusun sungguh indah, membuka minda, menginsafkan jiwa. Jika baca buku agamapun tak dapat feel seperti ini.

Melur Jelita juga sungguh bijak menggambarkan kekayaan keluarga Hilman Yong. Aku seperti terbayang-bayang macam mana la rupa rumah Hilman ya. Lengkap dengan lif. Siap ada kolam renang kat tingkat atas. Pas tu siap ada pergola lagi. Semasa Hilman membawa Intan makan masakan kampung yang lengkap dengan budunya aku terasa terliur-liur dengan hidangan. Apatah lagi pelbagai ulaman plus dengan budunya. Ada ke tempat tu ya..teringin nak ke sana.

Semasa Himan kehilangan memori akibat kemalangan kuda paling mengharukan. Seperti terasa suatu kehilangan dan kekosongan. Endingnya juga sungguh memuaskan hati. Siap kahwin, kenduri ke dua-dua pihak. Hilman keluarga Cina plus Intan Melayu. Sungguh 1 Malaysia. Intan dan Hilman siap berbulan madu ke seentero dunia. Dah tu siap bunting pelamin lagi. Fuyoo happy ending sangat-sangat. Aku suka "Awak Suka Saya Tak" !


Jom tengok info berkaitan drama Awak Sayang Saya Tak?


Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Idea Asal : Novel Awak Suka Saya Tak karya Melur Jelita
Studio : Global Station Sdn Bhd
Pelakon : Alvin Chong, Emma Maembong, Sabhi Saddi
Episod : 16 Episod
Siaran : Astro Ria / Ria HD
Tarikh Tayang :

Alvin Chong sbg Hilman Yong
Emma Maembong sbg Intan Zulaikha

Semoga mendapat manfaat drama ini. Ada kala membaca novel nya lebih seronok tetapi diharap garapan drama ini boleh memberikan impak terbaik kepada novel AWAK SUKA SAYA TAK?

Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak Di Astro . Drama adaptasi dari novel Melur Jelita. Sebuah novel yang agak menarik dengan ketebalan lebih 1...
aynorablogs Aug 29, 2017
Oh! MyKarya!

Drama Korea Victory Of Tomorrow Yang Menarik

Drama Korea Victory Of Tomorrow Yang Menarik. Nak tengok drama korea yang menarik dan terbaru? Sekarang saluran Oh!K dah boleh ditonton secara percuma dan anda boleh lah menonton drama Victory of Tomorrow yang menarik di saluran tersebut.

Antara pelakon yang terlibat termasuklah Jun So Min sebagai Han Seung Ri, Song Won Geun sebagai Na Hong Joo, Choi Phillip sebagai Cha Sun Woo dan Yoo Ho Rin sebagai Seo Jae Kyung

Sedikit info tentang Victory of Tomorrow:

Title: Also known as: Another Victory Tomorrow
Genre: Melodrama, romance, family
Episodes: 130
Broadcast network: MBC
Broadcast period: 2015-Nov-02 to 2016-Apr-29
Air time: Monday to Friday 07:50
Original Soundtrack: Tomorrow Victory OST

Sinopsis Drama Korea Victory Of Tomorrow 


Drama Korea Victory Of Tomorrow Yang Menarik

Drama Victory of Tomorrow adalah kisah anak seorang pengasas kicap bernama Han Seung-ri yang cuba bangkit selepas kematian ayahnya. Dia cuba mencari siapakah pengkhianat yang telah melanggar mati ayahnya dan dalam masa sama menyiasat siapa yang telah mencuri hakcipta kicap yang diasaskan oleh ayahnya.

Kisah semakin menarik bila Han Seung ri diterima bekerja di Seodong dimana disitu dia menghadapi dugaan dan cacian daripada anak pengerusi yang sombong. Suami nya adalah bekas teman lelaki Han Seung Ri.

Bagaimanakah nasib Han Seung Ri seterusnya. Dapatkah dia menebus kembali kematian bapanya dan mengembalikan pemilikan hakcipta kicap yang diasaskan oleh ayahnya?

Selamat menonton.

Drama Korea Victory Of Tomorrow Yang Menarik. Nak tengok drama korea yang menarik dan terbaru? Sekarang saluran Oh!K dah boleh ditonton seca...
aynorablogs Aug 21, 2017
Oh! MyKarya!

Biodata YB Khairy Jamaludin Atau KJ

Biodata YB Khairy Jamaludin. KJ adalah singkatan nama panggilan YB Khairy Jamaludin yang popular di media sosial. Beliau seorang tokoh politik yang rajin mendekati golongan muda dengan gayanya yang santai dan mesra. Memegang portfolio Menteri Belia Dan Sukan memang memerlukan beliau sentiasa dekat dan ambil tahu terhadap golongan tersebut.

Biodata YB Khairy Jamaludin Atau KJ

Jika anda ada mengikuti Twitter, pasti anda selalu dapat lihat tweet yang ditulis oleh beliau. YB KJ seorang yang sangat mesra media sosial. Beliau memiliki lebih 2 juta pengikut di Twitter.

Biodata YB Khairy Jamaludin Atau KJ
Sumber twitter Khairy Jamaludin

Biodata YB Khairy Jamaludin Atau KJ


Khairy dilahirkan di Bandaraya Kuwait, Kuwait pada 10 Januari 1976. Beliau merupakan anak lelaki tunggal bagi pasangan bekas diplomat Dato'Jamaluddin Abu Bakar dan Dato' Rahmah Abdul Hamid. Bapa Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Dato'Jamaluddin Abu Bakar merupakan bekas pegawai tertinggi, Pesuruhjaya Tertinggi Malaysia di Kementerian Luar Negara, United Kingdom. Manakala ibunya Dato' Rahmah merupakan seorang sukarelawan. Penghulu Abu Bakar merupakan ketua kampung Kota Rembau yang juga datuk kepada khairy. Selain itu,Khairy juga mempunyai dua orang adik beradik perempuan iaitu Mona Jamaluddin dan Hana Jamaluddin.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan pasangannya Nori Abdullah telah dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali dan Timor Abdullah.


Latar Belakang Pendidikan


1. Khairy melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia di Singapura, dan pengajian universitinya di Universiti Oxford, United Kingdom. Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh, dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE).

2. 1997 – 1998 Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik, University College, London,dan merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford. Walaupun penglibatan ekonomi dalam pengajiannya adalah minimum, Khairy menulis dan memberi komen tentang status dan iklim ekonomi di Malaysia. Beliau telah dikritik kerana menulis isu yang tidak difahami oleh beliau.
3. Pada tahun 1998 – 1999 beliau menjadi Pengacara TV, Rancangan Dateline Malaysia dan Wartawan Isu Antarabangsa, The Economist di London, United Kingodm. Beliau juga adalah Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri iaitu bekas mantan perdana menteri Tun Abdullah Badawi.
4. Pada tahun 2004-2006 Khairy merupakan Pengarah Perbankan Pelaburan, ECM Libra Bhd dan juga ahli Perniagaan.

JAWATAN POLITIK


2000 – Kini : Ketua UMNO Cawangan Gadong, Rembau, Negeri Sembilan
2001 - 2004 : Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
2001 - 2004 : Timbalan Pengerusi, Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
2004 - Kini : Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau
2004 – 2008 : Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia
2008 - Kini : Ketua Pengerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional

Untuk mengikuti perkembangan terkini dan pandangan peribadi Khairy Jamaluddin, anda boleh layari blognya di: http://www.rembau.net.my/

Biodata YB Khairy Jamaludin. KJ adalah singkatan nama panggilan YB Khairy Jamaludin yang popular di media sosial. Beliau seorang tokoh polit...
aynorablogs Aug 8, 2017
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea The King In Love

Sinopsis Drama Korea The King In Love. Drama korea di saluran 393 Astro mulai hari rabu 2/8/2017 akan tayangkan drama epik bertajuk The King In Love. Dibintangi pelakon-pelakon hebat dan ternama, drama ini dijangka boleh jadi hit dan diminati ramai. Betul atau tak, kita tengok nanti ranking yang diperolehi oleh drama ini.

Sedikit info tentang The King In Love:

Judul : The King Loves
Judul lain : King in Love
Genre : Historical, Romance, Melodrama
Episode : 40 (35 minit/episode)
Penyiar TV : MBC

Pelakon utama :

Im Shi Wan sebagai Wang Won
– Yoon Chan Young sebagai Wang Won (muda)
Im Yoon Ah sebagai Eun San
– Lee Seo Yeon sebagai Eun San (muda)
Hong Jong Hyun sebagai Wang Rin
– Nam Da Reum sebagai Wang Rin (muda)
Oh Min Suk sebagai Song In

Sinopsis Drama Korea The King In Love


Sinopsis Drama Korea The King In Love

Siapa minat dengan Yoona☺? Dia adalah antara bintang utama The King In Love. Saya minat dengan Yoona sejak dia berlakon dalam Mr President tu.. memang best dan bersahaja lakonan dia.

Baiklah. Jom kita tengok sinopsis drama korea The King In Love.

Wang Won (Im Shi Wan) adalah Putera Mahkota ketika Dinasti Goryeo, yang gila kuasa. Beliau suka menguasai sesuatu daerah dengan ketangkasannya. Teman masa kecilnya, Wang Rin (Hong Jong Hyun), adalah sekutu paling dipercayai dan juga pengawalnya. Ketika mereka bertemu dengan Eun San (Im Yoon Ah), puteri cantik kepada lelaki terkaya di negeri ini, mereka menjadi teman yang tidak terpisahkan. Tapi ketika Won dan Rin jatuh cinta dengan Eun San, apa yang akan terjadi dengan cita-cita dan persahabatan mereka?

Apakah mereka akan terputus sahabat kerana cinta?

Selamat menonton drama siri Sinopsis Drama Korea The King In Love dan ambil manfaat yang baik datipada cerita yang dipersembahkan. 

Sinopsis Drama Korea The King In Love. Drama korea di saluran 393 Astro mulai hari rabu 2/8/2017 akan tayangkan drama epik bertajuk The King...
aynorablogs