Header Ads

Senarai Pelakon Dan Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak Di Astro

loading...
Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak Di Astro. Drama adaptasi dari novel Melur Jelita. Sebuah novel yang agak menarik dengan ketebalan lebih 1000 muka surat. Saya kenal Melur Jelita lewat novel-novelnya yang menarik, tebal dan selalu menyentuh kehidupan sebagai muslim yang diceriterakan dalam situasi yang jarang-jarang penulis lain mahu mengupasnya. Kenapa saya kata begitu? Anda bacalah karya-karya beliau, anda akan tahu nanti...

Novelnya ada roh islam... itu kesimpulan yang boleh saya katakan..

Sedikit info tentang MELUR JELITA. Beliau adalah seorang isteri dan ibu yang dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan. Lahir pada 8 Ogos 1968.

Antara buku atau novel Melur Jelita yang popular adalah Awak Suka Saya Tak?, I Love You, Stupid dan My Precious Iris.

Senarai Pelakon drama Awak Sayang Saya Tak, iaitu Alvin Chong, Emma Maembong, dan ramai lagi. Pengarahnya Raja Ahmad Alauddin.

Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak Di Astro


Sinopsis novel Awak Suka Saya Tak yang saya kongsikan daripada blog ini

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya… seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku… sifuku… kekasihku… Kembalilah…

"Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

"Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

"Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha.

Senarai Pelakon Dan Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak Di Astro


Lagi satu aku suka sebab macam mane Hilman Yong jaga adab dia sebagai lelaki. Dia tak pernah pun sentuh Intan Zulaikha padahal boleh je dia nak sentuh2 sebab dia always with Intan Zulaikha. Tapi dia sentiasa ingat Allah . Paling aku suka dia letakkan cinta Kepada Allah SWT & Nabi Muhammad SAW dulu baru cinta dia kat Intan Zulaikha. So walaupun dia muallaf , tapi boleh kata ilmu dia tinggi jugak lah sebab dia belajar tentang Islam dengan orang yang hebat jugak.

Helaian demi helaian memang tidak menjemukan. Watak Muhammad Hilman Yong Abdullah sungguh mengkagumkan. Anak yang soleh, umat muhammad yang taat, bos yang tegas, lelaki yang macho, kaya dan mahir serba serbi. Pandai martial art, menunggang dan boleh memasak. Hebat sungguh digambarkan lelaki ni.

Heroiannya pula pada awal digambar sebagai anak orang kaya yang gemok dan baik hati. Kerana terjatuh cinta kepada pak we rakannya sendiri maka dia sanggup berkorban harta dan tenaga untuk keduannya. Hinggalah terbuka rahsia yang dirinya diperguna dan perkuda. Maka si heroain pun berusaha untuk langsing jelita dan dalam masa yang sama terus berjaya dalam pengajiannya.

Membaca novel ini dari helaian pertama hinggalah helaian yang terakhir memang tidak menjemukan. Tak terasa untuk melangkah walaupun seayat. Terasa diri ini melayang dan masuk bersama di dalam cerita ini. Part yang menyeronokkan bila Hilman bertemu semula dengan Intan di Resort milik keluarga Hilman di Terengganu. Sungguh seronok bila Intan belajar menunggang kuda. Dah tu Hilman pulak yang jadi sifunya. Kelakarpun ada, bila Intan asyik terkena aje.. Tetapi setiap perbualan antara ke duanya sungguh memberi makna. Setiap ayat disusun sungguh indah, membuka minda, menginsafkan jiwa. Jika baca buku agamapun tak dapat feel seperti ini.

Melur Jelita juga sungguh bijak menggambarkan kekayaan keluarga Hilman Yong. Aku seperti terbayang-bayang macam mana la rupa rumah Hilman ya. Lengkap dengan lif. Siap ada kolam renang kat tingkat atas. Pas tu siap ada pergola lagi. Semasa Hilman membawa Intan makan masakan kampung yang lengkap dengan budunya aku terasa terliur-liur dengan hidangan. Apatah lagi pelbagai ulaman plus dengan budunya. Ada ke tempat tu ya..teringin nak ke sana.

Semasa Himan kehilangan memori akibat kemalangan kuda paling mengharukan. Seperti terasa suatu kehilangan dan kekosongan. Endingnya juga sungguh memuaskan hati. Siap kahwin, kenduri ke dua-dua pihak. Hilman keluarga Cina plus Intan Melayu. Sungguh 1 Malaysia. Intan dan Hilman siap berbulan madu ke seentero dunia. Dah tu siap bunting pelamin lagi. Fuyoo happy ending sangat-sangat. Aku suka "Awak Suka Saya Tak" !


Jom tengok info berkaitan drama Awak Sayang Saya Tak?


Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Idea Asal : Novel Awak Suka Saya Tak karya Melur Jelita
Studio : Global Station Sdn Bhd
Pelakon : Alvin Chong, Emma Maembong, Sabhi Saddi
Episod : 16 Episod
Siaran : Astro Ria / Ria HD
Tarikh Tayang :

Alvin Chong sbg Hilman Yong
Emma Maembong sbg Intan Zulaikha

Semoga mendapat manfaat drama ini. Ada kala membaca novel nya lebih seronok tetapi diharap garapan drama ini boleh memberikan impak terbaik kepada novel AWAK SUKA SAYA TAK?
Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.