Drama Korea Hotel King Lakonan Terbaik Lee Dong-Wook

Drama Korea Hotel King Lakonan Terbaik Lee Dong-Wook. Hotel King adalah sebuah drama korea yang diterbitkan dalam tahun 2014. Drama ini dibintangi oleh Lee Dong-wook (ingat tak drama My Girl), Lee Da-hae, Im Seulong, Wang Ji-hye, Lee Deok-hwa dan Kim Hae-sook. Kini, drama Hotel King disiarkan semula di saluran Oh!K. Drama ini mengandungi 32 episod.

Dalam drama Hotel King lakonan Lee Dong-Wook dan Lee Da-Hae semakin matang. Lee Da-Hae semakin jelita. Tapi Lee Dong Wook kelihatan terlalu kurus. Walau apa pun saya amat menyukai drama ini kerana ada melodrama, suspen, penyiasatan dan kekeluargaan.


Sinopsis Drama Korea Hotel King


Ketika zaman kanak-kanak, Cha Jae-Wan (dilakonkan oleh Lee Dong-Wook) adalah pengemis. Dia juga didera secara fizikal oleh pemimpin sekelompok pengemis yang dianggotainya. Pada suatu hari, Jae-Wan membunuh pemimpin kumpulan itu secara tidak sengaja dan dia melepaskan diri. Apabila terjaga dari tidur, dia mendapati dirinya di sebuah hotel mewah. Seorang lelaki, Lee Joong-Goo (Lee Deok-Hwa), memberitahu Cha Jae-Wan bahawa bapanya, Ah Sung-Won, meninggalkan dia dan ibunya. Jae-Wan bersumpah membalas dendam terhadap bapanya untuk ibunya yang telah meninggal dunia.

Kini, Cha Jae-Wan bekerja sebagai pengurus besar di HOTEL CIEL. Hotel ini dikendalikan oleh Ah Sung-Won. Pada suatu hari, Cha Jae-Wan memberitahu Ah Sung-Won bahawa dia adalah bapanya dan dia harus mendedahkannya secara terbuka kepada umum. Ah Sung-Won terkejut dengan kenyataan tersebut dan mati. Selepas kematiannya, anak tunggalnya, Ah Mo-Ne (Lee Da-Hae) muncul di HOTEL CIEL. Dia tampil sombong, tetapi ada rahsia yang lain yang tidak disangka bahawa Ah Mo-Ne sebenarnya takut bersendirian dan dia juga curiga tentang kematian bapanya. Ah Mo-Ne berjuang untuk menjaga HOTEL CIEL dari cubaan dan niat jahat musuh bapanya.

Adakah ah Mo-Ne akan berjaya? Dapatkah dia mencari rahsia dan punca kematian ayahnya. Dimanakah diari ayahnya tersimpan? Dan yang menjadi tanda tanya adakah Cha Jae-wan terlibat dengan komplot kematian ayah Ah Mo-Ne?

Nak tahu jawapannya,, kenalah saksikan drama korea menarik dan antara lakonan terbaik dari Lee Dong Wook. Sebelum ini antara drama popular Lee Dong Wook adalah My Girl.

Selamat menonton. Yang baik boleh dicontohi tetapi yang tak baik tinggalkan je.. dapatkan pengajarannya.

spacer

Tetapkan Hati Kami Dalam Iman, Ya Allah

Tetapkan Hati Kami Dalam Iman, Ya Allah. Duhai Tuhan pemilik sekalian alam, hanya padaMu aku memohon pertolongan. Tunjukilah aku jalan yang benar. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi. Izinkanlah takdir keindahan saja yang menghiasi hari-hari ku yang mendatang.

Ternyata aku insan yang lemah. Berulangkali khilaf kehidupan aku lakukan. Lalu aku memohon kemaafan. Engkau terima doaku. Dan, aku berdosa lagi. Mengulangi khilaf semalam tanpa rasa malu. Lemahnya aku, ya Allah. Rapuhnya imanku, ya Tuhan. Adakah aku tidak kuat iman di dalam hati? Bagaimana kah rupa hatiku? Begini tega mengulangi dosa demi dosa setelah kenikmatan Engkau curahkan.

Tetapkan Hati Kami Dalam Iman, Ya Allah


Tetapkan Hati Kami Dalam Iman, Ya Allah

Tanpa segan silu, aku merayu kepadaMu. Ya Allah.. tetapkanlah hati kami dalam iman. Yang tak luntur biarpun zaman berubah. Yang tak pudar biarpun halangan dan ujian menerjah. Yang takkan terpadam walau mataku ditutup fitnah dan musibah. Kekalkan iman ini dalam hati kami. Tetapkan nikmat islam dan iman dalam diri keluarga-keluarga kami dan umat islam di seluruh dunia.

Hadirkanlah insan-insan positif di sekelilingku. Hadirkan lah cahaya bahagia dalam setiap langkah kakiku mengayuh. Aturkanlah kejayaan demi kejayaan yang mampu menarikku ke syurgaMu, ya Tuhan.

Janganlah sifat alpa mengaburi pandangan. Usahlah sifat riak dan sombong menjadi pakaian sikapku. Biarlah diri ini dilindungi dari cemar dan aib. Engkau Yang Maha Pengasih..

Pada ketika aku diuji, pada masa aku tidak berdaya.. kuatkan imanku agar terus yakin dengan pembalasanmu ke atas mereka yang melakukan kerosakan dalam hidupku. Hanya Engkau yang berhak menghakimi dengan seadil-adilnya. Engkau Tuhan yang pengasih tidak akan membiarkan hambaNya terkapai-kapai keseorangan.

Tempatkanlah aku dari kalangan hambaMu yang soleh, kesempatan bertaubat sebelum maut menjemput tiba. Dan berilah kami menjadi hambaMu yang diangkat aibnya ketika maut menjemput.

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu ya Allah..

spacer

Kerana Kamu Memburu Syurga Yang Dirindukan

Kerana Kamu Memburu Syurga Yang Dirindukan

Kecilnya kamu telah redha
Berpisah terbawa diri di ruang asing
Dengan rasa keliru yang tak terluah
Belum faham rentak jalan yang dipilihkan
Atau kerana kamu anak yang tulus

Dalam debar menghela nafas pelajaran baru
Kamu menyimpan rasa yang dalam
Kerinduan kepada insan tersayang
Yang masih tak terbayangkan
Diluah atau dipendam dalam-dalam..

Kerana Kamu Memburu Syurga Yang Dirindukan

Seputih kain warna tercorak
Dari dakapan bonda dan ayahanda
Kamu berlari arah belum tentu
Namun melepaskan jua pautan ditangan
Kerana memburu syurga yang dirindukan

Anakku yang kupanggil ahli syurga
Tak dapat lagi kurenungi bening mata
Dikala tersimpul tanya dijiwa
Disaat ada persoalan ilmu yang tak dicerna
Tentu kamu malu malu dalam dilema
Kerana begitulah kamu...
Bak kain putih yang belum tercela..

Oh Tuhan
Kesayuan ini tak mampu ku tahankan
Robeknya hati menahan ngilu
Dikala cakrawala memacu tinta
Mencanang derita di media massa
Tentang kepergian kalian..
Yang takkan pernah kembali

Tika muazzin melaung menyeru
Ke jalan Allah dan kejayaan
Tika itu dalam raungan nestapa
Subuh hening berlagu syahdu
Saksikan satu demi satu
Anak-anakku.. rebah dalam kepanasan api dunia.

Apakah salah, apakah dosa
Mereka tak minta belas ehsan
Tak pula merayu barangan kemewahan
Sekadar menumpang lena untuk menyambung tenaga
Untuk esok lusa...
Yang belum tentu jalannya..
Namun tangan-tangan itu
Bermatakan syaitan durjana..
Membunuh mereka yang bermimpikan syurga

Kerana Kamu Memburu Syurga Yang Dirindukan

Dikala bertemu jawapan demi jawapan
Benar atau salah hukuman dijatuhkan
Angkara kesumat helah masalah duniawi
Yang suci dan redha menjadi mangsa
Yang tenang mata naluri diadili tanpa ilmu
Akhirnya kamu telah membunuh sejuta rasa
Mereka yang tinggal...

Satu masa nanti
Bila sang pesalah, kamu dan mereka
Berkunjung ke pusara tak bernyawa ini
Ketahuilah bahawa penyesalan kamu
Takkan dapat memadam
Amarah yang masih hidup
Dalam senyap dan pilu
Di hati kami, saksi dunia...

Yang keliru,
Aynora Nur
September, 2017

# Takziah kepada ahli keluarga mangsa kebakaran angkara dengki dan khianat serta dendam di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah pada 14 September 2017

Semoga diangkat darjat mereka di kalangan hamba-hambaNya yang soleh, dilimpahi taufik dan hidayah hingga ke hari akhirat.

spacer

Sinopsis Drama Korea The Good Wife

Sinopsis Drama Korea The Good Wife. Drama korea menarik iaitu kisah peguam wanita yang tabah dan berani walau dikhianati suami sendiri. Saksikan drama korea hebat ini disaluran tvN Astro. Kalau tak silap drama ini disiarkan pada pukul 8.30 malam waktu Malaysia, setiap hari Selasa. Maaf kalau tersilap tetapi tak mengapa kerana siaran ulangan drama korea The Good Wife sentiasa ada.

Drama korea The Good Wife adalah drama siri yang dihasilkan semula dari drama tv siri popular US dengan tajuk yang sama lakonan Julianna Margulies.

Antara pelakon yang terlibat adalah Jeon Do Yoen, Yoo Ji-Tae, Yoon Kye-Sang dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Korea The Good Wife 


Kisah seorang peguam wanita, Kim Hye Kyung yang kembali bekerja setelah lebih 15 tahun meninggalkan kerjaya demi keluarga tersayang. Suaminya yang bekerja sebagai pendakwa telah ditangkap kerana terlibat dalam skandal politik ketika bertugas. 

Bagaimanakah Kim Hye Kyung menghadapi kemelut, cabaran dan pahit manis dalam berhadapan kenyataan tersebut.

Adakah beliau akan memberikan testimoni ketika suaminya dihadapkan ke mahkamah? 

Drama korea The Good Wife

Info:

Drama: The Good Wife
Revised romanization: Good Wife
Director: Lee Jung-Hyo
Writer: Han Sang-Woon
Network: tvN
Episodes: 16
Release Date: July 8 - August 27, 2016
Runtime: Fri & Sat 20:30
Language: Korean
Country: South Korea

Selamat menonton drama korea The Good Wife, sebuah drama hebat lakonan pelakon hebat dan pelbagai skandal dalam dunia perundangan. Semoga bermanfaat.
spacer

Sinopsis Drama Korea Hospital Ship

Drama Korea Hospital Ship. Jika anda minat menonton cerita tentang kedoktoran, anda mungkin akan berminat dengan drama korea terbaru yang bertajuk Hospital Ship. Drama ini dijayakan oleh Han Ji Won yang popular melalui drama korea Secret Garden. Han Ji Won memegang watak seorang doktor dalam drama hebat ini.

Sinopsis Dan Drama Korea Hospital Ship

Info drama korea Hospital Ship

Drama: Hospital Ship (literal title)
Revised romanization: Byungwonsun
Director: Park Jae-Bum
Writer: Yoon Sun-Joo
Network: MBC
Episodes: 40
Release Date: August 30 - November 2, 2017
Runtime: Wednesdays & Thursdays 22:00 (35 minutes each / 2 episodes per day)
Language: Korean
Country: South Korea


Sinopsis Drama Korea Hospital Ship


Han Ji Won memegang peranan utama sebagai seorang doktor bedah yang bekerja di atas kapal bagi memberikan khidmat kepada penduduk sebuah pulau.

Dalam menjalankan tugasnya, beliau melalui banyak halangan dan kesukaran kerana lokasi penduduk yang dipisahkan oleh lautan.

Sinopsis Dan Drama Korea Hospital Ship

Ha Ji-won (Song Eun Jae), ditemani oleh doktor-doktor Kang Min-hyuk (Kwak Hyun) and Lee Seo-won (Kim Jae Gul), akan pergi dari satu pulau ke pulau yang lain dengan bot untuk memberikan rawatan perubatan. Melalui tugasnya, mereka akan bertemu dengan bermacam ragam manusia yang diluar jangkaan Han Ji Won dan rakan-rakannya.

Berjayakah beliau mengharungi segala cabaran tersebut?

Saksikan drama korea menarik ini di saluran Oh!K TV mulai September 2017. Antara pelakon yang terlibat adalah Han Ji Won, Kang Min Hyuk dan ramai lagi.

Semoga drama korea Hospital Ship dapat memberikan banyak manfaat kepada anda diluar sana yang bercita-cita menjadi doktor. 
spacer