Header Ads

Drama Korea Hotel King Lakonan Terbaik Lee Dong-Wook

Drama Korea Hotel King Lakonan Terbaik Lee Dong-Wook. Hotel King adalah sebuah drama korea yang diterbitkan dalam tahun 2014. Drama ini dibintangi oleh Lee Dong-wook (ingat tak drama My Girl), Lee Da-hae, Im Seulong, Wang Ji-hye, Lee Deok-hwa dan Kim Hae-sook. Kini, drama Hotel King disiarkan semula di saluran Oh!K. Drama ini mengandungi 32 episod.

Dalam drama Hotel King lakonan Lee Dong-Wook dan Lee Da-Hae semakin matang. Lee Da-Hae semakin jelita. Tapi Lee Dong Wook kelihatan terlalu kurus. Walau apa pun saya amat menyukai drama ini kerana ada melodrama, suspen, penyiasatan dan kekeluargaan.


Sinopsis Drama Korea Hotel King


Ketika zaman kanak-kanak, Cha Jae-Wan (dilakonkan oleh Lee Dong-Wook) adalah pengemis. Dia juga didera secara fizikal oleh pemimpin sekelompok pengemis yang dianggotainya. Pada suatu hari, Jae-Wan membunuh pemimpin kumpulan itu secara tidak sengaja dan dia melepaskan diri. Apabila terjaga dari tidur, dia mendapati dirinya di sebuah hotel mewah. Seorang lelaki, Lee Joong-Goo (Lee Deok-Hwa), memberitahu Cha Jae-Wan bahawa bapanya, Ah Sung-Won, meninggalkan dia dan ibunya. Jae-Wan bersumpah membalas dendam terhadap bapanya untuk ibunya yang telah meninggal dunia.

Kini, Cha Jae-Wan bekerja sebagai pengurus besar di HOTEL CIEL. Hotel ini dikendalikan oleh Ah Sung-Won. Pada suatu hari, Cha Jae-Wan memberitahu Ah Sung-Won bahawa dia adalah bapanya dan dia harus mendedahkannya secara terbuka kepada umum. Ah Sung-Won terkejut dengan kenyataan tersebut dan mati. Selepas kematiannya, anak tunggalnya, Ah Mo-Ne (Lee Da-Hae) muncul di HOTEL CIEL. Dia tampil sombong, tetapi ada rahsia yang lain yang tidak disangka bahawa Ah Mo-Ne sebenarnya takut bersendirian dan dia juga curiga tentang kematian bapanya. Ah Mo-Ne berjuang untuk menjaga HOTEL CIEL dari cubaan dan niat jahat musuh bapanya.

Adakah ah Mo-Ne akan berjaya? Dapatkah dia mencari rahsia dan punca kematian ayahnya. Dimanakah diari ayahnya tersimpan? Dan yang menjadi tanda tanya adakah Cha Jae-wan terlibat dengan komplot kematian ayah Ah Mo-Ne?

Nak tahu jawapannya,, kenalah saksikan drama korea menarik dan antara lakonan terbaik dari Lee Dong Wook. Sebelum ini antara drama popular Lee Dong Wook adalah My Girl.

Selamat menonton. Yang baik boleh dicontohi tetapi yang tak baik tinggalkan je.. dapatkan pengajarannya.

Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.