"Baca sinopsis Two Women's Room disini". πππ
Drama Monalisa versi Malaysia, di beri nama sempena nama hotel tempat dua wanita itu bekerja iaitu Melissa dan Ramona. Nanti takdir antara kedua mereka berubah, yang kaya jatuh miskin dan begitulah sebaliknya. Best cerita ni, semangat juang untuk bangkit kembali dan mempertahankan hak sendiri harus dicontohi.
Drama Monalisa Di Astro Prima Sebanyak 80 Episode
![]() |
Gambar hiasan |
Tajuk: Monalisa
Genre: keluarga dan percintaan
Pengarah; Razak Moideen
Pelakon: Zara Zya, Roy Azman
Dalam drama Monalisa, Zara Zya sebagai Melissa, Mona Allen sebagai Ramona, Nazim Othman sebagai Johan, Hafreez Adam sebagai Adam Hakim dan ramai lagi.
Sinopsis drama Monalisa di TV Astro Prima
Kisah Melissa seorang pewaris hotel terkenal. Melissa mempunyai hubungan romantik dengan Johan yang juga merupakan pengurus hotel tersebut. Kehidupannya berubah apabila berkawan dengan Ramona yang cemburu akan kemewahan yang dimilikinya. Ramona merancang untuk mengambil segalanya milik Melissa termasuklah teman lelakinya Johan. Ramona kemudiannya berjaya meyakinkan dewan pengarah untuk memecat Melissa dari kedudukannya sebagai Naib Presiden.
Disaat Melissa ditimpa kesusahan, Adam membantu Melissa mendapatkan pekerjaan di restorannya. Adam sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang masak di hotel tersebut. Melissa merancang untuk membalas dendam dan merampas kembali haknya.
Yang suspennya.. Adam adalah anak orang kaya yang nanti membantu Melissa mengambilππ semula haknya. Drama ni akhirnya happy ending.. best!!
Kalau dalam versi drama korea Two Women's Room, episod ni cecah 100 lebih..
Boleh baca di sini .. πππ
Selamat menonton drama Monalisa di Astro Prima.
Jalan cerita tidak masuk akal. Macam sinetron Indonesia. Membosankan, pusing-pusing cerita yang sama dalam beberapa episod. Bodoh-bodoh punya cerita. Awal episod macam ok, hujung-hujung episod ni banyak cerita tidak logik, malas dah nak tgok. Ceta budak-budak.
ReplyDeletePost a Comment
TINGGALKAN KOMEN ANDA: